Sunday 22 April 2012

Penyerahan Taklif


Semalam hari Sabtu bersamaan 21 April 2012 merupakan hari skolah ganti untuk Hari Raya Aidiladha nanti, seperti biasa Fyqah akan bangun awal untuk bersiap pergi sekolah. Pagi semalam Fyqah dah sediakan tisu kat dalam beg sebab Fyqah nak bersiap sedia takut ada babak nangis nanti..hehe :)

Semalam ada penyerahan taklif di sekolah Fyqah bagi semua murid Islam tingkatan 5. Ibu bapa pun kena turut hadir sama dalam majlis tu. Puas Fyqah pujuk ayah Fyqah suruh datang. Kalau bleh Fyqah mak dan ayah ada dalam majlis tu, tapi mak je dapat datang, ayah tak dapat datang sebab nak ambil adik2 kat sekolah. Okayla tak pe, nak buat macam mana kan :')

Pagi2 lagi Fyqah dah kat sekolah. Masa tu ramai lagi yang belum datang. Mentang-mentanglah tak belajar, diorng datang lambat..hehehe =D Pastu Fyqah pergi dewan dgn Nurin. Fyqah jumpa dengan team drama yang akan bertanding kat sekolah HS pagi semalm. Fyqah wish good luck kat Ain yg berlakon watak utama. Fyqah berbual2 kejap dgn Ain, kemudian jumpa Sue, Farah, Syazni dan lain-lain. Sue dan Syazni dapat mama angkat iaitu Pn Norina sebab mak dan ayah dia tak dapat datang.

Kemudian Fyqah dan lain-lain, pergi tolong juga susun sarapan untuk ibu bapa kat kantin. Lepastu Fyqah pergi daftar dan cari tempat duduk kat dalam dewan. Kebanyakan tempat duduk dah dipenuhi orang. Fyqah pilih tmpat duduk kat tengah2 sementara tunggu mak Fyqah datang. Fyqah cari mak Fyqah,tpi tak nampk2. Pastu Fyqah masuk dewan, Azma lambai2 Fyqah cakap mak Fyqah dah sampai. Fyqah terus duduk sebelah mak Fyqah. Fyqah ajak mak Fyqah duduk kat tmpat Fyqah cop tadi.

Dalam pukul 8.45, majlis pun bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, kemudian majlis khatam Al-Quran yang diketuai oleh Anis Mastura. Pastu, slot pertama dimulakan. Ibu bapa kat dewan manakala murid2 dikehendaki pergi ke Blok Cempaka. Kami semua diperkenalkan dengan Abang Long yang hensem..hehe.. Abang Long banyak bagi nasihat dekat kami semua. Abg Long baru baik demam, jadi dia tak banyak terngkan paparan slide. Tapi best la, Abg Long kelakar. Baru baik demam pun masih boleh buat lawak.hehe
#teringin nak tengk ayat2 cinta slps tgk slah stu scene ayat2 cnta yg sweet sgt semlm <3#

Dalam pukul 11, kami semua pergi ke dewan semula. Masa yang dinanti2kan telah pun tiba. Masa proses penyerahan taklif tersebut, kami semua diminta bersalaman dulu. Mak Fyqah pesan dengan Fyqah, jangan nangis tau, mak nanti nak pergi kerja. Tapi masalahnya, sebelum proses penyerahan taklif, mak Fyqah dah nangis dulu..hahaha. kelakar.. Fyqah cuba tahan air mata daripada jatuh ke pipi, tapi akhirnya Fyqah nangis juga masa mak Fyqah peluk mak Fyqah. Fyqah rasa berdosa sebab Fyqah rasa Fyqah banyak buat salah kat mak Fyqah, tapi mak Fyqah cakap, Fyqah tak ada buat salah pun. Mak bergurau ke???Fyqah tahu Fyqah selalu sakitkan hati mak. Tapi kenapa mak cakp macm tu??

Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian Wawa (najwa latif) dan Seri. Masa wawa nyanyi ramai orang ambil gambar. Mak Fyqah cakap, suara Seri sdp, cuma dia tak pandai main gitar je..hehehe
Diorang nyanyi lagu ayah dan ibu.Sedih :(

#sori tak nampak. enpon murah biasalh..hehe

Kemudian diteruskan persembahan nasyid yang diketuai oleh Najihah. Mereka nyanyi lagu keluarga bahagia. #btw, jiha semlm comel sgt..Fyqah suka tudung jiha semlm :)

 #sori tak nmpk..as usual tepon murh memng mcm ni :)

Majlis Penyerahan Taklif berakhir dengan ucapan pengetua, Abg Long dan akhir sekali Dato' Noraini iaitu Ahli Parlimen Parit Sulong.

Okayla Fyqah rasa banyak Fyqah membebel hari ini kan..hehe Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf  sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah  dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s: Fyqah perlukan masa utk berubah. Mom please give me time :')

Thursday 19 April 2012

Nadia Syamila :)


Apa khabar kawan2 semua?? Fyqah doakan awak semua sihat sejahtera. Fyqah baru je abis menghadapi PK 2. Alhamdulilah Fyqah dapat jawab semua soalan. Sekarang Fyqah hanya bertawakal kepada Allah. Doakan Fyqah dapat keputusan yang cemerlang dalam PK 2 ni. Sekarang Fyqah kena buat persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun pula yang bakal tiba tidak lama lagi. Doakan Fyqah ye :)
Gud luck untuk adk2 dan kawan2 yang akan menghadapi mid year :)


Okay sebenarnya hari ini Fyqah nak cerita pasal seorang lagi vlogger..Nama dia kak NADIA SYAMILA :) Mesti ramai yang tak tahu pasal kak Nadia ni?Jadi, Fyqah hari ini akan perkenalkan kak Nadia ni kat  awak semua :)

BIODATA NADIA SYAMILA

Nama: Nadia Syamila
Umur: 18 tahun
Asal: Shah Alam, Selangor

Okay itu je yang Fyqah tahu pasal kak Nadia. Kalau awak semua nak kenal  dengan lebih rapat dengan kak Nadia boleh la klik link2 di atas :) 

Sebenarnya, kak Nadia ni best friend kak Aisyah :) Mereka satu sekolah dulu. Nak tahu tak,Fyqah rasa bertuah sangat dapat kenal dengan kak Nadia, kak Aisyah dan abg2 Mrtheallshared :') Mereka memang super awesome. Alhamdulilah, Allah dah pertemukan Fyqah dengan orang2 yang hebat seperti mereka. Mereka semua telah berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011. Hal ini membuatkan Fyqah pun ingin berjaya seperti mereka :) Semoga Allah terus memberikan kejayaan kepada mereka..Amiinn :)

Ni hadiah Fyqah buat kak Nadia :)


Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa terutama kak Nadia. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamuaalaikum :)






Sunday 15 April 2012

SAY 'NO' TO COUPLE


Hari ini Fyqah nak bincang tentang satu topik yang menarik iaitu COUPLE.Couple sudah menjadi trend sekarang dalam kalangan remaja masa kini. Walaupun sudah diberitahu bahawa couple itu HARAM, ramai remaja yang  masih bercouple. Kadang-kadang Fyqah tertanya-tanya,best sangat ke couple tu sampai hukum agama pun diendahkan?? 

Pada pendapat Fyqah couple itu hanya membuang masa sahaja je. Nak tau kenapa? Sebab kita sibuk membuang masa merindui orang yang tdk halal bagi kita. Rasulullah merindui kita,Allah merindui kita, tp kita merindui orang yang tidak sepatutnya kita rindui. Tepuk dada tanya selera :)

Couple juga boleh menyebabkan pelajaran kita terabai. Oleh sebab kita sangat mnyintai seseorang itu, kita terlupa akan pelajaran kerana kita sibuk memikirkan dia setiap masa. Kita bimbang kalau dia curang dengan kita. Apatah lagi kalau bf/gf kita tu hensem/cantik. Mestilah kita lagi risau kan? 

Okay di sini nak share 5 sebab single itu best yang Fyqah dapat daripada FB:

‎5 sebab Single itu Best!!

1. Sebab tak rugi duit untuk topup . ✔ 

2. Sebab malam2 tak payah text & call sampai tertido Boleh tido terus . ✔ 

3. Sebab takkena berleter itu ini itu ini (bla bla bla). ✔ 

4. Sebab tak ada org ganggu tengah tido dgn bunyi handphone. ✔

5. Sebab takda org nak cemburu. ✔


Ada lagi satu sebab yang tertinggal. sebab yang ke-6 kita bebas daripada melakukan zina :) 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
( Surah Al-Israa’(17) ayat 32)

Pesanan buat kaum hawa:Wahai kawan-kawan yang Fyqah kasihi sekalian, janganlah kamu menjalinkan hubungan yang tidak halal ini. Percayalah satu hari nanti pasti Allah akan pertemukan kamu dengan insan yang baik dan mulia hatinya :) Cinta selepas kahwin meruapakan cinta yang paling MANIS sekali :)

#Untuk pengetahuan semua,Fyqah belum kahwin lagi tau. Informasi-informasi ini Fyqah baca dri artikel2 di internet dan buku2 :)


SKETSA:


SEBELUM MASUK KELAS


akhy 1 : bro,ko xbosan ke xde awek.

Akhy 2 : xdelah
akhy 1 : yelah, awk tu aku tngk mcm xda feel je ngan pmpuan.ko xsuke pmpuan ea?heheh.
Akhy 2 : mana ade,aku normal lah,aku dah ade pasanganlah
akhy 1 : yeke?ko xpenah cite pun,eh share2 la.
Akhy 2 : kan Allah dah kate,setiap manusia tu dijadikan berpasang-pasangan.maknanye aku ne dh ada pasangan,cume blum jmpa lg,jodoh xkn kemane la bro.eh kamu pasti ke awek tu
 milik kamu?kalau ye,nikah je..lg bgs.dah2 jum masok kelass.

Akhy 2 : erkk jum.






Okayla sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Fyqah mohon maaf juga sekiranya informasi yang bagi ini ada yang salah..Tolong dibetulkan ya :) Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."~

~“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”~





Tuesday 10 April 2012

I'M NOT CREATIVE AND I ADMIT IT :)

Hari ini Fyqah tak nak bebel panjang2. Fyqah hanya nak tunjukkan gambar yang Fyqah buat untuk kak Aisyah dan MRTHEALLSHARED :) Harap mereka suka <3 ^_^

 I'M NOT CREATIVE AND I ADMIT IThttp://matcuoi.com  

CALON ISTERI MITHALI..HEHE *PEACE*http://matcuoi.com 

CALON-CALON SUAMI MITHALI..HEHE *PEACE*http://matcuoi.com

#Selama ni Fyqah ingat ahli MRTHEALLSHARED ada 6 orang je..xsangka ada rmai rupanya >.<#

Fyqah terfikirhttp://matcuoi.com. Kalau la kak Aisyah dan Mrtheallshared bergabung mesti gempak kan??Wah, Fyqah xdapat bayangkan. Masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Ataupun diorang boleh buat perdebatan tentang isu agama dengan menggunakan teknologi yang ada masa kini. Macam DEBAT AGAMA antara USTAZAH PILIHAN VS IMAM MUDA yang akan datang ni.. Fyqah tak sabar nak tengok rancangan tuhttp://matcuoi.com
Hehe okay maafkan Fyqah..Fyqah selalu fikir benda yg merepek adessss http://matcuoi.com  Fyqah selalu macam ni kan?? Aishhh..But why not??They can try it if they want. I just give a suggestion.Yeah a NONSENSE SUGGESTION http://matcuoi.com 

AISYAH SHAKIRAH VS MRTHEALLSHARED????

Okayla Fyqah rasa cukup la sampai di sini.Fyqah rasa Fyqah dah banyak merepek hari inihttp://matcuoi.com Fyqah mohon maaf eh kak Aisyah dan Mrtheallshared.. Fyqah suka cakap benda yang bukan-bukan.Mak Fyqah pun selalu marah Fyqah sebab suka cakp benda yang tak masuk di akal -.-  adeesss.. Fyqah mohon maaf sekali lagi sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~MANUSIA TIDAK SEMPURNA SENTIASA MELAKUKAN KESILAPAN~

Friday 6 April 2012

AISYAH SHAKIRAH :)

Apa khabar kawan2 semua? Fyqah doakan awak semua dalam keadaan sihat sejahtera :) Sudah seminggu Fyqah tak post apa2 entry kat blog ni. Seminggu rasa macam setahun je..hehe. Maaflah minggu ni Fyqah tersangatla sibuk dengan tugasan sebagai seorang CALON SPM 2012. Soalan kerja kursus PA dah dapat, tinggal nak buat je :) Insyaallah Fyqah dapat siapkan sebelum bulan 5 :)

Hari ini Fyqah berbesar hati nak cerita mengenai seorang vlogger. Vlogger yang Fyqah maksudkan ialah kak AISYAH SHAKIRAH :) Kenal tak? Kalau tak kenal biar Fyqah kenal kan kat awak semua :)


BIODATA AISYAH SHAKIRAH

Nama: Aisyah Shakirah Suhaidi
Umur: 18 tahun
Tarikh lahir: 1 Oktober 1994
Asal: Jitra,Kedah

Okay itu je yang Fyqah tahu tentang kak aisyah ni. Kalau awak semua nak kenal lebih dapat dengan kak Aisyah ni, boleh la usha2 blog dia yang sangat cantik dan banyak maklumat yang menarik di situ :) Fyqah selalu la juga stalk blog dia.kantoi sudah.hehe Sejujurnya, blog kak Aisyah TERBAIK!! :D

Kita cerita fasal video kak Aisyah lak eh. Kebanyakan video2 kak Aisyah berbahasa Inggeris dan berunsur dakwah. Fasih sungguh dia 'speaking' Inggeris. Sejujurnya, video2 kak Aisyah memang AWESOME! So, jangan ketinggalan tengok video2 kak Aisyah. Kalau tak tengok rugi tau :)

Sesuatu yang menarik tentang kak Aisyah, dia seorang yang kreatif. Fyqah suka tengok hasil handmade  kak Aisyah. CANTIK SANGAT ^_^ Inilah antara hasil handmade kak Aisyah:





#sorry kak Aisyah kita tak minta izin dulu amik pic2 ni.. maafkan kita ye :(

Btw,semalam Fyqah ada tengok video terbaru MRTHEALLSHARED. Video mereka yang terbaru ni berbahasa Inggeris. Wah nak lawan kak Aisyah nampak..hehehe..Gurau jelah. Fyqah tak sangka la pula abg azfar dan abg arif tak pandai speaking mcm Fyqah.hehe.tapi video tu memang lawak :D Kalau awk semua nak tengok boleh la klik di link di bawah ini ye :)

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa terutama Kak Aisyah. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~Practice make Perfect~

Sunday 1 April 2012

APRIL FOOL HARAM DISAMBUT!!!

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Fyqah masih lagi tak tidur sebab sibuk menyiapkan skrip ULBS. Insyaallah esok dah siap :) Doakan Fyqah dapat buat pembentangan dengan baik hari Selasa ni :)
Macam biasa setiap kali Fyqah on laptop mesti Fyqah on9 Facebook sekali.hehe. 
Tadi Fyqah sempat baca status2 kawan2 fb Fyqah.Salah satu status yang Fyqah baca ialah:


Memandangkan hari ini dah masuk 1 April, ramai orang yang buat status pasal APRIL FOOL. Untuk pengetahuan semua Muslimin dan Muslimat,  APRIL FOOL HARAM DISAMBUT. Saya ulangi HARAM DISAMBUT!! *soriterikutcaraabgAzfar >.<*

APAKAH ITU APRIL FOOL??
         APRIL FOOL iaitu  1 April yang biasanya disambut oleh semua manusia di dunia ini. Hari tersebut tidak disambut oleh mamalia yang lain selain daripada manusia. Pada zahirnya, manusia beranggapan hari APRIL FOOL  ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun begitu,sedarkah anda bahawa APRIL FOOL ini hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat Islam menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

        Memang tidak dinafikan bergurau terlebih batas tidak mempunyai unsur penipuan dan sebagainya. Namun pada hari APRIL FOOL, pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu dititik beratkan dan perhatikan.

KENAPA HARAM?
Antara sebab-sebab APRIL FOOL HARAM ialah:
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

~Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]~


Jadi awak semua dah tau kan APRIL FOOL HARAM DISAMBUT.



Baiklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah harap selepas ni semua umat Islam janganlah sambut APRIL FOOL. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

 ~Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].~







 
© Fyqah Ismail