ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKTUH...
Korang pernah tak rasa bengang bila sering dilempar soalan-soalan yang sama?
Korang pernah tak rasa aisshh malasnya nak jawab soalan ni?
Korang pernah tak rasa nak tumbuk orang yang asyik tanya soalan yg sama?
Pernah tak? Pernah tak?
Mesti pernahkan. Sebab Fyqah tahu korang semua pun rasa tengah rasa bengang sekarang bila Fyqah asyik tanya macam tu kan?
Semenjak dua menjak tiga menjak ni, ramai orang yg kerap bertanyakan soalan yg sama. Naik bosan Fyqah nak menjawabnya.
Hari tu Fyqah keluar dgn Iza, kawan baik Fyqah sejak Form 3. Sedang kami rancak berbual, dia boleh tanya.
"Pyqah dah ada boyfriend eh?"
2 hari lepas, cousin Fyqah pun ada tanya.
"Pyqah dah ada boyfriend?"
Tu tak termasuk cerita berbulan-bulan lepas.Ada je yg tanya soalan macam tu. Abu,coursemate Fyqah pun pernah tanya juga.
"Pyqah dah ada boyfriend?"
Naik muntah Fyqah bila orang tanya soalan macam ni. Kadang-kadang Fyqah tertanya-tanya nape orang asyik tanya macam tu. Adakah sebab Fyqah ni nampak happy? Then sebelum ni Fyqah tak nampak happy ke cam ne ? Or because of my pictures in Instagram or Facebook.
Well, Fyqah memang macam ni. Personaliti Fyqah mudah berubah.Kadang-kadang garang macam singa yang kelaparan. Kadang-kadang masuk air sampai abang Fyqah pernah kata,"Kau ni cacat eh?" Kadang-kadang sedih tak tentu pasal. Biasalah tu,manusia kan?
Tak semestinya bila orang tu nampak bahagia, bermakna dia dah boyfriend/girlfriend ke pe. Maybe dia bahagia sebab gaji dia dah masuk. Maybe dia bahagia sebab kucing dia baru beranak. Maybe dia bahagia sebab bunga yang di taman kat belakang rumah sudah berkembang mekar.Maybe dia bahagia sebab dia baru melepaskan angin dari perutnya. Maybe dia bahagia sebab tengok orang disekelilinginya bahagia. Siapa tahu?
So,stop make your own speculations. Because you never know what actually in someone heart and brain. Mungkin kita nampak orang tu happy sangat macam tak ada masalah. Tapi kita tak tahu sebenarnya dia sedang bertarung nyawa melawan kanser yang sedang dihadapinya.Siapa tahu?
Hmm kalau nak cakap pasal gambar pula, Fyqah rasa Fyqah tak pernah post satu gambar Fyqah berdua dengan mana-mana lelaki. Kalau photo collage pernah la kot.Tu pun dengan classmate Fyqah. My classmates are part of my life. They're my family :)
Fyi, I never had boyfriend. Because my heart is for my future husband only. Cewaahhh. Ohmaaii rasa nak muntah pula taip macam tu. Hahaha. But that is the truth.Perkataan 'boyfriend' tak pernah wujud dalam kamus hidup Fyqah. So tak payah la tanya Fyqah "Dah ada boyfriend" ke pe.
Walaupun setiap kali orang mengajukan soalan tersebut Fyqah hanya tersenyum. Tak bermakna senyuman itu bermakna "Yes, I have a boyfriend". Tapi sebaliknya. Faham-faham je la kan. Hehe
Fyqah lebih prefer orang tanya Fyqah,"Bila nak kahwin?" daripada "Dah ada boyfriend?"
Kalau orang tanya "Bila nak kahwin?", Fyqah tahulah nak jawab macam apa. Tapi kalau pasal boyfriend tu hmmm memang sah la tak jawapannya. Macam tak faham pula kan. Siapa je la nak kita ni. Hmmmm
Haha.Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf andai entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yg buruk darpada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
"Jangan bercinta sebelum nikah nanti hilang kemanisan cinta selepas nikah"