ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
'Aisy mana kelas ni' rungut hati Fash.
Peluh sudah mula membasahi tubuhnyanya. Sudah berpuluh kali dia dan Asfa bertawaf di bangunan itu namun kelas yang di cari masih tidak dijumpai. Asfa mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada senior sebaik sahaja mereka terjumpa seorang senior.
"Assalamualaikum kak. Tumpang tanya. TG01 kat mana eak?"
"TG01 ? Hmm kat bangunan sebelah sana"
"Oh. Terima kasih kak"
Mereka segera mengatur langkah ke tempat yang dimaksudkan. Setiba di bangunan tersebut, mereka mula mencari kelas tersebut. Namun masih tidak dijumpai. Fash mengerling pada jam di tangann
'Dah lambat ni' bisik hati kecilnya.
Asfa mengambil keputusan untuk menelefon kawannya. Fash hanya menunggu tanpa sebarang kata. Dari tadi dia hanya mengikut langkah Asfa. Sememangnya dia tak tahu di mana kelas mereka. Walaupun kakak kepada teman sebiliknya sudah menunjukkan bangunan untuk setiap kelas tempoh hari,tapi dia masih tidak dapat menjumpainya. Dia masih keliru. Tempat itu masih asing baginya.
Selesai Asfa menamatkan perbualan di telefon, mereka mula melakukan misi mencari lagi. Akhirnya kelas tersebut dijumpai juga. Mereka mengintai-intai kelas tersebut.
'Alhamdulilah. Pensyarah belum masuk' kata hati Fash tanda kesyukuran
Mereka segera melangkah masuk ke dalam kelas.Mereka mengambil tempat duduk di depan sekali. Sepertinya tempat itu sudah di cop untuk mereka berdua. Fash hanya diam membisu. Asfa mula berbual dengan teman di sebelahnya yang dikenali sebagai,Riena. Fash mula memerhati keadaan kelas yang bagai pasar terbakar ketika itu. Tiba-tiba ada orang menegurnya.
"Nama awak apa?"
"Fasha Sandha"
"Ouhh. macam nama artis.Nama kita Riena."
Tak lama kemudian. Seorang lelaki memberi salam dan masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab satu kelas
"Nama awak apa?"
"Fasha Sandha"
"Ouhh. macam nama artis.Nama kita Riena."
Tak lama kemudian. Seorang lelaki memberi salam dan masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam" jawab satu kelas
Lelaki itu mula memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah bagi subjek pagi itu iaitu CTU.Seperti kebiasaannya, kelas pertama dimulakan dengan sesi perkenalan pensyarah dan pelajar-pelajar barunya. Selepas itu, pensyarah mula bertanya tentang 'Class Representive' atau bahasa klisenya ketua kelas.
"Siapa nak jadi kelas Rep?" tanya Pensyarah
Pensyarah yang digelar sebagai Ustaz Ayob mula memerhati setiap muka budak lelaki di dalam kelas itu. Pemerhatian Ustaz Ayob ke atas 5 bujang lapok kelas itu seperti ingin memilih calon suami untuk anak gadisnya. Mereka hanya menunduk tanpa berkata.
"Haa..awak nak tak jadi class rep?"
Ustaz Ayob menunding jari ke arah seorang pelajar lelaki berkopiah. Laju saja dia menggeliling kepala tanda tidak setuju.
"Awak?"
Ustaz Ayob menunding jari pula ke arah pelajar di sebelahnya.
"Class rep kena buat apa?" tanya pelajar tu.
"Awak hanya tolong pensyarah sampaikan maklumat kepada pelajar lain. " jelas Ustaz Ayob.
"Ouh boleh la." jawabnya
"Okay bagus. Nama awak apa?"
"Muhammad Nazighul Ngoslee"
Fash hanya memdiamkan diri walaupun hakikatnya dia mahu tergelak mendengar ucapan dan gaya pelajar tersebut.
'Pelat R rupanya.Hmm pondan ke pe dia ni?' bisik hati kecilnya.
"Okay.Nazirul beruntung dapat jadi class rep. Dia dah dapat 1 markah untuk carry mark. Nanti awak ingatkan saya eh. Ambil ni tulis nama dan nombor fon."
Nazirul mengambil kertas yang dihulurkan oleh Ustaz Ayob.
"Kat kelas ni ada nama Farah tak?" tanya Ustaz Ayob
Seorang pelajar menyahut.
"Farah tak ada. Fatin adalah." katanya.
"Okay fatin jadi assistant Nazirul eh?"
"Ahh?Okay"
"Fatin boleh tolong kutip setiap orang RM20 tak untuk duit buku?"
"Boleh. Sekarang ke?"
"Aah sekarang. Lagi cepat bayar,lagi cepat dapat buku"
"Baiklah."
'Annoyingnya budak ni' bisik hati si Fash
Fatin mula menjalankan tugas yang baru diberikan sebentar tadi.
BERSAMBUNG.....