Tuesday 19 November 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Bello! *suara ala ala minion* Dah lama Fyqah tak join segmen or GA. So, hari ni Fyqah nak join Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je sebab Fyqah rasa segmen ni macam best je macam menarik je. kihkih *ketawa sambil tutup mulut dgn sapu tgn* And one more thing, syarat-syarat segmen ni tak complicated sgt. I loikeee!

Anda berminat untuk join? Sila klik pada header Mama Dara yang devoom kebabooom bawah ni.



Btw, thanks Mama Dara for this ohsem segmen. Eh suka hati kita je panggil Mama Dara..haha..I'm sorry Mak Dara the gorjes! Just kidding ^_^

Okaylah sampai di sini buat kali ini. Andai ada kekasaran bahasa dalam entry ini mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Semua ciptaan Allah tomey tomey belaka. Hanya manusia yang suka buat perbandingan.

Monday 18 November 2013

3 Personaliti Seorang Perempuan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hey yuolss! Yuolss nak tahu tak..I dah nak abis cuti sem. Hmm.. Shoo sad actually. Tak puas duduk rumah goyang kaki. Like a boss kata ko. Well well siapa je tak sedih kan nak tinggalkan rumah dan family tercinta. Rumahku Syurgaku. Keluargaku Kebahagiaanku. Ye dok?

Okay sorry menggedik kejap dgn yuolss..hikhik.Sebenarnya Fyqah bukan nak citer pasal cuti sem, Fyqah nak share something dgn yuolss semua.

Beberapa hari yang lepas, Fyqah ada terbaca satu tweet. Tweetnya berbunyi begini..Hmm Hmm *betulkan suara* *ala ala suara minion*

"Perempuan sebenarnya mempunyai 3 personaliti"

So, Fyqah kaitkan tweet tersebut dgn diri Fyqah.Yes,absolutely! Perempuan ni memang complicated sikit. Because of what? Sebab Allah dah jadikan mereka begini. Berjiwa lembut dan sukar untuk difahami kadang kala.Mereka tu termasuk I tau. So boys,  faham-faham la ye.

Okay okay sabar ye adik-adik dan kakak-kakak. I know you're really excited want to know what are the personalities. Cer bawo bersabor sikit.Tarik nafas panjang-panjang ye,

3 Personaliti Seorang Wanita

1. Personaliti bila bersama keluarga
- Keluarga adalah orang yang dekat dgn kita. Semenjak kita keluar dari perut ibu kita, Allah dah kurniakan kita sebuah keluarga. Bila kita dah kahwin, kita pula kena bentuk satu keluarga. So, keluarga adalah orang-orang yang paling rapat dgn kita dan lebih kenali diri kita. Contohnya macam Fyqah la kan, bila bersama keluarga, personaliti Fyqah akan terus bertukar. Fyqah yang pendiam dan shy menjadi seorang yang talkative and outgoing. Tidak dinafikan, ada juga sesetengah orang bila bersama family,personalitinya akan bertukar introvert. So, it depends on that person. Macam mana dirinya dibesarkan bersama keluarga. Tapi tak ramai yg  mempunyai personaliti  begitu bila bersama keluarga.

2. Personaliti bila bersama kawan-kawan
- Untuk pengetahuan boys, girls ni bila dah jumpa kawan yg sekepala memang lain sikit. So, jangan panik bila perangai mereka bertukar time diorang jumpa geng dia. Redo jelah ye. haha. Most of the girls bila dah jumpa geng diorang, abis hilang semua ciri-ciri perempuan melayu terakhir idaman semua lelaki malaya. Haha.. Joke only ma. Perempuan macam mana pun, pasti ada sifat keayuan mereka. Even perempuan tu seorang tomboy. Mesti ada punyalah. Back to our point, girls bila bersama kawan-kawan, biasalah kan. GOSIP. GOSIP. And GOSIP. Tak pun. SHOPPING. SHOPPING and SHOPPING. Itu je 2 benda yang biasa diorang buat. Tapi Fyqah, kalau jumpa kawan-kawan, Fyqah agak kurang bercakap sikit. Unless ada benda yg betul-betul menarik berlaku dalam hidup Fyqah, baru Fyqah cakap banyak sikit. And I'm the one who do not really like shopping. Fyqah jarang shopping dgn kawan-kawan.Fyqah lebih suka main bowling or tgk movie bila hangout dgn girlfriends Fyqah.

3. Personaliti bila bersama yg tersayang
-  Orang yang tersayang Fyqah maksudkan adalah suami or boyfriend maybe? Well Fyqah tak pernah ada boyfriend apatah lagi suami. So, Fyqah memang tak ada experience tentang benda ni. Tapi mengikut observation Fyqah la kan, perempuan bila bersama insan kesayangan mereka, diri mereka akan berubah menjadi manja dan caring. Perempuan juga akan menjadi seorang yang ganas,panas baran dan lebih menakutkan daripada hantu dalam cerita the conjuring bila dia dapat tahu suami/boyfriend dia buat masalah.Hah,jangan main-main yuolss. Be careful boys. Jangan berani curang. Kang tak pasal-pasal makan kasut tumit tinggi size 8..haha. Just kidding. 


Konklusinya, perempuan adalah makhluk Allah yang sangat istimewa. Anda sepatutnya bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan mahupun lelaki. Tak perlu nak tukar jantina sendiri. Ada sebab kenapa Allah jadikan anda perempuan/lelaki. Dan sebab itu hanya Allah saja yang tahu :) Okay tetiba serious la pula kan.

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ni. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
 
© Fyqah Ismail