Sunday, 3 June 2012

Fyqah Gembira Bersama Mereka ^_^



Semalam Fyqah gembira sangat walaupun penat seharian berjalan. Fyqah gembira sangat dapat berjumpa dengan orang-orang yang Fyqah sayang <3

Semalam mak Fyqah balik daripada China. Yeah! Banyak sangat cenderamata mak belikan untuk Fyqah dan adik-beradik Fyqah yang lain. Tapi ada 2 barang ni yang menarik perhatian Fyqah. Fyqah suka sangat benda ni.Tapi mak Fyqah suruh kongsi. 


Ini dia camera keychain dan juga MP3. Kedua-dua barang ini menggunakan memory card. Unikkan?Kamera keychain tu bukan sahaja boleh menangkap  gambar tapi juga boleh membuat video.

okay kita tukar topik. Semalam Fyqah dapat juga melepaskan kerinduan Fyqah kepada Qis dan Danish setelah beberapa bulan Fyqah tak jumpa diorang. 
#Aww..diorang tetap comel <3

Qis sekarang sudah berusia 3 tahun tapi masih tidak boleh berjalan. Kesian dia.Fyqah mohon kawan-kawan yang membaca entry ini mendoakan agar Qis dapat berjalan satu hari nanti. Insyaallah :')

Semalam kami sekeluarga melawat pak uda. Ingat tak post Fyqah yang lepas fasal Pak Uda  yang masuk ke hospital??Fyqah tak pastilah ada ke orang baca fasal post Fyqah tu, tapi kalau awak semua nak tahu tekan sini.
Program Skor A Prinsip Perakaunan :)

Doktor sudah mengesahkan Pak Uda mengalami penyakit barah hati. Fyqah terkejut sangat. Kesian Pak Uda. Doktor cakap penyakit Pak Uda dah teruk sangat.Tapi Fyqah tahu Allah itu Maha Kuasa. Pasti ada jalan untuk menyembuhkan penyakit Pak Uda. Kawan-kawan doakan Pak Uda ye :')Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Fyqah yakin pak uda kuat untuk menghadapi semua ini. Allah sayangkan Pak Uda sebab tu Allah bagi ujian ini kepada Pak uda.Betul tak??

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s: kepada pembaca semua,kalau ada cadangan tempat untuk merawat  Pak Uda dan Qis,sila tinggalkan komen anda ye.Insyaallah nanti kami sekeluarga cuba ikhtiar.





2 comments:

  1. wahhh, pelik bin ajaib camera tu... fuyooo....

    btw, semoga pak uda sis tu tabah menghadapi semua itu.. hurm... insyaAllah, semoga Allah memberikan pertolongan pd pak uda sis..

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail