Sunday 28 April 2013

Matrikulasi or Form 6??

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Youuuhhooooo! Dah lama rasanya Fyqah tak membebel kat blog ni. Seriously rindu. Banyak cerita yang Fyqah nak share dengan u ollls tau, tapi Fyqah malas nak menaip panjang2..hikhik :3

Beberapa hari yang lalu, keputusan tawaran ke matrik dah pun diumumkan. Bunyi beberapa hari tu macam seminggu or dua minggu yang lepas kan?? Padahal baru 2 hari yang lepas..haha..okay tak lawak pun :3 
Tawaran Form 6 pula baru diumumkan 4 hari yang lepas rasanya. Fyqah tak ingat la u olss.

Okay, Fyqah dah tahu dah apa yang u olss nak tanya pada Fyqah. Mesti u olss nak tanya soalan ni : 

"Fyqah dapat tak Matrik/Form 6?"

Kaaaaaaaaaan?? Pandai kan Fyqah teka?? haha -_- Fyi, Fyqah tak dapat Form 6 tapi Fyqah dapat Matrik. Alhamdulilah. Fyqah bersyukur sangat :') Akhirnya ada juga permohonan Fyqah yang berjaya :')  Jangan tanya Fyqah dapat matrik mana sebab Fyqah tak nak bagi tahu. Tak pasal2 nanti ramai pula wartawan cari Fyqah kang..Hahaha..Gurau-gurau.Don't take it serious okay u olss :D

Btw, ramai kawan-kawan Fyqah dapat Matrikulasi Melaka. Hampir 89.98765432% kawan Fyqah yang dapat Matrik Melaka.Percent tu Fyqah hentam je k..hikhik..Tahniah la u olss :D
Tahniah juga pada kawan-kawan yang dapat tawaran ke Form 6. Fyqah gembira bila tengok kawan-kawan semua dapat tawaran melanjutkan pelajaran tak kiralah di matrik ataupun di sekolah. Setiap orang Allah dah tentukan rezeki masing-masing ^_^



Tak lama lagi result upu pula nak kuar. Mesti u olss semua akan sukar buat pilihan jika dapat pula tawaran upu :) Pesanan Fyqah buat Batch 95 termasuk diri Fyqah sendiri, sebelum we olss buat apa-apa keputusan, jangan lupa buat solat istikharah dulu tau. In Sha Allah, we olss akan dapat petunjuk daripadaNya :)
Jangan ingat solat istikharah bila nak kahwin je..hehe..Setiap keputusan yang kita lakukan, kalau boleh buatlah istkharah :)

Okay, Fyqah nak share something. Tadi Fyqah ada tanya satu soalan kat brother poyo ni di Ask Fm.

Soalan Fyqah : Salam bro..kita dgr, ramai org ckp, sijil matrik tak laku berbanding sijil stpm..kalau mcm tu, better masuk form 6 la kan? 

Jawapan bro poyo : waalaikumussalam wbt.. sijil matrik mmg tak laku pun, katakanlah kau tak boleh survive kat matrik then kau kena campak.. kau just layak guna sijil spm semata2... tp kalau stpm, mmg laku dan ditaraf.. dibandingkan pulak, student stpm lagi sng dpt tempat kalau nak ke Uni dpd student matrik. kalau kau boleh survive masuk matrik and maintain pointer, tak kisah lah.. tp kalau kau seram je nak masuk matrik, better form 6. tp make sure decide betul2 aliran yg kau boleh hadap kalau utk form 6.

Ahhh,bunyi macam menakutkan je jawapan brother poyo ni :/ Thats why kita kena buat pilihan yang tepat. Tapi Fyqah tetap akan pilih Malaysia *tetiba* haha..tak ada kena mengena pun :3

Ouh ya, memandangkan PRU 13 tak lama lagi, Fyqah nak pesan pada datuk2,nenek2,makcik2,pakcik2,aunty2,uncle2,mak2,bapa2,kakak2 dan abang2 yang dah daftar untuk mengundi agar buat pilihan yang tepat.Masa depan negara berada di tangan anda..Wah gitu..haha..As usual, buat istikharah dulu sebelum pergi mengundi ^_^

Okay tadi tu iklan je eh.Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia ^_^

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

"Istikharah cinta memanggilku memohon petunjukMu.Satu nama teman setia naluriku berkata. Penantian luahan rasa, teguh satu pilihan.Pemenuh separuh nafasku,dalam mahabbah rindu."

2 comments:

  1. Sambung matriks la dik, tak payah pakai bj sekolah dah hehe :)

    ReplyDelete
  2. mimi baru jaa habis matrik. matrik okay ja. seriously. but make sure decide betul betul kay! :) goodluck!

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail