Sunday 19 May 2013

Dilema : Diploma atau Matrikulasi?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai you olss! How are you? I hope that you're in the pink of health. Amboi bajet omputih Fyqah ni..hikhik :p Ek eh, asal banyak habuk blog Fyqah ni *tiup2 habuk* Nampak sangat Fyqah dah lama tak update blog Fyqah yang tak berapa nak menarik ni sampai berhabuk dan bersawang. Ish ish ish, teruk bebenor :3 

Bila Fyqah dah mula menaip,bermaksud Fyqah ada cerita 'menarik' yang nak dikongsikan dengan you olss semua. Menarik ke? Sila letakkan tangan anda dibahu,mata anda di atas. Terima kasih..hehe :p

Seperti yang awak semua ketahui, keputusan upu telah pun diumumkan pada 17 Mei 2013 pada pukul 12 tengah hari. Bila dah kuar, mestilah Fyqah akan terima bertubi-tubi soalan ini :

Fyqah dapat upu??

Sebelum Fyqah jawab soalan ni, Fyqah nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan-kawan yang dapat tawaran belajar ke universiti.Kepada yang tidak berjaya, La Tahzan, Allah merancang sesuatu yg lebih baik untuk awak semua. I wish you all good luck in your future endeavours! :D


Alhamdulilah, permohonan upu Fyqah berjaya :') Walaupun,Fyqah agak terkejut juga dengan keputusan tu, Fyqah tetap bersyukur. Maybe ini yang terbaik untuk Fyqah :') 

Selepas Matrik menghantar 'lamarannya', kini giliran upu pula. Now, Fyqah dalam dilema untuk memilih sama ada matrik atau upu. Sebelah badan Fyqah tarik ke matrik dan sebelah lagi tarik ke upu. Fyqah berbelah bahagi. Fyqah rasa macam tengah memilih bakal suami pun ada juga..haha :p  K merepek :3
Okay, jalan yang terbaik yang Fyqah kena lakukan adalah ISTIKHARAH :') 






Dua-dua akaun. Alhamdulilah, Allah permudahkan Fyqah untuk buat pilihan. Ini la yang mak Fyqah impikan dulu.Fyqah pilih akaun sebab mak Fyqah begitu yakin Fyqah boleh bawa subjek ni dulu. Alhamdulilah, Allah kabulkan permintaan mak yg ni :') Akaun adalah bidang yang terbaik untuk Fyqah. Fyqah risau juga sebenarnya bila dengar ramai sangat graduan yg ambil akaun,menganggur. Tapi, Fyqah yakin, rezeki itu ada di mana-mana ,betul tak? Lagipun,abg mad kata,kalau Fyqah tak ada kerja nanti,dia buka syarikat dan dia akan ambil Fyqah jadi akauntan. So, Fyqah dah dpt tawaran kerja dah sekarang...hahaha *joke2*

Semalam, Fyqah dah dapatkan pendapat daripada makcik Fyqah yang merupakan seorang akauntan serta beberapa senior yang sungguh baik hati. Thanks a lot :) Mak cik Fyqah kata, kalau dia, dia akan pilih diploma. Tapi dia suruh Fyqah buat rayuan asasi. Mak Fyqah pun suruh buat  rayuan asasi. In Sha Allah,Fyqah akan cuba buat rayuan nanti :) 

Fyqah nak share sesuatu dengan awak semua. Sebelum tu, Fyqah minta izinnya abang mad nak copy answer abang mad..hehe..Kalau abang mad tak bagi,kita dah copy pun :p

Assalamualaikum. Aku rasa terpanggil utk buat post ni bila dilema halatuju spm leavers semakin memuncak. Maaf, aku tak mampu nak membalas setiap persoalan bila melihatkan kesibukan jadual aku utk weekend ni. Maka persoalan yg diajukan adik2 tu aku kepilkan dalam kata2 himah aku ala Chandragupta Maurya versi koboi, wikiki.
Abang tahu, mungkin ada di antara adik2 yg sudah memulakan sesi persekolahan tingkatan 6, tak kurang jugak yg menerima tawaran matrik samaada program PST/PDT, dan hari ini riuh pulak dgn keputusan Upu. 

1) Antara MATRIK dan ASASI, mana better?- Asasi dan Matrik tempoh masa sama ja, cuma tahap kesukaran mungkin lebih payah kat asasi. Dpd pandangan peribadi abg, apa yg penting sekarang ni adalah "minat" dan "kemampuan adik". Kalau adik dpt tawaran asasi utk bidang yg adik minat atau itu mmg first option adik, teruskan. Sekurangnya, kalau adik kat asasi IPTA, tempat di Univ. dah tersedia. Tp kalau adik masih tak tahu hala tuju adik, go on for matrik. Pedulikan pandangan org yg mengatakan matrik tu susah gila sbb kalau adik main2 kat Univ. pun, benda yg sama akan berlaku. Ya, mmg kedudukan asasi dipandang tinggi tp apa yg penting sekarang ni, ketepikan glamer... fokus kpd minat dan kemampuan adik. Yg dpt asasi UIA, UITM atau sbgainya, jgn terlalu gembira... sbb Allah boleh tarik kegembiraan tu bila2 masa je. Pentingnya, adik jangan main2. 

2) Antara MATRIK dan DIPLOMA, mana better?-Kalau abg berada kat tempat adik, abg mmg akan letakkan "minat" abg kat tangga pertama utk penentuan. Cthnya: Result spm abg 9A 1B misalnya. Abg dpt diploma sains komputer dan abg dpt matrik PST. Abg minat sains komputer but in the same time, abg nakkan tempoh pengajian yg singkat. Kalau abg tanya mak ayah, mmg dorang akan kata "masuklah U", sbb itu mmg pandangan kebanyakan ibu ayah, "asalkan anak aku dpt U, cukuplah." Ya, mmg berguna pandangan2 org sekeliling tp jgn sampai menjejaskan sbb adik yg nak belajar, bukannya jiran tetangga. Kalau dlm situasi ni, abg akan pilih utk diploma sbb abg ada minat dlm course yg ditawarkan (bila dah ada minat, kita sanggup utk stay up sampai pagi buta nak belajar, mana tahu boleh cut time setahun diploma terus masuk ijazah), dan keduanya abg nak rileks belajar. Tak kisah lah grad lambat, asalkan keputusan ni seiring dgn minat dan kemampuan. Even keputusan Abg tu nampak mcm Abg mampu utk survive kat matrik, tp abg takut abg terlalu bersenang lenang masa matrik dan akhirnya abg dilelong dgn course yg abg tak minat. Rugi. Tp, kalau Abg pilih matrik... Abg akan pulun bagai nak mati lah, tak boleh usha awek sbb kena dpt pointer 2.8 ke atas. Dijadikan cerita abg terlalu selesa dgn result SPM dan bajet mcm boleh carry on utk matrik, tup2 pointer abg tak lepas. Masa tu, mmg abg kena gigit jari lah ulang sem balik. So, pikir elok2 ye dik. 

3) Dapat tawaran UPU yg tak minat/ ditawarkan diploma tp nak kan asasi-Maybe adik dapat 7A/8A/9A/10/11A tp dpt tawaran UPU yg tak kena dgn minat, ataupun adik rasa result adik lebih layak utk dapat asasi berbanding diploma. Nasihat abg utk adik2 yg berada dlm situasi ni, bersyukurlah syg. Allah tak bagi apa yg hangpa "mahu", tp Allah bagi apa yg "terbaik" utk hangpa. Adik tahu tak, kat luar sana... berlonggok2 manusia yg masih tak dpt masuk ke Univ. Senior abg dpt SPM 8A.. dia mohon UPU, tak dpt.. mohon matrik, tak dpt. Jadi, dia terpaksa survive utk ke kolej swasta.. dan sem 2 kat kolej tu, baru dpt masuk Univ. Tapi, dia tough je dan tak mengungkit. Dlm hal cenggini, adik kena bersyukur. Sekurangnya, adik pening nak pilih tawaran yg mana.. ada student lain tu yg langsung tak dpt tawaran dan pening nak sambung kat mana. Mungkin masa spm, adik gembira dgn keputusan adik... tp bila keluar result Upu, adik rasa sedih dan mcm tak adil sbb adik rasa adik lebih layak. Allah Maha Adil. Aturan Dia Maha hebat. Setiap orang ada bahagian dia... Saat adik berduka sbb dapat tawaran UPU yg adik tak suka, ada org lain yg sdg berduka sbb tak dapat tawaran langsung. Mana satu Allah lebih hebat menguji? adik atau dia? Bersyukur. 

4) Tak dapat tawaran ke Universiti-Adik jgn sedih lama2. Rezeki Allah tu luas, bukan setakat kat Universiti.. ada lagi pilihan lain mcm matrik, tingkatan 6, politeknik. Misal kata adik tak dpt tawaran mana2, jangan risau... semuanya ada hikmah. Mungkin masa sekarang adik tak nampak, tp 3-5 tahun akan dtg...mana tahu adik2 lebih hebat kedudukannya berbanding budak2 asasi atau matrik atau diploma. Jadi, jgn sedih lama2 tau.. Allah tak suka, Abg pun tak suka hihik. kalau macam manusia kat atas tu kena bersukur, adik2 pulak kena redha ;) Kadang2 Allah tak bagi apa yg kita nak sebab Dia takut kita riak.Jadi, siapa2 yg dapat sambung belajar tu bersyukurlah bebanyak. Jangan main2... Jgn gembira sgt, jgn sedih sgt. Tak ada benda yg senang kat dunia ni... jadi kalau masa belajar tu adik rasa susah, don't give up. Teruskan jihad adik utk belajar demi agama. Guna peluang belajar tu betul2... Abg akan sentiasa doakan junior2 abg ;D Semoga sukses!

Sekian shaja ber-abang2 utk hari ini. Aku choww dulu hihik.Ohhh, dan jangan lupa, Istikharah cara terbaik. Itu untungnya muslim, kita ada kebergantungan dan tempat mengadu ;) Salam syg dari perantauan (wakaka bajet) Mad

Sentap hati mak nooh perkara yg ke-3 tu T.T Yeah,Fyqah tahu,itu jawapan bagi soalan yang Fyqah tanya kat dia semalam. Terasa abang mad menumbuk muka den yang halus mulus ni..hakttuihh..hahaha..Someone,please called bibik untuk bersihkan balik ludah tu..Double euwwww :3 haha *joke*

Fyqah dah buat pilihan sebenarnya. Tapi Fyqah masih was-was lagi so, Fyqah akan buat solat isktikharah lagi,In Sha Allah. Doakan Fyqah dapat buat pilihan yang terbaik ye :') May Allah bless all of you.

Di kesempatan ni, Fyqah nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Ash dan Abang Mad atas segala nasihat yang telah kalian berikan kepada diri ni. In Sha Allah,kita akan ingat setiap pesanan abang dan akak.So, this is for you.


Buruk? Yeah, I know. Ini lah hasilnya bila buat kerja nak cepat je...Maaf ye bro and sis, nanti kita akan cuba buat lebih lawa lagi..hehe. Ouh yeah,btw, jgn salah faham,kita sayang abg mad as my brother. Not more than that :) Kak Ash, i love you shoooo shoo shoo much! k bai...haha :p

Sampai di sini sahaja coretan Fyqah buat kali ni. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ni menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Doakan Fyqah pass test jpj hari isnin ni. Haritu Fyqah failed jalan raya :( Sorry, no Lesen Memandu part 3,Fyqah malas nak menaip..hikhik :p

45 comments:

  1. tahniah ! mana2 pun ok dik, kalau diploma slalunya 3 tahun utk ke ijazah melainkan dpt buat fast track, matrik selalunya 1 tahun (ikut pncapaiaan) utk ke ijazah IPTA lain, asasi pun macam matrik cuma asasi lbih selamat sbb hala tuju kte ke masa hadapan dah tau,cma jadualnya sangat padat dan kne bijak mgatur masa macam matrik jugak. cth: asasi uia confirm2 sambung degree dkat uia..dan matrik selalunya memilih pelajar2 yg berkualiti kamu sgt beruntung. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak! :) tapi sekarang fast track dah dimansuhkan kan kat uitm? kalau ada fast track, ingat nak ambil juga. akak,tolong doakan kita ye. sekali lagi, terima kasig banyk2 kak ^^

      Delete
  2. Matriks pun oke, kalau result elok boleh sambung degree terus. Kalau diploma akaun macam akak, habis dip baru sambung degree. tapi tempoh masa belajar tu sama jea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh yeker kak? macam tu rupanya..thanks a lot kak! May Allah bless you :)

      Delete
  3. akak masuk mtrik dulu sebab abg akak pksa..die suruh akak survive je mtrx sbb cpt kn..hoho..wlupn maen2 jugak di mtrx tp Alhamdulillah msuk gk uitm shah alam n akak kos sains (maap ye akk tanak aim jd dokter..kiki).tp kwn2 akk wat mtrx akaun rmi yg dpt cgpa meletup mcm 4.0,3.9,3.7 ke ats..(dorg rmi rmi biasiswa jpa..uhuk3)..sbb pe tinggi?xtaw la tp kwn akak yg buat diploma akaun ckp akaun kt mtrx dlm bm..sbb tu senang..tak tahu la betol ke x..hehe =)
    tp tahniah ye dik..pegi mana2 pn elok aje..jgn risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, sains..hebatnya akak :D a'ah,ramai yg cakap akaun kat matrik dalam bm, kat U dalam bi kalau xsalah kita. Thanks a lot kak! May Allah bless you :)Do pray for me ya.

      Delete
  4. betul tu fyqah..solat istikharah yang paling terbaik utk situasi seperti skrg ni :)

    ReplyDelete
  5. salam akak nk tnya sikit boleh? Sblum dapat upu tu kan akak click terima tak utk tawaran matriks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Akak tak klik dulu. akak tunggu result upu. If im not mistaken.

      Delete
  6. jadi skrng kirenye dh msuk mne matrik ke diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kita amik diploma. Antara sebab2 kita ambil diploma :

      1. Sijil diploma laku tapi sijil matrik tak laku. So senang nk mohon kerja kalau kita guna sijil diploma.
      2. Study diploma tak stress sgt mcm matrik. Matrik ni kena struggle betul2.

      Delete
    2. Akk bole tak saya nk contact akk kak ig ? Klu ada bole drop tak ? Sebba nk tanya pasal ni

      Delete
  7. Asalamualaikum.. Akak.. Sye batch 96's. Nanye nk tnye cikit. Sye un ade masalah macam akak.. Tp, sye xdpt u. Tp dpt politeknik.. Jd, mana lagi ok? Poli or matrik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sebelum akak nak tanya awak dulu amik aliran apa? Poli and matrik, awak dpt course pe?

      Delete
  8. assalamualaikum akak , saya nak tnya , saye spm 2013 , masalah sye pun same mcm akak , dapat diploma perakaunan n matrk kos akaun , pada pendapat akak , mne yang patot saye plih ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam afiqah. Dua2 ada pro and kontra. Kalau awak nak cepat habis study,awak ambil la matrik. Tapi awak kena study struggle betul2 kat matrik. Kalau awak nak study xnk stress sgt, awak amiklah diploma. Tapi diploma ni lambat sikit. Its up to you my dear which one u want to choose. Buatlah istikharah :)

      Delete
  9. assalamualaikum akak...sye msalahnye lebih kuraang sama...saya dapat matriks dlm bidang sains tp dpt dip accounting at ipts....so mne yg perlu prioriti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat akak,matrik is much better. Yuran ipts agak mahal. Tpi kalau dlm kalangan golongan berada, itu bkn satu masalah besar. If awak minat sains, awak pergilah matriks dan kalau awak lebih minat dalam accounting,awak pergilah ipts. Apa2 pun it depends on u dear. Buat pilihan betul2 sebab ini adalah berkaitan masa depan awak. Buatlah istikharah :)

      Delete
  10. assalamualaikum akak...sye msalahnye lebih kuraang sama...saya dapat matriks dlm bidang sains tp dpt dip accounting at ipts....so mne yg perlu prioriti??

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak..boleh ke klau nk buat rayuan asasi walaupun dh dpt tawaran upu utk diploma? Terima kasih

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kak.... saya nak tanye pendpat akak.
    saya dapat matriks acc dgn poli dip acc. tp saya x tau nk pilih mane. sbb saya igt saya dpt uitm. tp x dpt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam awak. Awak akak mnta maaf sgt sbb lambt reply comment awk ni. dua2 ada pro n kontra..tpi kalau akk brada di tmpt awak,maybe akk akan pilih matrik..tpi apa2 pun keputusan yg awk buat,better awk buat istikharah dulu. akk mnta maaf sgt2 sbb lmbt respons :(

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, kak. Alhamdulillah, saya dapat matrik kos akaun n dip sains komputer. Prob saya sekarang, saya tatau nk pilih mana. Pendapat yg saya dapat banyak kata yang akaun ni lambakan n sume negatif :( dan mereka2 prefer kos SC.
    Bila saya research sikit kos SC ni, research sikit je tak banyak ;) banyak main ngn komputer, buat sistem, coding, programming, C++ and ap lagi ntah. huhu. Pastu, saya tak tahu kalau amik kos SC ni, saya akan jadi ap kelak. Saya ad jugak buat research pasal kerja pelajar SC ni, tapi tu sume tak dapat tarik minat saya.. Em emm .
    okay..
    Bila kata nak amik matrik akaun, saya cuak takleh bawak n takut la jadi cam yg abg mad kata kat atas tu aka no2 ayat last2.
    Then, bila saya kata nak amik dip SC tu, saya rasa sayang elaun. hahaha xD yang prob blajar bende Allah komputer tu, auni maybe akan try . tapi tulah, cam auni kata tadi.. sayang alaun matrik xD huhu

    So, saya tak tahu guane.. -><- (xde emoji jari xD) Eh, btw akak pehey dop ap yang auni citer tu? huhu . rasa cam keling pun ada. hmm.. #sayadalamdilema :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry nak bagi pandangan, it should be based on yr minat tapi kan akaun sekarang banyak sangat pesaing, even masuk matrik kos akaun pon kalau result okay still cant further account in degree tapi kalau 4 flat insyaAllah. Dan kalau course computer pulak sekarang ni demand kerja dia sangat tinggi & sangat diperlukan. Make a good decision hehe. I just give my opinions & knowledges.

      Delete
  15. Kak saya nak tanya pndangan.. Mcm saya dpt matrik kos sc n dpt uitm dip sc aktuari.. Saya konfius nak pilih mana.. Sbb klau saya pilih uitm saya takot saya tak leh go on dgn kos tu tmbah pulak saya search kat google dia antara kos yg susah.. Kalau saya pilih matrik... Kwn2 ramai ckp even score 3.0 ke atas pon susah nak dpt tmpat kat u nanti utk degree.. So skarang ni saya mmg konfius gila....😭

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum akak.
    Saya nak minta pemdapat.
    Saya sebenarnya nak jadi lawyer.
    Tapi x dapat.
    Urm.x pe lah.mgkn ada hikmah.
    Tapi saya dapat 3 tawaran lain.
    2 tawaran u.
    1 tawaran matrikulasi.
    1-utm-kos perancang bandar dan wilayah-kl-program diploma.
    2-uitm-kos pengurusan maklumat-segamat-program diploma.
    3-matrikualsi johor(KMJ)-perakaunan-progaram setahun.
    Saya nak minta pendapat dan pandangan.
    Terima kasih.
    Saya amat memerlukan nya sekarang.
    Sedih semua perasaan ada.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak,kalau saya dapat tawaran diploma in business study n matrik akaun,mana patut saya pegi ye?ape pendapat akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Ask urself, apa yg awk minat. Akaun or business? Fyi, matrik akaun dlm bahasa Malaysia manakala diploma business depends on U yg awak dpt..sbb ada U yg guna bm and ada yg bi..klau poli guna bi if im not mistaken. Klau nk compare diploma and matrik, diploma bljr lgi releks berbnding matrik. Matrik awk kena strunggle btul2 sbb klau matrik sethun,awk ada 2 sem je nak score. Dan dua2 sem kena make sure dpt result bgus. Klau akk brada di tmpt awk, maybe akk amik matrik sbb akak minat akaun more than business. And bila dah minat, of course kita will work hard for it kan? Awak buatla istikharah. Moga Allah permudahkan urusan awak. Good luck awak!

      Delete
  18. Assalamualaikum kak,kalau saya dapat tawaran diploma in business study n matrik akaun,mana patut saya pegi ye?ape pendapat akak?

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum kak,matrik utk pelajar kejuruteraan kt mna??sbb sy plajar teknik..sy ad kejuruteraan ..lukisan kejuruteraan..sy ptut ambik diploma atau matrik??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...untuk matrik, awak boleh apply matrik teknikal khusus untuk pelajar kejuruteraan/teknikal. Maklumat yg akak dpt setakat ni, matrik teknikal ada kat johor, pahang and kedah. Kalau johor yg akk tahu kat matrik pontian. Untuk diploma, ada banyak univeriti yg offer course ni. Contohnya UiTM, UTHM and byk lgi..awak boleh ke website setiap universiti utk lihat senarai bidang yg ditwarkan. Tapi ada juga universiti yg xada amik student diploma mcm UM. So kalau nk masuk sana, time degree nnti after awak abis diploma/matrik/asasi.

      Diploma dan matrik, dua-dua ada pro dan kontra. Matrik ni kejap je (1 tahun) berbanding diploma (2thun setgh atau 3 tahun). Tapi matrik awak kena struggle betul2. Kena dptkan 3.9 dan ke atas klau nak sambung degree kos yg sama. Persaingan sgt hebat. Awak kena study betul2. Bagi diploma pula, walaupun jangka masa lama, awak boleh belajar santai sikit. It doesnt mean u no need to struggle like matric. Diploma pun kena struggle juga tapi jadual xsepadat matrik. Kalau awk sambung degree dlm bidng yg sama di universiti yg masa, awak boleh dpt pengecualian kredit. Contohnya klau degree 4 tahun, awak hnya sambung 3 thun saja sbb ada pengecualian kredit utk setahun tu.

      Apa2 pun, keputusan bergantung pada diri awak. Kalau rasa confuse, buat solat istikharah. In Sha Allah , Dia akan buka jalan utk awak. All the best! Moga urusan awak dipermudahkan ^_^

      Delete
  20. Assalamualaikum, akak boleh whatsapp saya tak? 0169547284. Saya nak tanya akak tentang course semua ni sebab saya memang minat akaun. Senang nak contact thru ws. :)

    ReplyDelete
  21. assalam akak, saya baru sahaja dapat tawaran matrik kos acc dan uitm, diploma acc. saya konfius untuk pilih yg mana? boleh bg pendapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam awk. pertama sekali, akk nk ucapkan tahniah sbb dpt twrn utk melnjutkan pelajaran. Situasi awak sama mcm akk dulu..matrik n diploma dua2 ada pro dan kontra. dua2 pun bgus. benefit matrik, awak dpt elaun setiap bulan.. akk xsure brapa, tapi adalah dpt elaun tapi diploma xde elaun..sebliknya kena byr yuran tiap2 sem..tapi jgn risau yuran uitm xdelah byk sgt..mula2 msuk je kena byr dlm 700++ after that 450 mcm tu stu semester.. bljr kat uitm lebih releks berbnding matrik yg perlu lebih struggle klu awk nk smbung degree dlm bidg yg sama. tak silap akk, pengambilan uitm degree acc sem lpas utk pljr matrik adalah 3.9 dan ke atas.. housemate akk dulu dpt 3.89 tpi still xdpt sambung akaun di uitm.. persaingan memg sengit.. berbanding klau ambil diploma uitm, pointer 3.00 ke atas In Sha Allah dapat sambung degree UiTM. Apa2 pun semuanya bergantung pada rzeki masing2.Yg penting jgn putus doa. Awak buatlah istikharah. In Sha Allah akan diberi petunjuk :)

      Tempoh masa beljr (matrik)= 1 tahun (matrik) + 4 tahun (degree) = 5 tahun.
      Tempoh masa bljr diploma uitm =2 1/2 tahun (diploma) + 3 tahun (degree) = 5 1/2 thun.

      Tak byk beza pun..Btw, akk dulu ambil diploma acc di uitm dan sekrg sedg melanjutkan pelajaran dalam bidang yg sama. All the best for u! Harap jwapan akk ni membantu awak. Goodluck in ur life! ^_^

      Delete
  22. assalam.. akak, saya dapat tawaran matrik (pdt) aliran sains . n pada masa yang sama, saya dapat tawaran sc. kalau ikut minat, memang saya nk pilih sc, but rasa macam sayang jugak kalau x msuk matrik. yerla sbb klu lpas amik matrik, mungkin boleh survey mana2 course selain sc. but saya takut nak masuk matrik, takut tak dapat bawak n sebab ade subjek kimia, n saya mmg x suka kimia n xbleh bwk kimia. bleh akk bgi sepatah dua kata? thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..pertama skli, akk nk ucapkan tahniah sebb dpt tawrn menyambungkan peljaran! Moga terus berjaya di masa hadapan ^_^ setiap org berbeza. Ada orang dia xmint kos tu, tapi dia usaha juga utk bwa kos tu dan dia berjaya. Ada org xmint kos tu lalu dia xberminat nak belajar dan dia kecundang. Awak lebih kenal diri awak berbanding org lain. Kalau awk yakin memang xboleh bawa kimia, akak rasa better awak amik sc. Ingat ini permulaan hidup awk. Pilih betul2. Akk doakan awak berjaya. Goodluck!

      Delete
  23. assalamualaikum. saya dalam situasi yg 100% serupa dgn kakak. saya nak tau, apa pilihan kakak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..tahniah utk awak! Akk dulu ambil diploma acc uitm dan skrg sdg melnjutkan pljran degree acc uitm. Good luck! Pilih betul2

      Delete
    2. Assalammualaikum akak , boleh tak saya nak tanya ya berapa pointer yg perlu kita dapat kalau nk sambung degree akaun ya?

      Delete
    3. waalaikumussalam..kalau di uitm, utk lepasan matrik pointer 3.9 ke atas..kalau lepasan diploma uitm, 3.00 ke atas kalau xsilap akak.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Akak , saya nak tanya kalau spm ambik aliran sains tulen , tapi lepas spm nak ambik kos akaun. Agak2 boleh bawak tak? sebab x de basic akaun lgsg. Dan saya taktahu yg mana saya minat.

    ReplyDelete
  26. Akak, Saya dapat tawaran daripada matriks Dan politeknik bagi course Perakaunan.Sebenarnya Saya betul2 minat dalam accounting lah.tapi ramai orang kata Buat diploma lebih baik lagi.I tak dapat tawaran untk buat diploma Di UA lain... Só which should í choose poli or matriks..Waiting for your reply.saya busão aliran sastera

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail