Hari ini 16 Februari 2012, Fyqah gembira sangat ^_^ Hari ini telah mengubat segala kesedihan yang Fyqah alami semalam :) Alhamdulilah ^_^
Tadi kat sekolah Fyqah ada Program Gemilang Ilmu SPM & STPM. Mula-mula Fyqah fikir program ini mesti membosankan.Tapi Fyqah tarik balik kata2 tu sebab program tu TERBAIK!!!Fyqah rasa beruntung sangat sebab hadir ke sekolah pada hari ini.Sebenarnya,ayah Fyqah suruh Fyqah ponteng hari ini sebab xde siapa nak ambil.Tapi Fyqah tak nak.Rasa macam rugi sangat kalau tak datang sekolah hari ini ^_^
Nak tau tak sebab apa Fyqah kata program tu TERBAIK??? jawapannya sebab penceramahnya ialah ABANG RAJA SYAMRI BIN RAJA HUSIN :) Fyqah betul2 kagum dengan Abang Raja. Kecacatan beliau tidak menghalang beliau menjadi seorang yang berjaya.
Ceramah yang disampaikan oleh Abang Raja tadi menjadikan Fyqah lebih yakin dan tidak mudah putus asa. Fyqah bersyukur sangat sebab program ini banyak menyedarkan Fyqah tentang kepentingan ilmu. Fyqah juga ingin menjadi sperti Abang Raja. Abang Raja sememangnya seorang insan yang sangat TERistimewa ^_^
Walaupun Abang Raja datang daripada keluarga yang miskin, tetapi kemiskinan beliau tidak menghalang beliau untuk berjaya. Fyqah betul2 bangga dengan Abang Raja =)
Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya. Kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan. Kita perlu berubah untuk menjadi seseorang yang berjaya..Yeah,Fyqah akan berubah. Fyqah akan cuba menjadi seorng yang berani dan tegas. Fyqah juga dah tak nak dengar lagi apa orang cakap^_^ Betul kata Abang Raja, orang memang suka mengata orang :) Lumrah hidup manusia =>
19 prinsip kejayaan :
1. Bangun pagi
2.Personaliti
3.Kurang makan
4. Jangan mengadu domba
5. Baik dengan cikgu
6. Seorang yang kemas dan sistematik
7. Fizikal dan mental yang kuat
8. Tidak mudah putus asa
9. Menerima kekurangan diri
10. Amanah
11. Anak yang baik
12. Tidak menyusahkan orang
13. Tidak mudah terkesan dengan kata-kata orang
14. Pemimpin yang hebat
15. Suka dan tidak malu bertanya
16. Kawan yang baik
17. Serba boleh
18. Bercita-cita tinggi
19. Tidak mudah lemah semangat
Itu sahaja yang dapat Fyqah kongsikan buat kali ini. Fyqah minta maaf kalau enrty ini ada menyakiti hati sesiapa. Fyqah tak ada berniat pun nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
RAJA SYAMRI BIN RAJA HUSIN
(THE MARVELOUS PERSON)