Friday 29 June 2012

Segmen Bloglist Julai by Ieka Farhana

Hari Fyqah nak join segmen yang dianjurkan oleh sahabat blogger Fyqah iaitu Ieka Farhana.
Kalau awak nak join pergi ke klik SINI




Fyqah nak jemput Mawaddah dan  Fatin Azma join segmen ni :)
Semua blogger dialu-alukan sangat untuk memeriahkan lagi segmen ni :)
Segala peraturan boleh didapati di link yang Fyqah bagi tadi.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Thursday 28 June 2012

Terima Kasih Emak :')



Hari Selasa yang lepas, mak Fyqah bagi Fyqah hadiah yang Fyqah tak expect pun. Bukan satu tapi dua sekali mak Fyqah  bagi. Tak cukup dengan tu mak Fyqah bagi hadiah yang paling berharga yang Fyqah tunggu-tunggu selama ini iaitu CIUMAN!!hehe. Anak mak biasalah..kihkih

Sebelum tu, Fyqah nak share dengan kawan-kawan hadiah yang Iza bagi Fyqah. Ni dia :)




 Sampai hati Iza cakap, Fyqah dah tua. Urghh. Fyqah muda lagi la.. Tak apa tunggulah bufday awk nanti Iza*senyum jahat..hehe. kek dan cokelat tu sedap sangat. terima kasih Iza :) Sayang awak <3 BFF k?

Sekarang Fyqah  nak kongsi pula hadiah yang mak dan adik-adik Fyqah bagi :)



Hampir menitis air mata Fyqah bila baca kad ni. terharu sangat :') Terima kasih mak :') You're The Number One For Me ^_^

#Music Box <3

Hadiah lagi satu Fyqah tak nak bagi tahu. Mak Fyqah suruh guna untuk tahun depan bila Fyqah masuk U nanti..hehe. ok mak. Menurut perintah! :)

Post yang lepas Fyqah banyak nangis. Hal ini disebabkan oleh PMS. PMS tu pe? Awak fikirla sendiri!hehehe Gurau jela.. Insyaallah Fyqah akan terangkan apa itu PMS dalam post yang akan datang :) 

Okayla  sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)




Monday 25 June 2012

I'm now sweet 17 :)


Semalam 24 Jun 2012, umur Fyqah genap 17 tahun.. Happy Birthday To Me!!! hehe..Tak sangka cepat sungguh masa berlalu.Terasa seperti baru semalam Fyqah belajar berjalan,bercakap, main ting-ting dan sebagainya. Syukur alhamdulilah Allah masih berikan Fyqah oksigen untuk Fyqah bernafas sehingga hari ini. Alhamdulilah :') Fyqah juga bersyukur kepada Allah kerana masih lagi Fyqah peluang untuk Fyqah terus beribadat dan bertaubat sehingga hari ini.

Fyqah nak ucapkan :


Terima Kasih Allah sebab bagi diriku peluang untuk aku bertaubat....
Terima Kasih Emak sebab melahirkan Iqah....

Terima kasih Ayah sebab hantarIqah ke sekolah setiap hari....
Terima kasih Along sebab suka buat Iqah marah....

Terima kasih Angah sebab sudi menjadi pendengar yang setia...
Terima kasih Bihah sebab sudi temankan uda kat rumah..
Terima kasih Amy sebab selalu tolong uda...
Terima kasih cikgu sebab sudi mengajar saya..
Terima kasih kawan-kawan sebab sentiasa berada di samping kita di kala kita susah dan senang...



Tidak lupa juga terima kasih kepada kawan-kawan Fyqah di FB dan semua kawan yang telah wish birthday Fyqah :)
 Terima kasih Mark Zuckerberg sebab telah mengingatkan hari jadi Fyqah kepada semua kawan-kawan di FB :)




Semalam Abg Aeril Zafrel pun wish bufday Fyqah kat twitter..hehehe..*jgn jeles


Fyqah nak ucapkan terima kasih kepada Iza sebab bagi Fyqah kek dan cokelat. Sorilah Fyqah malas nk upload pic kek dan cokelat tu..Nanti kalau Fyqah rajin Fyqah upload okay :)

Sebenarnya,di sebalik kegembiraan Fyqah, sebenarnya tersimpan rasa duka dan kecewa.Fyqah nak cerita tapi nanti Fyqah nangis pula..hehe.Air mata dah mula bergenang ni..hehehe

Setiap kali Hari Jadi Fyqah tak ada apa-apa pun yang menarik..Fyqah tak macan kawan-kawan Fyqah yang lain. Setiap kali Birthday diorang, kawan-kawan lain akan buat surprise untuk diorang semua. Fyqah tak dapat semua tu. Walau apa pun, Fyqah suka tengok diorang happy.Fyqah tak kisah pun berduka seorang diri. Fyqah dah biasa :')

Paling Fyqah sedih apabila tahun ni Fyqah tak dapat pun kiss daripada mak Fyqah. Fyqah sedih sgt :'( Okay i'm starting crying now..hehe.. Fyqah memang kuat nangis.Itu adalah FAKTA :") Fyqah mengharap pun dapat hadiah yang mahal-mahal daripada mak Fyqah.Cukuplah sekadar sebuah ciuman.Fyqah tak kisah pun tak dapat hadiah mahal-mahal Tapi Fyqah kisah kalau mak tak kiss Fyqah. Bagi Fyqah, itu adalah yang paling bermakna. Tak apalah mungkin mak lupa kot. Hari tu mak sibuk rewang sebab tu mak lupa nak bagi Fyqah kiss :'''') Think positive :')

Fyqah suka pendam setiap kali Fyqah sedih. Fyqah tak suka luahkan perasaan sedih Fyqah kat orang lain. Walaupun kadang-kadang perasaan tersebut tidak mampu Fyqah hadapi seorang diri, Fyqah cuba kuatkan diri Fyqah. Walau bagaimanapun Fyqah bersyukur kerana Allah masih bersama Fyqah. Allah berikan Fyqah kekuatan untuk Fyqah hadapi ujian ini.Alhamdulilah. Terima kasih Allah :''')

Okaylah, cukupla sampai di sini. Kalau Fyqah tulis lagi, air mata lagi mengalir laju macam air terjun...hehe :') Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

Upcoming Birthday :
My little Brother(Amy)-26 June 2012
Zetty Ameera-27 June 2012
Arifah-28 June 2012
Izzaty Mahmood- 28 June 2012
Fatin Adlina-30 June 2012
Iza Nabihah- 1 Julai 2012

HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!!!


Thursday 21 June 2012

Allah lebih menyayangimu :')


20 Jun 2012

7.00 pagi
- Seperti biasa setelah sampai di sekolah, Fyqah letak beg kat kelas dan turun ke dewan terbuka bagi menjalankan program mesra Al-Quran dan program Nilam.

7.30 pagi
-P&P pun bermula. Subjek pertama ialah Sejarah.Alhamdulilah Fyqah faham apa yang cikgu terangkan tentang subtopik pertama Bab 6 tak salah Fyqah.

8.05
- Kelas Add Math bermula.Miss Ong marah sebab kelas kami kotor.Miss Ong suruh kami kemaskan kelas dahulu sebelum cikgu mulakan pembelajaran.Lepas kelas dah bersih baru Miss Ong ajar. Fyqah tak tahula berapa banyak kali Fyqah menguap kat kelas.Tapi Alhamdulilah Fyqah dapat memahami apa yang Miss Ong terangkan walaupun Fyqah dalam keadaan mengantuk.

9.30
- Kelas Chemistry pula. Semasa kelas Chemistry Fyqah tidur 15 minit. Fyqah akui Fyqah tidur lambat malam sebelumnya. Fyqah tidur pukul 2 pagi sebab siapkan NIE.Sebab tulah Fyqah mengantuk dalam kelas.Alhamdulilah lepas bangun Fyqah semakin segar.Semasa Fyqah sedang fokus,tiba-tiba Puan Suhaila tegur Fyqah 'NSI why you are so sleepy?' Fyqah dah pelik. Kawan-kawan semua tengok Fyqah. Malu :*

11.05 pagi
-Lepas rehat, kelas Biology. Fyqah tak tahulah, lepas kelas Chemistry mood Fyqah terus hilang. Sue pun takut tengok Fyqah. Tapi sebenarnya Fyqah ok je :) Sorry Sue sebab buat awk takut kat kita :) Kita okay jelah :') 

12.30
- BM cikgu tak ada.Cikgu pesan kat Sue buat analisis item. Semasa tengah angkat tangan dan turun tangan, tiba-tiba ada pengumuman 'Perhatian kepada NSMI dari 5 Marikh, sila datang ke pejabat sekarang dan bawa beg anda sekali'.Semasa tu, Fyqah dah dapat agak apa yang berlaku.Fyqah hampir menangis tapi Fyqah gagahkan diri juga :')

12.45
- Mak Fyqah marah sebab Fyqah lambat turun. Mak Fyqah cakap dah setengah jam mak Fyqah tunggu. Fyqah terkejut juga sebab Fyqah cuma dengar pengumuman sekali je. Rupa-rupanya Fyqah tak dengar pengumuman yang lagi satu tu. Puan Marpuah pun marah Fyqah. Yeah, I know its my fault.Sorry mom, Puan Marpuah and all the clerks :')

2.00
- Fyqah,dan Abg Fyqah, Along naik kereta Mak Fyqah bertolak ke Segamat. Manakala dua orang adik Fyqah, Bihah dan Amy pula naik kereta ayah Fyqah. 

2.45
- Tayar kereta mak bocor. So, kami singgah kedai tayar dahulu untuk tukar tayar.Terima kasih kepada abang-abang yang bekerja di Dunlop sebab tolong gantikan tayar kereta mak Fyqah :)

#Fyqah suka gambar ni.Mak nampak comel <3 ^_^
(Di dalam kesedihan tapi kami masih termampu tersenyum)



#Thank you so much :')

4.30 petang
-Kami terus ke masjid. Semua orang berkumpul di masjid bagi mengerjakan solat Asar dan solat jenazah.Kami orang yang terakhir sampai. Fyqah agak terkilan sebab tak dapat tengok jenazah dahulu :'(

Fyqah pasti kawan-kawan semua pasti tertanya-tanya apa yang telah berlaku,bukan? Fyqah minta maaf kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu apa yang telah berlaku. Fyqah saja ingin menggunakan teknik suspens dalam entry ini. *suspens la sgt :') Untuk pengetahuan semua, semalam 20 Jun 2012, pak uda yang Fyqah pernah ceritakan sebelum ini  telah pergi buat selama-lamanya. Allah lebih menyayanginya. Kurang daripada 2 bulan pak uda disahkah menghidap barah hati dan semalam Allah telah mengambil nyawanya. Takziah buat keluarga Pak Uda :')Semoga Allah menempatkan Pak Uda dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH :')

5.00 petang
- Jenazah Pak Uda dikebumikan di tapak perkuburan yang sama dengan arwah Atuk Abah dahulu. Fyqah hampir menangis melihat keadaan mak uda,along iwan,abg angah, abg aus dan kak farah. Tapi Fyqah gagahkan diri juga :'(









Pak Uda meninggal 4 hari sebelum Hari Jadi Fyqah yang ke-17. Dahulu arwah atuk abah meninggal 4 hari selepas Fyqah meraikan Hari Jadi yang ke-11. Fyqah telah kehilangan orang yang Fyqah sayang di saat-saat Hari Lahir Fyqah. Sedih sangat :'( Semoga Allah menempatkan Pak Uda dan arwah Atuk Abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn Ya Rabbal Alamin...

Cukuplah sampai di sini entry Fyqah buat kali ni. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

~Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu yang pasti~

AL-FATIHAH











Thursday 14 June 2012

Surat Dari Anak Yang Dah Tak Degil


Hari ini Fyqah nak kongsi satu cerita. Masa Tingkatan 2 dulu, cikgu Fyqah pernah suruh salah seorang kawan Fyqah bacakan cerita ini kat depan. Memang sedih sangat cerita ini. Dah banyak kali Fyqah baca cerita ini, dan setiap kali Fyqah baca air mata Fyqah pasti akan jatuh.Oleh itu, Fyqah nak kawan-kawan baca cerita ini. Mungkin ada yang pernah baca. Tapi tak salahkan kalau baca lagi kan ? :) Fyqah tukar background music semata-mata nak kawan-kawan semua hayati cerita ini :) Hayatilah :')

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



Peringatan Fyqah untuk kawan-kawan semua termasuk diri Fyqah sendiri, hargailah dan sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. Jangan sakiti hati mereka. Seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita, mereka telah melahirkan kita dan membesarkan kita. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita selagi mereka bernyawa :')



Kepada kawan-kawan yang sudah tidak mempunyai ibu atau bapa ataupun kedua-duanya, jangan bersedih. Allah masih ada bersama awak semua. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka.Kenanglah mereka dalam doamu :') 

“Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah ataupun ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya” 
(Hadith Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baiklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


~I LOVE MY MOM AND DAD~
~THANKS ALLAH FOR GIVING THEM TO ME~

Wednesday 6 June 2012

5 bulan lagiii...................................................


Kawan-kawan semua mesti dah baca tajuk entry Fyqah kan???5 bulan lagi..Yeah lagi 5 bulan SPM akan menjelang. Ya Allah,cepatnya masa berlalu. Kalau Fyqah fikir-fikir balik, selama 6 bulan yang lepas, Fyqah banyak buang masa.Fyqah tak gunakan masa yang Allah bagi untuk Fyqah itu, digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Terasa diri Fyqah sangat teruk.

Fyqah kecewa dengan diri Fyqah sendiri. Fyqah rasa diri Fyqah sudah banyak berubah. Fyqah nak diri Fyqah yang dulu :'( 

Seandainya Fyqah dapat putarkan kembali masa lalu, Fyqah akan gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya. Insyaallah. Namun masa yang berlalu, tidak akan kembali,bukan?? 


Fyqah bersyukur kerana Allah masih memberi Fyqah masa untuk berubah. Selepas ini, Fyqah akan berubah. Fyqah akan gunakan setiap masa yang Allah bagi dengan sebaik-baiknya. Fyqah tidak mahu kecewakan kedua-dua ibu bapa  Fyqah yang telah banyak berkorban untuk Fyqah. Ibu bapa Fyqah berharap sangat Fyqah dapat 10A dalam SPM 2012. Tidak mungkin Fyqah mahu lihat mereka kecewa. 

Kawan-kawan doakan Fyqah eh. Doakan Fyqah berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2012. Semoga Allah memberkati kawan-kawan semua.Amin....

Buat semua kawan-kawan yang akan menghadapi SPM 2012, Fyqah doakan agar awak semua berjaya dalam SPM 2012. Mari kita sama-sama pecahkan rekod Malaysia dengan keputusan yang paling cemerlang dalam SPM 2012. Insyaallah

Ingat!!!


Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakal

Baiklah sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s:lepas ni kalau boleh Fyqah tak nak online lagi dan tak nak tulis blog. Doakan niat Fyqah ni tercapai.Fyqah tak nak hangat-hangat tahi ayam je.


Terima Kasih Kak Nadia :')

Terharu. Itu sahaja yang dapat Fyqah ungkapkan semalam apabila kak Nadia telah memuat naik video dia yang bertajuk SPM(Hayya Ala' Al Falah). Mungkin ada kawan-kawan yang belum tengok video kak Nadia. Oleh itu, Fyqah syorkan kawan-kawan tengokla. Moga video kak Nadia memberi inspirasi kepada kita semua terutama kepada kawan-kawan yang akan menduduki SPM seperti Fyqah bagi tahun ini.



Sebenarnya hari tu, kak Nadia ada menyatakan haasratnya kepada Fyqah untuk membuat video untuk Fyqah dan semua calon SPM 2012.


kak Nadia: akak rse nak wat video dedication untuk shafiqah spm   spm ble dear?
Fyqah: video dedication???hehe ssh je la kak  spm awl buln 11 rsanya.
kak Nadia: hehe shafiqah tk ske ke? 
Fyqah:suke3..hehe tp menyushkan akk pula nnti.
kak Nadia: tak susah  nak jugaa  heheee harap boleh
 bagi inspirasi  nasihat inshaAllah  amiin 



Thanks a lot kak Nadia Syamila. Akak baik sangat. Pertama kali Fyqah jumpa orang sebaik kak Nadia. 
Fyqah tak tahu nak cakap apa. Kak Nadia hari tu ada tolong Fyqah buat design untuk Star Mag Inc.
Cantik sangat. Ini dia hasil kerja Kak Nadia.


Cantik kan??? Terima kasih kak Nadia. Fyqah ingat nak jadikan cover untuk newspaper group Fyqah nanti.Fyqah akan bincang dengan kawan Fyqah, Sue nanti. Insyaallah Sue setuju.

 Bercerita berkenaan dengan Star Mag Inc, surat khabar masih kosong lagi. Esok Fyqah dan Sue nak jumpa kat McD bagi menyiapkan projek ni. Tadi petang Fyqah baru siapkan survey. Survey fasal pendapat vlogger dan blogger tentang English in Social Network. Ini hasilnya.


Pendapat Abg Ariff yang paling panjang. hehehe.Fyqah agak sedih juga sebab tak dapat pandangan kak Aisyah tentang English in Social Networks. Tapi tak apalah mungkin kak Aisyah sibuk :)
Anyway, Fyqah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak Nadia, Abg Ariff, Abg Haziq dan Abg Azfar kerana sudi memberi pandangan mereka tentang English in Social Network :)

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Monday 4 June 2012

Thank You Allah :')

Hari ini Fyqah nak berkongsi dengan pembaca semua tentang bersyukur. Kawan-kawan tahu tak apa itu bersyukur???Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, bersyukur bermaksud berasa syukur atau berterima kasih.Bersyukur kepada Allah pula disignifikan sebagai berterima kasih kepada Allah di atas segala kurniaan yang telah diberikan kepada kita.

Namun pernahkah kawan-kawan semua bertanya kepada diri sendiri "Adakah aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku??/"

Surah Al-Baqarah 2:172 yang bermaksud
  "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah."

Sebagai hamba Allah, kita perlulah bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Ucapkalah 'ALHAMDULILAH'. Itu sudah memadai sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah. Ringankanlah mulut kita dengan ucapan ALHAMDULILAH di mana sahaja kita berada.

"Seorang mukmin terbaik itu tentu banyak bersyukur ketika dalam kegembiraan dan banyak bersabar ketika dalam kesedihan"
 (HR Muslim)

"Barangsiapa diuji lalu bersabar, dikaruniai lalu bersyukur, didzalimi lalu memaafkan dan mendzalimi lalu beristigfar, maka bagi mereka keselamatan dan hidayah "
(HR Al Baihaqi)


Oleh itu,marilah sama-sama kita ucapkan ALHAMDULILAH. Semoga Allah terus mengurniakan nikmat kepada kita.Insyaallah :)



Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


Sunday 3 June 2012

Fyqah Gembira Bersama Mereka ^_^



Semalam Fyqah gembira sangat walaupun penat seharian berjalan. Fyqah gembira sangat dapat berjumpa dengan orang-orang yang Fyqah sayang <3

Semalam mak Fyqah balik daripada China. Yeah! Banyak sangat cenderamata mak belikan untuk Fyqah dan adik-beradik Fyqah yang lain. Tapi ada 2 barang ni yang menarik perhatian Fyqah. Fyqah suka sangat benda ni.Tapi mak Fyqah suruh kongsi. 


Ini dia camera keychain dan juga MP3. Kedua-dua barang ini menggunakan memory card. Unikkan?Kamera keychain tu bukan sahaja boleh menangkap  gambar tapi juga boleh membuat video.

okay kita tukar topik. Semalam Fyqah dapat juga melepaskan kerinduan Fyqah kepada Qis dan Danish setelah beberapa bulan Fyqah tak jumpa diorang. 
#Aww..diorang tetap comel <3

Qis sekarang sudah berusia 3 tahun tapi masih tidak boleh berjalan. Kesian dia.Fyqah mohon kawan-kawan yang membaca entry ini mendoakan agar Qis dapat berjalan satu hari nanti. Insyaallah :')

Semalam kami sekeluarga melawat pak uda. Ingat tak post Fyqah yang lepas fasal Pak Uda  yang masuk ke hospital??Fyqah tak pastilah ada ke orang baca fasal post Fyqah tu, tapi kalau awak semua nak tahu tekan sini.
Program Skor A Prinsip Perakaunan :)

Doktor sudah mengesahkan Pak Uda mengalami penyakit barah hati. Fyqah terkejut sangat. Kesian Pak Uda. Doktor cakap penyakit Pak Uda dah teruk sangat.Tapi Fyqah tahu Allah itu Maha Kuasa. Pasti ada jalan untuk menyembuhkan penyakit Pak Uda. Kawan-kawan doakan Pak Uda ye :')Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Fyqah yakin pak uda kuat untuk menghadapi semua ini. Allah sayangkan Pak Uda sebab tu Allah bagi ujian ini kepada Pak uda.Betul tak??

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s: kepada pembaca semua,kalau ada cadangan tempat untuk merawat  Pak Uda dan Qis,sila tinggalkan komen anda ye.Insyaallah nanti kami sekeluarga cuba ikhtiar.





 
© Fyqah Ismail