Saturday, 8 October 2016

Your future In Your Hands

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai everyone! Lama sungguh Fyqah tak update blog ni. Sangat berhabuk hapak semua ada haha. Maaf tak sempat Fyqah nak menjenguk selalu blog ni. Kadang-kadang je Fyqah jenguk blog ni. Itu pun sebab nak check comment. Takut ada comment yang terlepas pandang. Kawan Karib Fyqah cakap,” Awak update la blog selalu.” Sorry makcik I ada life la. Haha.

So harini Fyqah nak berkongsi sesuatu. I think this thing a bit important so I have to share. Well, tak adalah penting sangat kot. Hehe. Fyqah tak nak ada lagi insan yang salah membuat pilihan. Bercakap pasal pilihan. Pilihan ni ada banyak. Banyak benda dalam hidup kita ni kita perlu buat pilihan. Contohnya, u nak beli cekelat. Cekelat ada banyak brand. So u have to choose Kit Kat? Ferro Roche? Snickers? Choki choki? Kalau tanya kita. I would answer choki choki la. Sebab murah sangat chuoolss. 10 baru singgit haha. So there are a lot of things in life you have to choose. Before you choose it, you have to think wisely. Look at the pros and cons. Jgn duk main redah je pilih. Macm tu juga nnti korg u nak pilih pasangan u.  Pernah ke nampak org jalan-jalan pastu nampak pakwe/makwe yg berkenan pi angkut dia bawa jumpa parents ckp,” Mak abah saya nak kahwin dgn dia.” Without checking their backgrounds and etc. Ada ke? I don’t think so ada org buat mcm tu kan. Mesti nak kena kenal dulu latar belakang pasangan baru boleh decide nak kahwin ke tak kan? Okay Im not going to proceed about marriage since I don’t have experience with it. Hehe. Oh maybe I should not start talking about that. Sigh. Tapi mcm tak ada kena mengena pula contoh tu. Abaikan jelah. haha

Fyi, ada sebab Fyqah nak cerita pasal fikir dulu sebelum pilih. Okay Fyqah baru je dapat menyambungkan pelajaran di sebuah IPT. Alhamdulilah setelah Fyqah tempuhi pelbagai onak dan duri hujan petir banjir kilat tsunami dan sebagainya akhirnya dapat juga Fyqah sambung ijazah.  Cewaah.  Fyqah masuk lambat sikit dari kawan-kawan yang lain. Nak di pendekkan cerita, Alhamdulilah Fyqah dapat duduk serumah dgn kawan yg pelbagai kos. Kitorg sama-sama masuk. Kitorg semua dari education background yg berbeza. Ada yang daripada Matrik, STPM, KPTM, Kolej YPJ, dan sebagainya. Tbh, Fyqah lagi selesa serumah dgn org yg pelbagai kos. Tak adalah asyik pandang buku akaun 24 jam haha. Banyak benda baru kita boleh belajar daripada kwn2 yg berlainan kos. Tapi tak dinafikan serumah dgn yg sama kos lagi senang sebenanrnya kita nak belajar. Boleh study sama-sama. Apa2 pun itu bergantung pada setiap individu .

Okay sambung. Baru 3 hari Fyqah kat sini, Fyqah dapat tahu housemate Fyqah sorang ni nak berhenti belajar. Alasannya dia tak boleh nak bwa kos yg dia dapat. I was shocked at first. Sebab parents dia haritu datang jauh dari Kelantan hantar dia kat sini untuk belajar. Tapi tiba-tiba dia nak berhenti sebab tak boleh bawa. Baru 3 hari dia masuk kelas. 3 HARI .3 hari beb. What do u expect to happen in 3 days. Hmm I was speechless. Selepas dia berhenti, housemate Fyqah lagi sorang ni pun nak berhenti juga. Alasan dia pun sama. Tak boleh bawa kos tu dan dia tak ada kawan. Dan minggu lepas adalah hari terakhir dia kat sini.Pasal tak ada kwan.. Fyqah pun sama. Roomate Fyqah pon sama. Housemates Fyqah yang lain pun sama. Kami semua menghadapi masalah yg sama. Tapi sebenarnya itu semua perlukan masa sebab kitorg semua baru masuk. Lama-lama nanti adalah kawan. Apa-apa pun kena pandai bawa diri. Jgn terlalu bergantung harap pada kawan. Sebab kawan tak selalu ada dgn kita. Pasal cerita 2 org housemates Fyqah ni, jgn cakp kami semua tak bagi nasihat. Kami semua dah cuba nasihat. Slow talk with them. Tapi nak buat macam mana, itu adalah pilihan depa. We can’t force them. Tbh, I feel sorry for them. It’s not easy to enter university and they let it go so easily. Tapi sebagai kawan, kita kenalah faham situasi diorg.

Untuk semua yg berhajat untuk menyambungkan pelajaran, teruskan cita-citamu. Apa-apa pun sebelum nak pilih kos, pastikan anda tahu details berkenaan kos yg anda pilih. Terutama ketika membuat pilihan untuk isi UPU. Jgn letak kos yg anda tak minat. Minat tu penting. Kalau tak minat, anda kena tanamkan minat. Ingat niat belajar kerana Allah. In Sha Allah bidang apa pun yg anda dapat, anda akan terima dgn hati yg terbuka. Sebab apa? Sebab anda tahu ilmu Allah tu luas. Tak kisah pon bidang apa2, yg penting belajar kerana Allah. Kalau boleh, pilih la kos yg berkaitan dgn subjek yang anda dah belajar. Jgnlah pilih hentam sokmo je. In case, anda study arts, jgn la amik medic as ur choice to further your study. Tak ada kena mengena langsung. Tapi klau anda ambil arts dan pure science. Boleh je nak ambil nak medic kalau result okay. Tak ada masalah In Sha Allah. Apa-apa pun buatlah pilihan yang bijak. Anda mampu mengubahnya ;)

Okay sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Hari ni Fyqah banyak ‘membangau’. So kenalah tebus balik masa2 yg telah dibazirkan itu. Esok pula ada program. Nak kena bangun awal :( Korang doa-doakanlah Fyqah ni rajin ye. Okay korg, Fyqah minta maaf andai post Fyqah ni ada menyakiti hati sesiapa. Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca. Fyqah sendiri tak suka baca blog Fyqah haha. Terima kasih. Selamat malam. Assalamualaikum :)


 Sebelum bertindak, pejamkan mata, bayangkan mak ayah tersenyum bahagia melihat kamu  berjaya. Kebahagiaan mereka segalanya. Fikir :)

1 comment:

 
© Fyqah Ismail