Wednesday 6 June 2012

Terima Kasih Kak Nadia :')

Terharu. Itu sahaja yang dapat Fyqah ungkapkan semalam apabila kak Nadia telah memuat naik video dia yang bertajuk SPM(Hayya Ala' Al Falah). Mungkin ada kawan-kawan yang belum tengok video kak Nadia. Oleh itu, Fyqah syorkan kawan-kawan tengokla. Moga video kak Nadia memberi inspirasi kepada kita semua terutama kepada kawan-kawan yang akan menduduki SPM seperti Fyqah bagi tahun ini.



Sebenarnya hari tu, kak Nadia ada menyatakan haasratnya kepada Fyqah untuk membuat video untuk Fyqah dan semua calon SPM 2012.


kak Nadia: akak rse nak wat video dedication untuk shafiqah spm   spm ble dear?
Fyqah: video dedication???hehe ssh je la kak  spm awl buln 11 rsanya.
kak Nadia: hehe shafiqah tk ske ke? 
Fyqah:suke3..hehe tp menyushkan akk pula nnti.
kak Nadia: tak susah  nak jugaa  heheee harap boleh
 bagi inspirasi  nasihat inshaAllah  amiin 



Thanks a lot kak Nadia Syamila. Akak baik sangat. Pertama kali Fyqah jumpa orang sebaik kak Nadia. 
Fyqah tak tahu nak cakap apa. Kak Nadia hari tu ada tolong Fyqah buat design untuk Star Mag Inc.
Cantik sangat. Ini dia hasil kerja Kak Nadia.


Cantik kan??? Terima kasih kak Nadia. Fyqah ingat nak jadikan cover untuk newspaper group Fyqah nanti.Fyqah akan bincang dengan kawan Fyqah, Sue nanti. Insyaallah Sue setuju.

 Bercerita berkenaan dengan Star Mag Inc, surat khabar masih kosong lagi. Esok Fyqah dan Sue nak jumpa kat McD bagi menyiapkan projek ni. Tadi petang Fyqah baru siapkan survey. Survey fasal pendapat vlogger dan blogger tentang English in Social Network. Ini hasilnya.


Pendapat Abg Ariff yang paling panjang. hehehe.Fyqah agak sedih juga sebab tak dapat pandangan kak Aisyah tentang English in Social Networks. Tapi tak apalah mungkin kak Aisyah sibuk :)
Anyway, Fyqah nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kak Nadia, Abg Ariff, Abg Haziq dan Abg Azfar kerana sudi memberi pandangan mereka tentang English in Social Network :)

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail