Sunday 26 August 2012

Budak SPM Raya Sakan?


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! Hehe Sudah seminggu kita menyambut bulan Syawal baru hari ini Fyqah baru berkesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya entry-entry Fyqah selama ini ada menyakiti hati awak semua. Fyqah hanya manusia biasa yang tidak pernah terlepas melakukan kesalahan.Maafkan Fyqah ye :')

Hari ini Fyqah nak cerita tentang sambutan Hari Raya sebagai seorang pelajar SPM. Tapi sebelum tu Fyqah nak kongsi dengan awak semua persediaan Hari Raya Fyqah.

Sebelum Hari Raya

Setelah hampir 8 tahun Fyqah tak hantar kad raya,tahun ini Fyqah berhasrat untuk menghantar kad raya kepada kawan-kawan Fyqah di alam maya. Ada 7 orang kesemuanya. Untuk pertama kalinya dalam hidup Fyqah,Fyqah buat kad raya sendiri.Percaya tak??Kalau da yang tak percaya,awak kena percaya juga sebab itu adalah FAKTA. Masih tak percaya? Nah tengok hasil air tangan Fyqah ni :)






Nak tahu tak siapa pemilik kad-kad raya Fyqah ni? Kalau awak tak nak tahu pun Fyqah nak bagi tahu juga..hehe.Kad-kad ini Fyqah buat khas untuk Kak Aisyah Shakirah,Kak Nadia Syamila,MrTheAllShared,Adik Najihah, Afkie,Solehah dan juga Nur Farah.Mereka semua ni kebanyakannya tinggal di luar Johor. Kad yang paling jauh sekali Fyqah post sudah tentulah kak Aisyah,nun jauh di Kedah :) Alhamdulilah kad-kad raya tersebut telah selamat pun sampai ke tangan pemiliknya.Hanya tinggal kad raya untuk MTAS sahaja yang belum Fyqah post.Insyaallah Fyqah akan post dalam minggu hadapan :)

Selamat Tinggal Ramadhan Selamat Datang Syawal :')

Hati siapa yang tidak sedih apabila Ramadhan meninggalkan kita.Insyaallah kalau panjang umur kit akan bertemu kembali Ramadhan. 

Hari Raya sebagai seorang calon SPM sangat menyedihkan.Hal ini kerana di mana sahaja Fyqah berada,Fyqah asyik terfikir trial yang bakal tiba tidak lama lagi.Tahun ni Fyqah taklah beraya sakan macam Uncle Aaron dengan Abang Zizan siap beraya sampai pengsan lagi..hihihi..Walau apa pun Fyqah tetap gembira sebab dapat beraya bersama keluarga tersayang :') Syukran Jazillan Ya Rabbi :')




I LOVE THEM :')


Alhamdulilah,Fyqah gembira dapat beraya dengan mereka semua.Fyqah bersyukur sangat dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia.Terima kasih Ya Allah :')

SPM bakal menjelang tidak lama lagi.Kawan-kawan doakan Fyqah ye.Semoga berjaya kepada kawan-kawan yang bakal menghadapi Trial SPM :) Insyaallah kita akan sama-sama berjaya dalam SPM :) Allah akan sentiasa bersama kita.Itu pasti.

Cikgu Chemist Fyqah selalu pesan amalkan doa ini.

 "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
Maksud:Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ini. Insyaallah.

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.
 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilftri Maaf Zahir Dan Batin. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)









No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail