Wednesday 19 December 2012

30,474 Calon PMR 2012 Mendapat Straight A?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...



TTTTTTAAAAAAHHHHHHNNNNNIIIIAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!!!!Ambil punya panjang tahniah yang kak Fyqah bagi kat adik-adik yang telah berjaya memperoleh straight A dalam PMR 2012.Dah ucap ALHAMDULILAH belum?Dah sujud syukur belum?Kalau belum pergi buat sekarang.NOW! Kan kak Fyqah dah start membebel.Okay kalau dah siap buat semua tu, boleh teruskan membaca entry ni.Hehe.Jangan marah ye adik-adik nanti tak comel macam Neelofa.LOL :D

Seperti yang semua penduduk Malaysia sedia maklum,hari ini 19 Disember 2012 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi semua calon-calon PMR 2012.Segala usaha mereka sebelum ini yang menentukan sama ada mereka akan menangis kegembiraan ataupun menangis kegagalan semasa mengambil keputusan PMR.Tahniah kepada 30,474 calon-calon PMR yang kak Fyqah percaya mereka menangis kegembiraan apabila melihat keputusan PMR yang amat membanggakan.Tahniah kak Fyqah ucapkan.Kepada adik-adik yang tidak berjaya,jangan putus asa.Adik-adik ada lagi satu peluang lagi untuk menebus kegagalan adik-adik dengan berjaya dalam SPM.In Sha Allah.

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA.Kak Fyqah tahu adik-adik mesti sedih sebab tak dapat nak membanggakan ibu bapa adik-adik,bukan?Takpelah mungkin bukan rezeki adik-adik.Perkara yang paling penting adik-adik semua dah berusaha :) Tak mau sedih-sedih ye.Tak semestinya bila adik-adik gagal dalam PMR,adik-adik akan gagal juga dalam SPM.Kegagalan sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih maju lagi pada masa hadapan.Jadi,JANGAN PUTUS ASA,okay? :)

Kak Fyqah nak berkongsi sikit saat-saat kak Fyqah ambil result PMR.Kak Fyqah terkilan sangat sampai sekarang sebab tak dapat nak ambil result dengan kawan-kawan kak Fyqah.Pagi sebelum nak pergi ambil result,kak Fyqah dapat sms daripada kawan-kawan kak Fyqah.Diorang semua tanya nak pergi sekolah berapa la bla bla bla.Tapi kak Fyqah ni degil tak nak pergi awal.Konon takut resukt keluar lambat.Last-last kak Fyqah pergi sekolah dalam pukul 12.Memang dah kosong sekolah masa tu.Sedih sangat-sangat :'( Kak Fyqah tak bagi mak kuar dari kereta.Kak Fyqah nak pergi ambil result sorang-sorang.Haha.Bukan apa kak Fyqah takut dia kecewa.So,kak Fyqah pun pergilah dewan jumpa guru kelas kak Fyqah,Encik Yusup.Masa tu rasa macam jantung ni nak terkeluar dah.Degupannya sangat laju.Nervous.

Encik Yusup: Eh awak.Awak tak boleh ambil result sebab awak datang lambat.
Fyqah:Ahhhh??? *muka cuak*
Encik Yusup:Haha.Tak adalah.
Fyqah: *dalam hati membebel* This is not funny Encik Yusup
Encik Yusup : Tahniah awak dapat 8A.Slip keputusan awak boleh ambil kat pejabat.Tadi yang dapat 8A semua dah ambil kat atas pentas.Disebabkan awak datang lambat,awak boleh pergi ambil kat pejabat.
Fyqah:Ouhh okay. *dalam hati membebel* Alhamdulilah :')

Bila tiba kat pejabat,kak Fyqah nampak adalah dalam 3,4 orang yang beratur.Dalam hati kak Fyqah membebel "Mesti diorang dapat 8A juga." Kak Fyqah pun beraturlah kat luar pejabat.Seorang demi seorang masuk untuk mengambil keputusan.Tiba giliran kak Fyqah.Kak Fyqah pun masuklah tak kan lah nak berdiri macam patung barbie doll pula kan.LOL. Pastu makcik kerani pun mintalah nombor ic.Then,kak Fyqah berbual dengan seorang cikgu ni,Puan Khulasah.

Fyqah:Cikgu berapa orang dapat straight A?
Puan Khulasah:100+ *tak ingat -_-* Menurun sikit daripada tahun lepas.
Fyqah: Ouhhhh :)

Lepas dah dapat result,kak Fyqah pun cabut keluar dari pejabat tu.Hehe.Kat luar,kak Fyqah jumpa mak dan adik-beradik kak Fyqah.

Mak:Dapat berapa A?
Fyqah: 7A 1A 
Mak: Ahhh???
Fyqah:8A la
Mak:Alhamdulilah :')

Actually,mak Fyqah dah tau dulu.Tak adil!Abang kak Fyqah   baca sms dari kawan kak Fyqah,Iza. Kak Fyqah kongsi handphone dengan abang masa tu.Maklumlah masa tu zaman buta teknologi.Hehe.Iza sms ucap tahniah sebab kak Fyqah berjaya dalam PMR.Patutlah masa dalam kereta abang akak cakap,"Iqah dapat 8A.".Akak tertanya-tanya macam mana dia tahu sedangkan akak belum dapat result lagi.Rupa-rupanya dia curi-curi baca sms Iza.Sabar jelah.Tak dapat nak buat surprise kat mak -_-

Melihat kegembiraan ibu bapa kita kerana kejayaan kita merupakan hadiah yang paling bermakna bagi Fyqah :') Fyqah harap sangat sejarah yang berlaku pada tahun 2010 akan berulang kembali pada tahun 2013 :') Doakan kejayaan Fyqah ye dan Fyqah pun akan doakan kejayaan awak semua juga :') 

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

JANGAN KECEWA SEANDAINYA AWAK GAGAL PADA HARI INI.JADIKAN IA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK BERJAYA DENGAN LEBIH CEMERLANG PADA MASA DEPAN :)

Tuesday 18 December 2012

Effect Tukar Url Blog...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Fyqah bercadang nak tukar url blog Fyqah ni. http://spmcandidate95.blogspot.com macam dah sesuai buat Fyqah sekarang.Fyqah takut kalau terjadi apa-apa kalau Fyqah tukar.


Fyqah masih baru lagi dalam dunia blogging.So,Fyqah nak minta pendapat senior-senior Fyqah ni yang lebih mahir dalam blogging sama ada patut ke tak Fyqah tukar url blog Fyqah ni. Minta beri tunjuk ajar ye.Harap awak semua bagi respons dengan entry ni.Terima kasih :')

Monday 17 December 2012

8 JAM TANPA ELEKTRIK

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

How's your day today?It must be AWESOME right? Same as me ma.I had a great time today without CURRENT.I repeat WITHOUT  CURRENT.You don't understand?Okay I'll explain in Malay words because I know in your head you must say this " TERUKNYA BAHASA INGGERIS BUDAK NI ".And I'll answer 'YES!'. I'm not good in English and I always got the worse marks in English subject. But I hope I'll get excellent result in my SPM.In Sha Allah.Do pray for me :') *tacink la pula :P*

Back to the topic,sebenarnya hari ini Fyqah 'bahagia' sangat menjalani hari-hari Fyqah TANPA BEKALAN ELEKTRIK.Semalam memang dah dapat notis pun tak ada elektrik dari pukul 10a.m- 7p.m.Malam semalam bukan main lagi rancang nak ajak mak pergi jalan-jalan pada waktu petang.So ingat nak bangun awal pastu gosok baju la apa sebab nanti tak ada elektrik.Tapi hampeh -_- Lepas je Fyqah solat subuh,Fyqah tidur balik.Bangun-bangun dah pukul berapa entah Fyqah pun tak tahu *padahal malu nak bagi tahu bangun pukul berapa*.Tengok mak dah tak ada pergi kerja.Pagi-pagi buka tudung saji tak ada makanan.Rasa sangat sedih sebab adik-adik langsung tak tinggalkan sarapan untuk kakak dia sorang ni.Selongkar punya selongkar dalam laci,terjumpa maggi goreng.Teringat pula nak buat maggi murtabak macam dalam blog yang Fyqah baca semalam.Macam sedap.Tapi nak buat maggi murtabak guna maggi kari.So,Fyqah batalkan niat tu dulu dan masak maggi goreng.


Ni namanya maggi goreng ikan sardin.First time Fyqah makan maggi dengan ikan sardin.Haha.Cuba la buat.Tapi kalau lepas makan nanti sakit perut jangan salahkan Fyqah eh?Hehe.Alhamdulilah tadi lepas Fyqah makan maggi goreng ikan sardin ni tak ada pula Fyqah asyik keluar masuk tandas macam orang lepas tertelan racun tikus *merepek*.

Fyqah makan maggi sambil layan cerita Indon saluran 131.Best juga cerita tu tapi Fyqah tak ingat pula tajuknya apa.Cerita tu mengisahkan seorang pelajar bisu dan pekak yang bernama Angel.Angel seorang yang bisu dan pekak *kan dah bagi tahu pelajar bisu dan pekak*.Dia sering di buli oleh kawan-kawan sekelasnya yang Fyqah lupa namanya apa *banyak makan semut,mungkin -_-*.Angel pandai bermain piano.Kawan-kawan kelas Angel tidak suka bila Angel menyertai pasukan muzik sekolahnya dan mereka cemburu dengan kebolehan Angel bermain piano.Pada suatu hari,kawan-kawannya itu menipunya bahawa cikgu muzik mereka memanggilnya sedangkan cikgunya tiada pada waktu itu.Di dalam bilik muzik,Angel telah diserang oleh kawan-kawannya yang jahat itu.Mereka telah menghempapkan ermmmmm.....apa eak nama benda alah tu?Tak tahu pula Fyqah sebab Fyqah bukanlah pelajar muzik.Sebelum kita nak main piano,kita kena buka benda tu dulu dan benda tulah yang telah menghempap jari-jari Angel *awchh sakitnya* .Dipendekkan cerita,masa di rumah, ayahnya marah.

Ayah: Buat kali terakhirnya,bilang shiapa yang buat semua ini?
Angel : *menggelengkan kepala*
Ayah: Shiapa??!!!!!

*tup* TV tertutup secara tiba-tiba.Cehh..Baru nak tengok apa yang ayahnya nak buat kat kawan-kawan Angel yang jahat tu.Semua adik-adik Fyqah mengeluh tak ada elektrik.Inilah manusia.Allah baru uji kita sikit dah nak mengeluh.Bukannya tak ada elektrik selamanya.Kan Fyqah dah start membebel.

Sepanjang petang tadi NO TWITTER,NO DRAMA,NO FACEBOOK,NO BLOG,NO ASK.FM.Cuma ada di sisi Fyqah hanyalah SAMSUNG GALAXY CHAMP. Selalunya dialah yang Fyqah abaikan.Tapi hari ini dialah peneman setia Fyqah.Aww so cweet gitu.LOL 

Lepas mak Fyqah balik kerja,Fyqah ajak mak Fyqah keluar *kejamnya Fyqah.Mak baru balik kerja dah nak ajak keluar*.Tapi mak Fyqah tak nak.So,Fyqah pun terpaksa duduk umah yang 'berecon' tu sambil melayan  mak Fyqah lawan dam dengan sepupu Fyqah,Idlan yang berusia 6 tahun.

Main dam tapi guna chest.Semua orang pernah buat kan? :P
Putih - Mak Fyqah
Hitam - Idlan
Jangan terkejut kenapa Idlan punya lagi banyak.Budak ni agak pandai bermain dam tapi dia tidak boleh mengalahkan Fyqah.Haha.Muka budak kalah macam nilah.LOL. *kejam kejam sungguh kejam*


Actually,dia lawan dengan Biha tapi Fyqah tolong Biha main sebab Biha dok bersms dengan cowoknya -_- 
Kesian dia kalah :P 

Idlan ni mulut dia tak boleh berhenti bercakap.Masa dia tidur pun Fyqah rasa dia bercakap mungkin.Hehe. Pot pet pot pet.Setiap kali orang cakap mesti dia lawan.Tak nak kalah budak ni.Tapi dia ni penakut.Masa kita orang tadi duk cerita  hantu.Dia nak menangis.Bila tengok dia nak nangis Fyqah lagi suka nak kacau dia.Hikhik

Idlan: Dah la jangan cerita lagi. *air mata dah bergenang*
Fyqah: Eh,Idlan tahu tak kak Iqah kan pernah kena.
Idlan: *tutup telinga* Tak dengar tak dengar.
Fyqah: Pada satu hari,Kak Iqah buat kerja kat bilik tau.Pastu kak Iqah dengar orang ketuk tingkap bilik kak Iqah.Kak Iqah takutlah *buat muka takut*. Kak Iqah pun nak buka la tingkap tu.Masa kak Iqah nak buka tiba-tiba ada orang panggil "Iqah".So,kak Iqah pun tak jadi nak buka. *penuh dengan drama*
Idlan:Bohong! *pang*
Fyqah: *muka terkejut* Tak nak kawan Idlan.Jom kita masuk bilik tinggalkan Idlan sorang-sorang. *muka marah*
Wani : Ayokk kak Iqah marah
Fyqah: Jom,biarkan Idlan kat luar *Jom,tapi masih duduk lagi di atas sofa*
Idlan:Ala,kak Iqah minta maaf.
Fyqah : *muka muncung* Tak nak! *bangun dan berlalu pergi*

Actually Fyqah tak marah pun.Pandai tak Fyqah berlakon?Agak-agak boleh dapat anugerah pelakon terbaik tak?LOL.Fyqah memang dah lama pun simpan bakat Fyqah ni.Fyqah cuma malu nak tunjukkan bakat Fyqah ni.Eh dah nak muntah ke?Takpe2 Fyqah sentiasa bersedia dengan mangkuk tandas. *hulur mangkuk tandas* Muntahlah sepuas-puasnya.Haha *joke :D

Muka Idlan lepas nangis

Alhamdulilah Allah itu MAHA PENYAYANG.Di kala kami semua kepanasan Allah turunkan hujan pada petang itu.Hujan yang sangat lebat sehingga hampir banjir di kawasan halaman rumah Fyqah.Ujian Allah :') 

Lawan dam dengan Bihah and I'm the winner.Muahaaha *jangan riak*

Dalam pukul 8 tadi baru ada current balik dan Fyqah terus capai laptop dan update entry ni.Hehe.Panjangkan? Maaf kerana mengambil masa 5 minit awak yang berharga itu untuk membaca entry Fyqah ini.Terima kasih la kerana sudi baca entry ini.Semoga Allah memberkati awak semua.

Okay dah penat rasanya membebel.Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry  ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita.Bila kita rasa susah,cuba fikir saudara-saudara kita yang lebih susah daripada kita.Renung-renungkan :)

GOOD LUCK! ^_^

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Apa khabar AWESOMENESS? Rindu Fyqah tak?Rindu! Aww so sweet. *hulur mangkuk* Fyqah tahu awak nak muntah.Sila la muntah hijau ke biru kat dalam mangkuk tu.Okay gurau jelah.Jangan marah ye ^_^

PMR CANDIDATE 2012,ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGAMBIL RESULT PMR PADA MINGGU HADAPAN ( 19.12.2012) ? jeng jeng jeng.Kak Fyqah tahu,jantung adik-adik semua mesti sekarang tengah dup dap dup dap,kan?Kak Fyqah dulu pun pernah mengalami perasaan yang sama masa sebelum nak ambil result PMR.Kak Fyqah terlalu  nervous sehingga kak Fyqah termimpi-mimpi.Pernah sekali kak Fyqah mimpi dapat 1A dalam PMR.Memang sangat menyedihkan masa tu.Dalam mimpi tu kak Fyqah nangis sampai tersedu-sedu.Tapi Alhamdulilah bila dah dapat keputusan,ia tidak seperti yang kak Fyqah mimpikan tu :')

Kak Fyqah yakin adik-adik semua dah berusaha bersungguh-sungguh.In Sha Allah adik-adik semua boleh dapat keputusan yang paling CEMERLANG.Tapi,kalau nanti keputusan adik kurang cemerlang,jangan ada pula yang terjun dari katil ke apa.Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk adik.So,adik kena berusaha lebih keras lagi bagi menghadapi SPM :) SPM lebih penting daripada PMR.Percayalah tak semua orang yang berjaya dalam PMR akan berjaya dalam SPM dan tak semua orang yang berjaya dalam SPM akan berjaya di universiti nanti :') Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat,okay? :)

Banyak pula Fyqah membebel kan?Hehe.Fyqah pun ada adik yang bakal mengambil result PMR.I'm really excited nak tahu result dia ^_^ Tadi kami adik-beradik ada merancadang nak bagi Biha hadiah kalau dia dapat 8A.

Mak: Biha,nanti dapat 8A ambil je notebook 1 Malaysia tu je yang ayah dapat.
Bihah: TAK NAK! Bihah nak vista.
Angah:Kejap nak Galaxy Young.Kejap nak Vista.
Along:Ko tahu ke nak guna vista tu.Dah la mahal.
Mak:Berapa harganya?
Bihah:Tak mahal RM700 je
Fyqah:Amboii..Uda dulu PMR dapat Nokia 2690 je tau.
Angah: Takpe.Nanti kalau Bihah dapat 8A,angah bagi buku latihan Form 4 banyak-banyak supaya Bihah lebih rajin lagi lepas ni.
Fyqah:Nanti Uda belikan Bihah Al-Quran supaya Bihah lebih banyak mengaji.
Along:Kalau Along,Bihah dapat 8A ke tak ,along bagi dia kaki je.
Bihah:Along memang.Kesian siapa jadi anak along.Orang berjaya dia bagi kaki.
Fyqah: Eh along,nanti kalau ada anak suruh diorang panggil Iqah kakak tau.
Along:Apalah,along tak fikir apa-apa pun pasal tu-_-

Pecah duodenum Fyqah layan diorang semua.Susah nak jumpa abang dan kakak Fyqah.Masing-masing sibuk kat universiti.Diorang jarang balik walaupun rumah dengan universiti hanya sekangkang kera.Bila semua dah berkumpul kat rumah,memang macam nak meletup rumah dibuatnya.LOL :D
Fyqah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulilah :')

Eh eh nak tahu tak ayah Fyqah dapat notebook 1 Malaysia hari ni.Ayah Fyqah bagi notebook tu kat Fyqah.Tapi Fyqah ingat nak bagi je notebook tu kat Bihah.Lagipun Fyqah ada laptop.Actually,laptop pinjam je.Hehe.Setelah membuat perbincangan dengan semua *ceh* ,kami bersetuju nak kongsi-kongsi guna notebook tu :)

Thanks Dato' Najib sebab bagi notebook ni :) 

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Semoga Berjaya kepada adik-adik yang bakal mengambil result PMR minggu depan :) Kak Fyqah doakan awak semua berjaya dengan cemerlang ^_^ Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Keluarga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.Kebahagian sesebuah keluarga bergantung kepada ahli-ahli yang terdapat dalam keluarga tersebut.Seburuk-buruk mana pun keluarga kita itu,merekalah yang akan sentiasa berada di sisi kita ketika kita susah dan senang.Air di cincang tak akan putus.Say ALHAMDULILAH :')

Friday 14 December 2012

Faktor-faktor Kekalahan Malaysia Terhadap Thailand

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Seperti yang awak semua sudah sedia maklum,Malaysia telah kalah dalam perlawanan Separuh Akhir Ke-2 menentang Thailand dengan 2-0.Hal ini telah melayakkan Thailand untuk ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012 dengan agregat 3-1. 

Fyqah dah buat eksperimen di sebuah makmal tentang faktor kekalahan Malaysia terhadap Thailand.

1. Padang bola sepak yang TERUK
- Fyqah pasti awak semua pun perasan kan padang bola sepak Thailand sangat teruk dan ramai yang komplain pasal tu.Hal ini menyukarkan pemain Harimau Malaya untuk bermain kerana mereka masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempat tersebut.Tidak seperti pemain Thailand yang mungkin sudah biasa dengan keadaan seperti itu.Namun,Fyqah tahu Harimau Malaya telah biasa dengan keadaan itu sebab sebelum ni mereka pernah bermain di stadium bola sepak yang lebih teruk daripada itu.

2.Pengadil yang TIDAK ADIL!


Fyqah terbaca dekat Twitter ada yang mengatakan bahawa mata dia tak boleh buka sebab tu dia buta.LOL 

-Yeah!Ramai rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan referee dari Korea ni Lee Minhu.Actually,bukan ramai tapi SEMUA rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh referee ni.Fyqah pun tak tahulah referee tu dah kena rasuah ke bomoh ke kan?Wallahualam.Walau apa pun,Fyqah tetap tidak puas hati bila Fadhli Shas dilayangkan dengan dua kad kuning.Kad kuning yang ke-2 tidak sepatutnya diberikan kepada Fadhli kerana pemain Thailand yang telah mencetuskan pertelingkahan itu dahulu.Betul tak??Lagi satu,ketika Farizal Marlias disepak oleh pemain Thailand referee tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap pemain Thailand.Namun kita kena reda dengan keputusan yang telah diputuskan olehnya.Takpe Allah nampak segala-galanya :')


3.Rakyat Malaysia yang suka berjanji benda yang bukan-bukan di laman sosial
- Petang tadi Fyqah on Twitter dan banyak drama telah berlaku.As usual bila dah start drama twitter Fyqah capai popcorn.Fyqah pelik juga kenapa diorang sanggup nak jatuhkan maruah diri sendiri untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna Twitter.Fyqah tak naklah mention apa yang telah mereka janjikan sebab bagi Fyqah benda-benda itu semua tak elok.Lagipun Fyqah tak nak mengaibkan sesiapa :) Fyqah hanya berharap agar diorang insaf dan tak perlulah nak dapatkan perhatian orang lain sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri :)Dan mungkin dengan niat mereka yang tidak baik itu,Malaysia tidak berjaya pada malam ini. Waallahualam.Namun begitu,tak semua orang janjikan benda yang tak baik sekiranya Malaysia menang dalam perlawanan pada  malam tadi.Sebagai contoh,kalau Malaysia menang tadi,ada yang nak potong kuku,ada yang nak potong bawang dan sebagainya :)

4. Ketika azan Isya' berkumandang,rakyat Malaysia masih sibuk menonton bola
- Ini juga antara faktor yang mungkin menyebabkan Malaysia kalah pada malam ini.Kita sepatutnya menunaikan tugas kita sebagai seorang Hamba Allah dahulu sebelum meneruskan tugas kita sebagai seorang penyokong Harimau Malaya.Hal ini kerana Allah tak soal berapa gol Malaysia di akhirat kelak.Sebaliknya,Allah akan soal tentang ibadat dan amalan kita ketika di dunia ini.Bila kita solat berjemaah ramai-ramai dan berdoa agar Malaysia menang pada malam ini,In Sha Allah Allah akan memakbulkan doa kita :') Ingat UTAMAKAN YANG WAJIB.NOTE TO MYSELF TOO.Namun apakan daya Allah dah tentukan segala-galanya dan keputusannya Malaysia tidak dapat ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Walau apa-apa pun,Fyqah nak ucapkan TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama negara.Malam ni kita kalah dengan BERMARUAH.Tersentuh hati Fyqah bila tengok Farizal Marlias menangis di tepi gawang gol .Ini menunjukkan bahawa semua pasukan Harimau Malaya benar-benar mahu pergi ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.It's okay Harimau Malaya.You have done your best and we proud of you :') Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku pada hari ini :') Rezeki kita bukan pada hari ini dan mungkin pada satu masa yang kita tidak ketahui.Namun Allah Maha Mengetahui :') Selamanya Harimau Malaya,Selamanya Sokong Malaysia,Malaysia Boleh! :')

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

"Sesungguhnya tiada orang yang putus asa dari rahmat Allah kecuali orang yang kafir." -Surah Yusuf:87-


Thursday 13 December 2012

Segmen Jom Up Follower by Be-Log Meow Mew".

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hari ni Fyqah nak join satu segmen ni.Terima kasih kepada Ieka Farhana kerana telah tag Fyqah.Tapi sebelum tu,Fyqah nak minta maaf sangat-sangat kepada rakan-rakan blogger yang tag Fyqah untuk join mana-mana segmen yang lepas.Fyqah minta maaf sebab tak dapat join sebab terlalu sibuk.In Sha Allah lepas ni Fyqah akan join semua segmen sekiranya Fyqah ditag.



Segala syarat-syarat penyertaan boleh klik pada banner :) 

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,saya tag

Fyqah minta maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diir Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Monday 10 December 2012

aKu MaHu TeRbAnG....

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hari ni Fyqah penat + enjoy = happy.Nak tahu kenapa?Hehe.Okay nanti awak akan tahu juga di akhir entry ini.Itu pun kalau awak baca entry ni sampai habis :P

Ceritanya bermula begini,beberapa hari yang lepas,mak Fyqah dapat call daripada seorang cikgu yang merangkap guru kepada adik Fyqah ni.Cikgu ni telefon sebab nak suruh adik Fyqah ni masuk pertandingan mereka kapal terbang kertas yang bertempat di UTHM. Bukan adik Fyqah je excited,mak Fyqah pun excited juga sebab adik Fyqah ni terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.Siang malam adik Fyqah ni berlatih mencipta satu kapal terbang kertas yang paling hebat.

So,tibalah hari pertandingan tersebut iaitu hari Isnin bertarikh 10.12.2012.Bila?Nampak sangat tak tengok kalendar.Hehe..Hari ni la :) Untuk pertama kali sepanjang Fyqah cuti ni,Fyqah bangun awal sebab nak support adik Fyqah.Adik Fyqah yang blogger tu pun nak ikut sekali.Nak jadi kakak mithali kononnya.Haha ^_^

Bila sampai kat tempat pendaftaran,mak Fyqah suruh adik Fyqah,Biha tu masuk sekali sebab tak ramai.Dia cuba membantah dengan memberikan pelbagai alasan dan akhirnya dia terpaksa masuk juga.Hehe.Padan muka :P Mak Fyqah pun ajar dia nak buat kapal terbang kertas.


Fyqah hanya tengok sambil memberikan senyuman jahat kepada adik Fyqah tu.Hehe.Kejam kan? Tiba-tiba mak Fyqah berkata, "Iqah,masuklah.Boleh jelah.Temankan Bihah tu.Tengok dia tu muncung je." DOUBLE WHAT!!! :O Fyqah cuba membantah dengan memberikan alasan bahawa Fyqah dah abis sekolah.Mak Fyqah pergi tanya dekat urus setia dan dia kata BOLEH. Untuk tidak menduka citakan mak Fyqah yang tersayang ni,Fyqah pun bersetuju.Kesian pula bila tengok penyertaannya sikit je.Untuk kategori sekolah menengah hanya 10 orang je.Can you imagine that? Nampaknya budak-budak sekolah menengah sekarang lebih suka menghabiskan masa mengadap laptop atau komputer di rumah .Well memang budak-budak sekolah rendah je yang minat nak masuk benda-benda macam ni.

Tak lama lepas tu pertandingan pun bermula.Masa setengah jam diberikan untuk menyiapkan kapal terbang kertas rekaan masing-masing.Fyqah dengan Bihah buat kapal terbang kertas yang hampir serupa.Itu je yang sempat Fyqah belajar.Dan inilah hasilnya :)


Cantik tak??Hehe..Fyqah buat simple je.Kapal terbang kertas ni di ambil kira kepada 2 kategori iaitu REKA BENTUK KAPAL TERBANG dan MASA YANG DIAMBIL UNTUK TERBANG DI UDARA.
Kalau nak ikutkan reka bentuk kapal terbang Fyqah ni memang HANCUS la kan.Macam-macam Fyqah tulis kat atas kertas tu.Haha.Takpelah kan kapal terbang Fyqah.Suka hati Fyqah la kan..Haha :P Ni pula hasil kapal terbang kertas adik Fyqah.


Nak dipendekkan cerita.Masa Fyqah nak terbangkan kapal terbang kertas Fyqah tu,Fyqah nervous sangat-sangat.Rasa macam nak terbuang air.Tapi Fyqah tahan je.Fyqah adalah orang yang paling akhir sekali,so masa tiba giliran Fyqah,dengan malu-malu katak,Fyqah baling kapal terbang Fyqah tu.Percubaan diberikan sebanyak 2 kali.Bila kali pertama dah jatuh,ada seorang abang pilot ni (pilot ke??tapi dia pakai baju macam pilot) tolong ambilkan kapal terbang kertas tu.So sweet.Tapi actually itu memang tugas dia untuk mengambilkan kapal terbang kertas milik para peserta.Hehe

Sementara tunggu keputusan.Fyqah jumpa kakak Fyqah bersama teman tapi mesranya.

Kakak Fyqah buat muka.Ok foine -_-

Lepas Fyqah jalan-jalan di sekitar perpustakaan UTHM.Fyqah pun pergi melihat pameran yang disediakan.Well,semua abang-abang yang kendalikan pameran tu hensem-hensem belaka.I'm melting you know.Haha.Okay okay relax tundukkan pandanganmu.Gatal kan Fyqah ni?Hehe.Menurut kajian,perempuan ni gatal ketika dia berumur 14 tahun sehingga 40 tahun.Manakala lelaki.................Errr..Fyqah dah lupa -_- 

Oleh sebab tak ada sape nak layan Fyqah dengan adik Fyqah dekat pameran tu,Fyqah pun berhasrat untuk bertanyakan sendiri tentang course apa entah,Fyqah pun tak tahu.Fyqah pun menyapa seorang abang hensem ni.

Fyqah:Abang,nak tanya sikit boleh?Macam mana nak ambil course ni lepas SPM?
Abang hensem:Ermm..sebelum nak ambil course ni,adik kena sambung belajar dekat Matrik dulu atau ambil STPM.Ada brouche kat situ adik boleh tengok.
*ikut abang hensem berjalan di tempat yang dimaksudkan*
Fyqah:Ouhh..Kalau orang yang pakai cermin mata,boleh ke ambil course ni?
Abang hensem:Boleh.tak ada masalah.Tapi tengok juga la berapa jauh tahap kerabunan.bla bla bla bla bla bla bla.
Fyqah: *hanya mengagguk tanda faham*
Abang hensem: Dua2 ni lepas SPM ke?
Fyqah:A'ah.yang tu tak *menunding ke arah Biha*
Biha:Tak,PMR.
Fyqah: Okay thank you so much :) *speaking you.LOL*
Abang hensem:Okay :)

Fyqah sebenarya tak minat pun nak mabil course tu.Saja je nak tengok cara abang tu melayan tetamu.Hehe.
Tepat pada pukul 12 tengah hari,acara penyampaian hadiah pun bermula.Seperti yang Fyqah jangkakan adik Fyqah ( Zul ) memenangi pertandingan kapal terbang kertas bagi kategori sekolah rendah.Tapi yang Fyqah terkejut monyet sangat bila Bihah ni menang bagi kategori sekolah menengah.Ya Allah :') Rasa bangga sangat kat dua adik Fyqah ni.Fyqah??Mestilah tak menang.Hehe :P Tapi berbaloi juga dapat sijil peringkat antarabangsa.Awak ada?Tak de kan..Kihkihkih :P

Banyak manfaat yang Fyqah dapat daripada menyertai pertandingan  ni.Fyqah dapat kawan-kawan baru.Eh tak,bukan kawan tapi adik-adik :)

Fyqah with Khuzairi.Tahu tak duit Fyqah melayang sebanyak RM3 sebab paksa budak ni ambil gambar dengan Fyqah -_-

Fyqah with Syazwan.He's handsome,right?

Fyqah with 2 besties.Zul and Afsar :)

Fyqah with Ammar.He's cute.Fyqah paling tak boleh lupa masa dia baling kapal terbang kertas dia.Kelakar.He's really excited sampai pengadil tak dapat nak set masa untuk penerbangan kali kedua.Hee :)

Fyqah enjoy sangat hari ini.Fyqah dapat banyak pengalaman baru dan pertandingan ini membuatkan Fyqah mengimbau kembali kenangan masa Fyqah kecil-kecil dulu..Hee :')

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Fyqah berjaya pujuk ayah Fyqah untuk membenarkan kami pergi bercuti.Yeah!

Tanda-tanda Anda Sedang Dilamun Cinta

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Siapa pernah jatuh cinta??Kalau pernah sila letakkan siku ke muka anda.Alolo kesian pula Fyqah tengok.Sampai terpusing-pusing kepala awak.Sudah-sudahlah tu mencuba meletakkan siku ke dagu awak,Fyqah tahu awak semua pernah jatuh cinta :P

Semua makhluk Allah yang tinggal di atas muka bumi ini pernah jatuh cinta termasuklah haiwan-haiwan di Zoo dan para alien.Percaya tak?Siapa percaya cakap Fyqah,sila ambil penyapu dan ketuk kepala awak :P Kalau tak caya pergi minum air mineral segelas.Haha,apa yang Fyqah merepek ni *tepuk dahi*
Mungkin awak pernah jatuh cinta,tapi awak tahu macam mana nak pastikan yang awak sedang mengalami perasaan itu.So,hari ini Fyqah akan berikan beberapa tanda-tanda awak sedang dilamun cinta.

Tanda-tanda Anda Sedang Dilamun Cinta

1. Jantung berdegup kencang
- Keadaan ini sering berlaku kepada CINTA PANDANG PERTAMA. Bila awak bertentang mata dengan seseorang,jantung awak akan berdegup kencang sampai rasa nak terkeluar jantung awak.Hal ini menunjukkan bahawa awak sudah mulai jatuh cinta kepadanya.Apabila perasaan itu timbul,lebih baik awak banyakan beristigfar dan jangan pandang dia.Hal ini kerana Fyqah takut nanti awak kena tahan wad pula sebab nak kena buat operation masukkan balik jantung awak yang dah terkeluar tu.Hehe :P

2.Tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang
- Orang yang sedang jatuh cinta ni,semua benda yang dia buat tak kena.Nak tahu kenapa?Sebab kepala awak akan asyik fikir orang yang awak cintai itu.Bila kepala dah begitu asyik fikirkan orang itu,tidur pun sampai termimpi-mimpi.Hal ini menyebabkan awak tak dapat nak tidur lena seperti kebiasaannya.Kemudian,mandi pun 5 minit je.Tak nak mandi lama-lama sebab nanti rindu katanya.Makan pun sikit sebab takut gemuk.Itu menunjukkan anda sedang dilamun cinta.

3. Suka mengelamun
- Orang kalau sedang jatuh cinta ni suka sangat mengelamun.Kalau tak percaya,cuba tengok kawan-kawan awak atau ahli keluarga awak yang sedang bercinta.Diorang mesti suka mengelamun pastu tersenyum sorang-sorang.Entah pape je yang difikirkan tu.Hehe.Mesti fikir nak kahwin tu.Gatal! Haha :P 

Itu jelah yang setakat ni Fyqah boleh bagi.Kalau nak lagi,tunggu pada episod akan datang.Hehe.Mesti dalam hati awak semua ada tertanya-tanya sama ada Fyqah pernah jatuh cinta tak?Kalau tak ada pun Fyqah nak bagi tahu juga.Haha :P Well dalam seumur hidup Fyqah,Fyqah pernah sekali je jatuh cinta pada manusia.Tapi Fyqah tak pernah lagi bercinta.Beza tau antara jatuh cinta dengan bercinta.Awak kena tahu tu.Jatuh cinta tu,kita sayang pada seseorang itu dan belum tentu orang tu merasai perasaan yang sama seperti kita.Bercinta tu pula bermaksud kita dan dia saling mencintai antara satu sama lain.Take note.Cepat salin dalam nota.

Nasihat Fyqah kepada mereka yang mungkin sedang bercinta atau sedang jatuh cinta pada seseorang, janganlah terlalu memberikan kasih sayang awak itu,pada kekasih awak sebab takut nanti awak sendiri  yang merana.Kalau boleh janganlah terjebak dalam COUPLE.Kalau awak betul-betul sayangkan dia,jumpalah mummy dan daddy dia. Seorang lelaki yang GENTLEMAN dia tidak akan tackle perempuan yang dicintai tapi dia akan tackle mummy dan daddy perempuan tu dulu.Bagi lelaki yang TIDAK GENTLEMAN pula sebaliknya.So,awak nak jadi lelaki yang mana satu?Tepuk dada tanya selera :) 

Awak perempuan? Tak ada masalah kalau seorang perempuan itu melamar seorang lelaki :) Sedangkan Saidatina Khadijah dulu pun melamar Rasulullah S.A.W. Kalau awak malu,hantarlah wakil untuk meminang lelaki yang awak cintai itu.Mudah kan?? :)

Kepada adik-adik yang masih dibawah umur,janganlah gatal-gatal nak bercinta.Kak Fyqah dulu pun tak pernah bercinta masa umur bawah 15 tahun.Bila dah lepas 15 tahun lagilah tak pernah.Hehe.Nak tahu sebab apa?Sebab kak Fyqah ni LIMITED EDITION.Kak Fyqah hanya bagi cinta kak Fyqah ni pada zauj kak Fyqah je.LOL Zauj tu pe?Ahh..Mesti time cikgu ajar Bahasa Arab awak pergi mengorat awek sebelah kan?  Tulah sape suruh pergi ngorat awek sebelah,kan dah tak dapat apa yang cikgu ajar :P Ingatlah pelajaran itu lebih utama daripada cinta monyet.Lagipun adik-adik suka ke dikaitkan dengan monyet??Tak kan? So,lebih baik jangan nak terjebak dengan cinta monyet kalau tak nak kak Fyqah panggil awak monyet macam ni:

Alolo SWEETNYA.Adakah awak spesis ini?

Lepas ni,jangan nak gatal-gatal nak bercinta masa berada di zaman persekolahan.Ingat pesanan kak Fyqah ni
UTAMAKAN PELAJARAN,CINTA MONYET DITINGGALKAN!

Lagi satu,sebelum nak bercinta pastikan cinta awak kepada si dia tidak melebihi cinta awak kepada ALLAH.Fyqah teringat kata-kata daripada seorang Hamba Allah ini:"CINTA DAHULU DENGAN AGAMA SEBELUM MEMULAKAN CINTA DENGAN MANUSIA.KENAL AGAMA MAKA KENALLAH MANUSIA." BIARLAH KITA PUTUSA CINTA DENGAN MANUSIA ASALKAN KITA TIDAK PUTUS CINTA DENGAN ALLAH.Take Note!  *catat

Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat langsung untuk menyakiti hati awak semua.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

"Jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya." - Hamba Allah

Saturday 8 December 2012

Thank you dear :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Entry buat kali ke-2 untuk hari ini.Nampak tak betapa Fyqah bosan sampai buat entry sampai 2 kali dalam sehari.Hope awak semua tak bosan baca entry-entry Fyqah ni :) Siapa berani cakap entry Fyqah bosan,meyh sini Fyqah pinjam bahu kejap nak cubit :P 

So,tadi petang kan masa Fyqah tidur,Fyqah terkejut beruk.Eh tukar-tukar asyik beruk.Kesian beruk.Ahh terkejut monyet.Ingatkan hantu manalah yang nak main cak-cak dengan Fyqah.Dahla nak masuk waktu maghrib.Rupa-rupanya sepupu Fyqah yang kecik-kecik cili padi ni yang baru balik dari Sarawak,maybe?Dia cuba nak kacau Fyqah,tapi Fyqah malas nak layan budak kecik tu so Fyqah sambung tidur.Kejam kan?

 So,bila Fyqah bangun tidur,berlaku perbualan antara Fyqah,kakak dan adik Fyqah.

*tengah syok makan maggi kari*
Kakak: Iqah,tadi wani bagi surat and cenderamata.Dia tak bagi angah baca,so angah letak atas meja.
Fyqah:Ahhhh???  dalam hati berkata-kata "Pelik betul budak ni.Haritu bagi roti papa dengan cool blog,hari ni bagi surat pula." 
Adik:Untunglah dapat hadiah.Amy tak dapat pun. *muka sedih*
Kakak:Amy tak dapat??Angah dapat.Takpe nanti Amy ambil la angah punya tu.
*alolo baikla pula kakak Fyqah hari ni*

Lepas Fyqah makan maggi,Fyqah pun masuk bilik.Fyqah pun bukalah surat tersebut.Fyqah agak terkejut monyet jugalah bila buka kertas A4 tu.


So SWEEEEETTTTTT :') Terharu sangat tengok lukisan cousin Fyqah ni.Tak nampak tulisan???? Better awak pergi ambil kanta pembesar untuk lihat dengan lebih jelas lagi.Okay okay la Fyqah tahu awak malas so Fyqah tolong bacakan untuk awak. ' I LOVE YOU SO MUCH.FOR YOU WITH MY LOVE'.Sweet kan?? Awak ada??Tak ada kan..LOL :D Rajin sungguh dia buat love macam tu.Dulu masa Fyqah sekolah rendah,Fyqah selalu buat benda tu.Ambil kad manila,pastu buat bentuk love then gunting.Ambil kertas A4 pastu bancuh watercolour.Letak watercolour atas kertas A4 pastu tiup guna straw ikut bentuk love tadi.Dah macam cikgu lukisan pula Fyqah ni.lol

Apa-apa pun Fyqah nak ucapkan thank you so much dear :') Eh bukan awaklah,jangan nak peghasan :P Fyqah tujukan pada sepupu Fyqah tu.Bila Fyqah fikir-fikir balik apa yang berlaku beberapa minggu yang lepas,mungkin itu menyebabkan kita orang lebih rapat sekarang.Nak tahu??Sibuk je :P Hehe.Gurau-gurau jangan marah ye.Perkara itu biar kami jelah yang tahu.Kalau Fyqah rajin nanti Fyqah ceritakan pada episod yang akan datang.Itu pun kalau ada orang yang nak bacala..Hehehe

Okaylah sampai di sini buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Orang selalu cakap Fyqah sweet.Jom ikut Fyqah buat exercise ni *tangan ke bahu mata ke atas* LOL

Pray For Gaza :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Sudah 3 hari Fyqah tak update blog.Rindu Fyqah tak??Haha :P Siapa jelah kan nak rindu Fyqah ni.LOL
Okaylah hari ni Fyqah nak bercerita tentang GAZA.Tahukah anda apa itu GAZA? Kalau tak tahu pergi tanya abang Google.Mungkin dia boleh tolong bantu awak :)

Semalam Fyqah online facebook dalam pukul 2 pagi.Masa Fyqah tengah dok like semua post dekat new feeds,Fyqah ternampak gambar uncle Afdlin Shauki bersama kanak-kanak di GAZA.Air mata Fyqah serta merta jatuh membasahi bumi apabila melihat gambar-gambar tersebut :''') Melihat gambar mereka tersenyum kegembiraan menyambut kedatangan uncle Afdlin dan para sukarelawan yang lain membuatkan Fyqah teringin sekali menjejakan kaki ke Gaza.Melihat daripada wajah mereka terserlah seribu perasaan yang tidak boleh diungkapkan.Ya Allah,sungguh tabah sekali  hati mereka menghadapi ujianMu.Fyqah tak terbayang diri Fyqah macam mana seandainya Fyqah berada di tempat mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 : "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Maksudnya di sini Allah tidak akan uji seseorang itu sekiranya orang itu tidak kuat untuk menghadapi ujian tersebut. Rakyat Palestin sangat kuat sebab itu Allah uji mereka :') Bersabarlah rakyat Palestin,tidak lama lagi Islam pasti akan MENANG.Itu janji Allah :')



Mereka sangat comel kan??? :') Mungkin kita tidak dapat membantu diorang dari segi kewangan,senjata dan sewaktu dengannya.Tapi kita ada DOA.DOA ITULAH SENJATA UMAT ISLAM YANG PALING HEBAT.DOA lebih hebat daripada missile 2 ton f16 Israel,helikopter apache Israel,bom atom dan segala-galanya.Kita gunakanlah SENJATA kita itu bagi membantu penduduk Palestin,Setiap kali selesai solat fardhu,kita sama-sama berdoalah buat mereka di sana.Semoga Allah melindungi seluruh rakyat Palestin.Aminn :')

Fyqah tertarik dengan satu post daripada page I.S.L.A.M=I Sincerely Love Allah & Muhammad yang mungkin Fyqah dapat kongsi bersama awak semua.

Pesan Rakyat Palestine... 

"Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu...."

Via Heliza Helmi~

Apabila di tanya kepada rakyat Palestin:
Sekiranya Malaysia ajak kamu tinggal di Malaysia dan berikan kamu keselesaan. Adakah kamu akan datang ke Malaysia?

Jawapanya...
Tidak! Tidak sama sekali Kami akan pertahankan tanah palestin ini.
Ini perjuangan kami!

Apabila kita tanya:
Sekiranya kami nak menetap di gaza utk berjihad, adakah kamu mengalu ngalukan kedatangan kami?

Apa kata mereka?
Bumi palestin adalah bumi kamu. Kami sgt mengalu-alukan kedatangan kamu..

Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu....


Lihat!!Betapa besarnya pengorbanan rakyat Palestin.Mereka rela tinggal di Palestin demi mempertahankan tanah airnya walaupun Malaysia menawarkan tempat tinggal dan keselesaan sekiranya mereka tinggal di Malaysia.Subhanaallah! :') Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka dan soalan yang sama diajukan kepada kita,adakah mungkin kita akan beri alasan yang sama??Tepuk dada tanya selera :') 

Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terina kasih.
Assalamualaikum :')


Semoga para sukarelawan yang berada di Palestin sekarang dapat pulang kembali ke Malaysia dengan selamat :')

Wednesday 5 December 2012

Segmen : Jom kutuk Blog Saya by aimancool.com

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Niat Fyqah untuk menulis entry mengenai Surat Buat Bakal Zaujku tergendala seketika selepas ternampak segmen ni.Tiba-tiba Fyqah tertarik nak join segmen ni.Segmen ni nampak sangat AWESOME.Actually,Fyqah takut juga nak join sebab Fyqah ni bukan boleh orang kutuk-kutuk blog Fyqah ni.Mahunya Fyqah melalak sorang-sorang depan laptop ni nanti..Hahaha..Tak apa Fyqah perlu tabah menghadapi kutukan daripada  Aiman ni.


Klik pada banner di atas untuk join :)

Sebelum Encik Aiman ni kutuk blog Fyqah,Fyqah nak kutuk blog dia dulu.Tapi Fyqah tak tahu nak kutuk apa sebab Fyqah memang tak pandai bab kutuk mengutuk ni..Hahaha..Okayla.Untuk menyedapkan hati Encik Aiman ni,Fyqah kutuk jelah kan.Hehe

AWESOME!!!! 
1.Entry blog Encik Aiman best.
2. Blog Encik Aiman laju macam arnab
3.Header handsome.Itu je kot

TAK AWESOME!!!
1. Backgaround tak handsome
2. Lalalala...Tak tahu nak cakap apa
3.Fikirlah sendiri..Hehehe *peace*

Okay itu sahaja komen daripada Fyqah mengenai blog Encik Aiman 'poyo'.Maaf,Fyqah betul-betul tak tahu nak komen apa fasal blog Encik Aiman ni.Fyqah ketandusan idea :( Tapi kalau Encik Aiman nak kutuk blog Fyqah habis-habisan,Fyqah tak kisah pun.Fyqah terima seadanya.In Sha Allah selepas Fyqah baca kutukan daripada Encik Aiman ni Fyqah tidak akan ambil pisau pastu cucuk tangan Fyqah sampai keluar darah banyak-banyak sehingga Fyqah masuk hospital.Then,bila doktor tanya 'Kenapa awak cucuk tangan awak?' *sambil nangis teresak-esak macam baby nak minta susu* Fyqah jawab 'Aiman,kutuk blog saya'.Mahunya doktor tu bagi Fyqah buku lima.LOL

Okaylah,sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Kutukan yang membina dapat membantu diri kita menjadi lebih maju lagi *peace* :)

Seandainya Aku Ber'khemah'.....

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...



Ber'khemah' bukanlah sesuatu yang mudah bagi orang yang jahil macam Fyqah ni.Sejujurnya,Fyqah teringin sangat nak ber'khemah' macam kak Aisyah,kak Nadia, Kak Baizura dan semua orang yang ber'khemah' ni.
Fyqah pernah cuba pakai 'khemah' sebelum ni.Kalau sape yang ada baca entry Fyqah yang lepas mengenai Sambutan Merdeka Raya,itu merupakan kali pertama Fyqah pakai 'khemah'.Kepada siapa yang belum baca boleh KLIK SINI :)

'Khemah' Fyqah cuma bidang 30 je.Tidakla labuh mana.Kebetulan malam sebelum Merdeka Raya itu,Fyqah terjumpa 'khemah' tu dalam almari baju mak Fyqah.Fyqah tak pernah tahu pun 'khemah' tu wujud dalam almari tu.Mungkin masa tu Allah nak buka mata Fyqah untuk pakai 'khemah' tu pada keesokan harinya.Fyqah ambil keputusan untuk pakai 'khemah' tu.Buat pertama kalinya dalam hidup Fyqah,Fyqah tutup segala-galanya yang mungkin terbuka selama ini.Fyqah rasa selamat sangat masa tu :') Baru sehari Fyqah pakai macam tu,ada satu kejadian yang telah berlaku.

Kebetulan selepas majlis tu,Fyqah ada kelas tambahan Add Math.Fyqah keluar lambat masa tu.Fyqah balik antara orang yang paling akhir.Fyqah jalan berseorangan menuju ke kantin lama.Dalam perjalanan tu,Fyqah ternampak budak-budak hoki sedang menjalani latihan hoki.Tiba-tiba Fyqah terdengar sayup-sayup suara orang berkata-kata

"Peeewwwiittt"
"Macam ustazahla"

Fyqah pasti kata-kata itu ditujukan pada Fyqah sebab pada masa itu,hanya Fyqah seorang di situ.Actually,Fyqah tak berapa suka bila mereka buat begitu.Hal ini kerana sangat tak manis bila perempuan buat bunyi tikus tu.Walau apa pun,Fyqah berterima kasih kepada diorang sebab tindakan mereka itu telah menyedarkan Fyqah tentang satu perkara.

"'Berkhemah' itu bukan tanggungjawab seorang USTAZAH.Tapi ber'khemah' itu adalah tanggungjawab setiap wanita yang bergelar MUSLIMAH"

Selepas kejadian itu,Fyqah meluahkan isi hati Fyqah untuk memakai 'khemah' kepada ibu Fyqah tercinta.Ibu Fyqah kata:

"Kalau nak ber'khemah' kita kena istiqamah.Jangan nanti kat universiti bila tengok orang pakai tudung macam tu awak pun nak ikut trend macam tu juga.Fikir betul-betul.Jangan hangat-hangat tahi ayam je."

Fyqah pun terfikir,ada betul ye kata ibu Fyqah tu.Fyqah bukanlah seorang yang tetap pendirian.Fyqah takut nanti kat universiti,Fyqah terpengaruh dengan rakan-rakan Fyqah.Oleh itu,Fyqah buat keputusan untuk tidak membeli 'khemah' itu dulu.Walau bagaimanapun,setiap kali Fyqah pakai tudung,Fyqah akan pastikan,tudung tersebut melebihi bahagian dada.Sejujurnya,Fyqah memang tak suka pakai tudung yang singkat-singkat :)

Fyqah harap sangat agar satu hari nanti Allah pertemukan Fyqah dengan seorang SAHABAT yang boleh membimbing Fyqah ke jalan yang di redai Allah dan boleh ajar Fyqah cara ber'khemah' dengan betul :') In Sha Allah.Awak semua tolong doakan Fyqah ye agar Fyqah dapat ikut jejak langkah #TeamKhemah .Jazakillah :')

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah ini menyakiti hati awak semua.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

'Khemah' yang Fyqah maksudkan ialah TUDUNG LABUH

Tuesday 4 December 2012

Maafkan Fyqah :(

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Fyqah tahu hari ni bukan Hari Raya tapi tak salah kan kalau Fyqah nak minta maaf sekiranya Fyqah rasa Fyqah ada buat salah kat seseorang itu. Nak minta maaf bukan pada Hari Raya sahaja.Tapi sebenarnya setiap hari dan setiap saat kita kena minta maaf pada semua orang sebab kita tak tahu mungkin kita telah menyakiti hati seseorang itu.Hati orang siapa yang tahu kan? :')

Allah berfirman:
Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” 
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Ali Imran 3:133-134)



Oleh itu,Fyqah rasa Fyqah nak minta bermilion maaf  pada abang Eijat atas entry Fyqah yang semalam tu seandainya entry itu menyakiti hati abang.Seriously,Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa.Tapi kalau abang dan sesiapa yang tak suka dengan entry tu bagi je tau Fyqah.Fyqah akan delete entry tu sepantas kilat.Lagipun Fyqah tak nak orang lain benci Fyqah.Fyqah buat blog,twitter dan facebook bukan nak cari musuh tapi nak cari kawan.Sebab itu,bila ada benda yang Fyqah post dekat mana-mana laman sosial yang mungkin boleh menyakiti hati sesiapa,Fyqah akan terus delete post tersebut :) Itu adalah prinsip utama Fyqah di alam maya ini. 
"Jangan cari lawan tapi bertambahkanlah kawan"
Semalam lepas Fyqah post entry tu,Fyqah bagi tahu abang Eijat kat twitter.Tak sangka abang Eijat balas tweet Fyqah.Bila Fyqah buka je pageviews,Fyqah terkejut beruk.Jumlah pageviews meningkat 10 kali ganda.Fyqah terlupa pula yang Fyqah bercerita mengenai orang antara yang popular di alam maya ini.No wonder,jumlah pageviews naik mendadak.
Sejujurnya Fyqah tak gembira langsung jumlah pageviews meningkat.Sebaliknya,Fyqah risau sangat-sangat seandainya post Fyqah itu menyakiti hati mereka yang membaca.Hampir 12345  kali Fyqah baca balik post Fyqah itu.Fyqah takut ada orang marah dengan post Fyqah tu.Hati Fyqah betul-betul tak tenang.Fyqah pun minta pendapat daripada adik Fyqah ni.Dia pun seorang blogger juga.Dia lebih berpengalaman daripada Fyqah tentang benda-benda macam ni.
Tapi Fyqah rasa tak berguna pula minta pendapat daripada dia.Fyqah serious dia boleh main-main  pula -_-
Fyqah:Bihah,okay tak post uda tu?
Bihah: Ah..entahlah..hahaha
Fyqah:Cakap la betul-betul.Post tu okay ke tak?
Bihah:Ermm..tak sebab uda dah rampas boyfriend Bihah
Fyqah: (dalam hati) Ada hati juga budak ni dengan Eijat...
Cakap la betul-betul..grrr -_-
Bihah:Yelah bihah cakap betul-betul.Uda tak boleh la cakap orang tu Bangla.
Fyqah:Bila masa dia uda cakap diaBangla.Kan uda cakap 'I mean Malaysia'.
Bihah:Yelah tapi kita tak tahu perasaan orang macam mana,
Fyqah: *tutup muka dengan bantal*
Bihah:Hahahaha..uda janganlah nangis.Mak!uda nangis
Fyqah:*baling bantal* Bihah cakap lah betul-betul.Uda serious ni tau.Uda tak main-main *muka serious*
Bihah:Hahaha.Post uda tu membuatkan ramai orang nak buat post fasal Eijat.
Fyqah:Kenapa pula?
Bihah:Nanti Eijat follow..hahaha
Fyqah:Cehhh..Uda tak kisah la abang Eijat tu follow uda ke tak.Uda takut dia sakit hati je bila baca entry uda tu.
Bihah:Ayokk..Nanti uda ke bash kat twitter
Fyqah:Ishh..dah la malas nak layan
Sabar jelah layan adik Fyqah sorang ni.Orang tengah takut dia boleh main-main pula.Rasa macam nak je sekeh-sekeh kepala dia.Tapi Fyqah sabar je.Takut nanti terserlah pula keganasan Fyqah kan..Hehehe
Walau bagaimana pun,Fyqah tetap nak minta maaf kalau entry tu sakitkan hati anda semua yang membaca,Dan ucapan ribuan terima kasih kepada awak,awak,awak dan awak semua yang sudi baca entry Fyqah tu.
Ermmm..Boleh Fyqah minta tolong tak?Boleh tolong respons tak tentang entry Fyqah yang lepas mengenai abang Eijat yang encem tu..hehehe.Hal ini memudahkan Fyqah untuk mengetahui sama ada awak suka atau tidak post Fyqah tu.Kalau susah sangat awak tekan je like di akhir entry ini.Kalau awak tak suka pergi ke link SI COMEL KOMEN kat bawah title tu dan kemudian komen 'SAYA TAK SUKA!'.Mudah kan? Terima kasih.Semoga Allah memberkati anda semua :')
Well well well,sampai sahaja entry Fyqah buat kali ini.Fyqah sekali lagi mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah ini menyakiti anda semua.Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Kita tak sempurna bukan?Kita tak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan.Tapi,bila orang yang buat salah tu dah minta maaf kita kenalah maafkan dia.Apalah salahnya kita bagi peluang untuk dia berubah :) Itu sahaja,sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


Bak kata abang Eijat:Kalau dah rasa buat salah bila buat salah kat orang,minta maaf je.Tak semua orang berdendam.Tweet ni macam ditujukan pada Fyqah je.Errrr....Okay maybe perasaan Fyqah je kot.Tapi kalau betul???Jeng jeng jeng :O

Monday 3 December 2012

The Awesome Blogger - Eijat Abdullah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Siapa kenal Eijat Abdullah?Please put your hands up.Kepada sesiapa yang tak kenal tu kena angkat tangan juga sebelum Eijat belasah awak sampai masuk ICU.Hehe.Gurau je walaupun tak lawak.Well,ada Fyqah kisah :P Hahaha

Kepada sesiapa yang belum kenal jejaka paling kacak di Bangladesh I mean di Malaysia iaitu Eijat Abdullah,hari ini Fyqah bermurah hati (Murah hati la sangat...tangan di bahu mata ke atas) nak memperkenalkan abang hensem ni.


Inilah dia abang Eijat Abdullah.Hensem tak? Okay girls,I know you're melting when look at his picture.But please control yourselves :) Fyi,abang Eijat ni adalah antara sumber inspirasi Fyqah untuk menulis blog.
Setiap kali Fyqah baca post-post abang Eijat ni gerenti Fyqah gelak sampai guling-guling kat atas tanah.Cuma awak je yang tak nampak :p Fyqah gerenti 500% kalau awak baca entry-entry abang Eijat ni,awak pun gelak sampai pecah oesofagus awak.Tak percaya?Meyh sini kita skodeng blog abang Eijat ni. 

Amacam,best tak ? Best kan kan kan? Kalau awak rasa blog abang Eijat ni tak best,Fyqah rasa awak kena betulkan urat ketawa awak..Hehehe :p 

Blog abang Eijat sangat simple tapi kandungannya yang sangat menarik dan mantap.Maka benarlah kata peribahasa orang putih 'Don't judge a book by its cover'. Maksudnya di sini,kalau kita tengok blog seseorang tu sangat cantik tapi kandungan tak menarik.Tapi blog abang Eijat lain,blog dia sangat simple dan tak ada widget yang menarik pun,tapi isinya sangat menarik.Itu yang menarik Fyqah untuk membacanya.Tak macam blog Fyqah ni dah la tak cantik pastu entry pun bosan.Kan kan kan ? :( 

Abang Eijat ni bukan setakat blogger yang famous tapi juga dia tweet famous dan juga antara orang yang hot di Facebook.Hebat kan? :) Ramai gadis-gadis yang cuba nak jadi menantu kepada mak abang Eijat ni sampai mak dia pun tak tahu nak pilih yang mana.Kesian abang Eijat.Takpe2 kalau abang Eijat susah nak pilih biar Fyqah yang tolong pilihkan untuk abang Eijat *troll face*

Fyqah rasa sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf kepada semua fans abang Eijat dan juga kepada abang Eijat sendiri ( Abang Eijat nak ke baca entry ni :p) seandainya entry Fyqah ini menyakiti hati anda semua.Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
SETIAP MINGGU FYQAH TUNGGU ENTRY ABANG EIJAT YANG SUPER TRIPLE AWESOME!
 Kepada sesiapa yang mungkin marah atau ada perasaan yg kurang senang dengan entry ni,boleh TEKAN SINI :')

Sunday 2 December 2012

DON'T FORGET ME FRIENDS :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...


Semua orang di atas muka bumi Allah ni mempunyai KAWAN.Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai KAWAN.

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang...
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir...
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ...
Kata sedara,
kawan tu seperti makanan, kawan makan kawan!...
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut sahaja apa yang dikata...
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan...
Kata adik,
KAWAN tu macam biskut, "sekejap ade sekejap takde"...
Kata Fyqah,
KAWAN tu adalah mereka yang selalu menghiburkan hati kita :)

Selepas SPM,sudah tentulah Fyqah akan terpisah dengan kawan-kawan Fyqah buat satu jangka masa yang sangat panjang.Sejujurnya,baru 2,3 hari Fyqah tak jumpa kawan-kawan Fyqah,Fyqah dah rindu dekat diorang semua.Mana tak ye, sudah hampir 3 tahun bersama dengan mereka semua.Mereka je yang faham diri Fyqah.Susah nak jumpa sahabat yang baik macam diorang semua.I feel want to cry right now :'(


Selepas ni,Fyqah pasti rindu nak makan dekat atas tangga.Fyqah pasti rindu nak kongsi-kongsi makanan dengan kawan-kawan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak belajar bersama-sama dengan kawan-kawan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak dengar suara Miss Ong sampai Fyqah terkejut.Fyqah pasti rindu nak dengar suara Pn.Norliza kejutkan Fyqah tidur.Fyqah pasti rindu Encik Yusuf suruh Fyqah buka kan LCD.Fyqah pasti rindu nak bergosip dengan Ain,Sue dan Nabila.Fyqah pasti rindu dengan pelukan Nurin.Fyqah pasti rindu dengan tingkah laku Azma yang mencuit hati.Fyqah pasti rindu nak gosip pasal MrTheAllShared dengan Najihah,Syafikah,Atikah dan Fatehah.Fyqah pasti rindu dengan suara Er Sin Yee yang suka menjerit.Fyqah pasti rindu nak gosip pasal Kpop dengan Yun Yee.Fyqah pasti rindu nak tengok Farah dan Anie  kenakan Mardhati.Fyqah pasti rindu dengar Jing Yi,Jia Xin,Jolene,Hwi Ni,Yong Jun,Jun Sin dan Sherri gelak kuat-kuat sampai bergegar block Form 5.Fyqah pasti rindu nak sentap bila tengok Zetty macam marah dengan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak tengok budak cute Aini dan Aisyah.Fyqah pasti rindu dengan kebaikan Ezzati Kamal.Fyqah pasti rindu nak tengok persahabatan yang akrab antara Jun Fang dengan Jessy dan antara Caleen dengan Jia Hui.Fyqha pasti rindu nak kutip buku karangan BM.Fyqah pasti rindu dengan celoteh Puan Hamidah yang mencuit hati.Fyqah pasti rindu segala-galanya di TIGS :')

5 tahun Fyqah belajar di TIGS dan sepanjang tempoh itu terlalu banyak transformasi yang telah cikgu-cikgu TIGS  lakukan.Daripada sekolah bestari hingga  TIGS menjadi sekolah kluster terlalu perubahan yang berlaku.Fyqah sangat bangga menjadi salah seorang pelajar di TIGS. Namun, sekarang semua itu hanya tinggal KENANGAN :') Segala-gala yang berlaku di dunia ini hanya SEMENTARA.Allah hanya pinjamkan kepada kita buat sementara waktu untuk kita sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara dan akhirat kekal selama-lamanya.


Walau apa pun,Fyqah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan Fyqah yang sudi berkawan dengan Fyqah yang annoying ni.Fyqah bersyukur sangat sebab Allah pertemukan Fyqah dengan awak semua.Awak semua SUPER AWESOME :') LOVE YOU ALL <3




#KitaSemuaAdaKawan yang makan banyak tapi badan tetap maintain slim
#KitaSemuaAdaKawan yang selalu masuk air
#KitaSemuaAdaKawan yang minat bola tapi berlainan team dengan kita.. selalu gaduh2..:p
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat gelak kuat-kuat sampai bangunan retak
#KitaSemuaAdaKawan yang apabila kita sedih,dia sedia menghiburkan kita
#KitaSemuaAdaKawan yang apabila kita jatuh,dia gelakkan kita
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat kenakan orang
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat warna pink dan purple
#KitaSemuaAdaKawan yang risau sangat bila berat badan naik
#KitaSemuaAdaKawan yang suka makan cokelat
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat saiko orang..Hehe
#KitaSemuaAdaKawan bila waktu rehat,dia duduk di dalam kelas sorang-sorang dan study.
#KitaSemuaAdaKawan  yang suka cakap macam berbisik :P
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat peluk orang.
#KitaSemuaAdaKawan suka buat kerja lain bila cikgu mengajar
#KitaSemuaAdaKawan yang suka Wang LeeHom
#KitaSemuaAdaKawan yang sangat fanatik Kpop
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sikat rambut
#KitaSemuaAdaKawan bila cikgu tak ada,dia la orang yang paling bahagia.
#KitaSemuaAdaKawan yang suka menyanyi dalam kelas.
#KitaSemuaAdaKawan yang amat mengikuti fesyen terkini.
#KitaSemuaAdaKawan yang suka kembungkan pipi bila betulkan tudung.

Inilah 5 Marikh 2012.Pelbagai kerenah dan pelbagai ragam.Hal ini menjadikan 5 Marikh lebih ceria dan meriah :') I'll miss all of you :') Tak ada siapa pun yang dapat menggantikan tempat awak semua.I'm really sure maybe one day you all will forget me.But,I hope it will not happen because you're AWESOME :')
Nanti bila awak semua nak buat kenduri makan nasi minyak,jangan lupa jemput kita :') 

Well,sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah takut lagi panjang entry ni Fyqah taip,makin banyak air mata Fyqah yang mengalir.Hehehe.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

Kawan ibarat pasir-pasir di pantai....Kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai :')
 
© Fyqah Ismail