Surfina yang sedang membaca Al-Quran berhenti seketika apabila mendengar teriakan Eryna lalu bergegas ke bilik Eryna.
" Eryna, kenapa dengan kau ni?"
"Fin, kenapa Allah duga aku sebegini?Aku menyesal Fin tak dengar nasihat kau dulu"
"Sabar Ryna. La Tahzan Innallaha Ma'ana," pujuk Surfina sambil memeluk temannya itu.
*********************************************************************************
Surfina cuba memberanikan diri untuk bersuara. Dia mengintai bilik Eryna untuk memastikan keberadaannya.
"Mungkin inilah masanya."
Bisik hati kecil Surfina.
"Ryna, boleh aku bercakap sikit dengan kau?"
"Apa dia Fin? Jemputlah masuk."
Surfina melangkah masuk lalu duduk di birai katil.
"Ermm..kalau aku cakap ni, kau jangan marah pula."
"Apa dia? Cakap jelah"
"Aku tengok kau sekarang dah banyak berubah. Eryna Sausan yang aku kenal dulu dah tak sama dengan Eryna Sausan yang kat depan mata aku sekarang."
"Aku berubah? Apa yang berubah? Aku makin gemuk eh sekarang? Ke aku dah makin handsome ? Ala kau ni jangan la buat aku curious."
"Eh bukanlah. Kau tak gemuk.Kau tak handsome. Tapi kau makin cantik"
"Habis tu?"
"Sikap kau dah lain sangat. Eryna Sausan yang lemah lembut,sopan santun dah hilang pada pandangan mata aku sejak kau berkawan dengan si Jai tu. Kau pun selalu balik lewat aku tengok. Aku bukan apa, tak manislah orang pandang. Lagi-lagi kau perempuan."
"Eh kau ni membebel pula. Aku tahulah apa yang aku buat. Aku dah besar. Aku bukan budak kecil lagi.Lagipun aku bukan buat benda-benda yang tak elok pun. Aku cuma lepak je dengan Jai and the geng.Tu pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Tapi tak eloklah. Kau baru kenal dgn si Jai tu. Kau tak tahu lagi dia macam mana kan? Nanti kalau dia buat sesuatu yang tak baik pada kau, siapa yang susah?"
" Aku tahulah jaga diri aku. Kau tak payah nak sibuk-sibuk hal aku,boleh?"
"Kau tak kesian ke dengan mak dan ayah kau? Diorang mesti sedih bila tengok kau macam ni. Kau ingat tak apa yang pernah kau kata kat aku, kau nak balik Malaysia dengan segulung ijazah. Kau tak nak hampakan diorang. Kau dah lupa ke?"
"Arghh..aku tak peduli dah dengan semua tu.Masa ni la aku nak enjoy. Kau apa tahu? Dah la aku nak tidur. Better kau keluar dari bilik aku sekarang."
Surfina bangun lalu melangkah keluar dengan hati yang kecewa.
"Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati sahabatku Eryna untuk berubah.Kau lindungilah dia Ya Rabb"
Semenjak dari itu, Surfina dan Eryna sudah tidak bertegur sapa. Tiada lagi gelak ketawa mereka. Keceriaan rumah mereka hilang. Surfina cuba untuk berbaik dengan Eryna tapi gagal. Eryna melayannya seperti musuh.
Seminggu sebulan final exam, Eryna menjadi kelam kabut. Banyak benda yang perlu dia catch up sebab ketinggalkan dalam kelas. Kusut. Stress. Begitulah keadaan Eryna.
Pada malam sebelum final exam, Jai mengajak Eryna pergi melepak.
"Ery, jom kita keluar malam ni. Aku nak bawa kau ke satu tempat yang special."
"Tak boleh la Jai, aku ada exam esok. Lain kali eh."
"Ala Ery, jom lah. Bosanlah kalau kau tak ada.Kau ngah stress kan? Tempat ni confirm boleh hilangkan stress kau. Jomlah. Pleaseee"
" Ermmm okay la. Kita jumpa malam nanti."
Pada malam itu, keseronokan menjadi satu mimpi buruk buat Eryna. Sesuatu telah berlaku pada Eryna. Dan tiada siapa yang tahu perihal itu.
*****************************************************************************
Surfina cuba menenangkan Eryna.
"Ryna, kau kenapa ni? Cuba kau cerita kat aku."
"Kau ingat tak malam hari tu aku ada keluar dengan Jai. Dia bawa aku ke club. Pada mulanya aku tak nak masuk. Tapi Jai paksa aku. So, aku masuk jelah. Jai kenalkan pada aku 2 orang kawan lelakinya.Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma minum air je. Tiba-tiba aku pening dan aku terus tak sedarkan diri. Aku bangun je, aku ada kat sebuah bilik. Aku telah dinodai,Fin,"
"Ya Allah..."
Surfina kehilangan kata. Dia turut menangis bersama melihat keadaan Eryna. Tiba-tiba Surfina terdetik untuk membawa Eryna ke satu tempat.
"Ryna, mari ikut aku."
"Nak ke mana?"
"Jom"
Eryna tertanya-tanya ke mana Surfina akan membawanya. Setelah sampai ke destinasi, Eryna hanya mampu mengalirkan air mata.
"Aku tahu kau dah lama tak pergi sini. Dulu kita selalu pergi sini sama-sama. Kau ingat tak?"
"Aku ingat. Iye, aku dah lama tak pergi sini. Ya Allah, ampunkan aku."
Air mata Eryna bercucuran jatuh ke pipinya
"Mungkin tempat ini boleh menenangkan hati kau sekarang. Kau luahkanlah segala-galanya pada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Maybe, Allah rindu nak dengar luahan dari kau sebab tu dia uji kau."
"Betul cakap kau. Aku dah terpesong jauh selama ini. Aku lupa pada Dia. Aku dah lama tak sujud padaNya. Aku menyesal Ya Allah"
"Mari kita masuk"
Surfina menarik tangan Eryna masuk ke sebuah masjid yang berdekatan dengan rumah mereka.
Selesai mengerjakan solat sunat tahyatul masjid, Surfina membiarkan Eryna bersendirian di dalam masjid itu.
Setelah selesai, Eryna menemui Surfina.
"Fina, terima kasih kerana bawa aku kat sini. Alhamdulilah, aku rasa tenang sikit sekarang."
"Alhmadulilah, baguslah macam tu. Oh ya aku ada sesuatu untuk kau. Nah, ambil la"
Surfina menghulurkan satu kotak yang comel kepada Eryna.
"Apa ini?"
Eryna membuka kotak itu tanpa ragu-ragu. Eryna memandang Surfina lalu memeluknya.
"Fina,terima kasih sangat-sangat. Kau banyak menyedarkan aku sekarang. Terima kasih atas pemberian Quran pelangi ini."
"Aku nak kita sama-sama ke Jannatul Firdaus."
"Uhibukki Fillah. Aku sayang kau kerana Allah."
"Aku pun sayang kau juga kerana Allah."
Sahabat itu ibarat cermin bagi diri kita. Bagaimana sahabat kita, begitulah diri kita.
boleh tahan...kalu minat menulis cerpen ni baguslah...nnti boleh akak bace lg..sokong kamu...
ReplyDelete