Monday 9 July 2012

Surat Buatmu Sahabat :')


Buat sahabat yang dikasihi,

                    Sudah hampir setahun kita tidak jumpa awak. Hari terakhir kita berjumpa dengan awak awal tahun 2011. Masih segar dalam ingatan kita keadaan awak ketika itu. Hampir menitis air mata kita bila kita melihat keadaan awak macam tu. Namun kita tabahkan hati juga agar kita tidak menangis di depan awak dan kawan-kawan yang lain.


                    Fatin, awak masih ingat tak kenangan kita? Kita rindu sangat saat-saat bahagia yang kita lalui bersama sepanjang persahabatan kita.Kita rindu lawak awak. Kita rindu nak main teka-teki dengan rindu.Kita rindu nak makan bersama awak, Mawaddah, Wafa dan Ezzaty bila waktu rehat. Kita rindu semua perkara yang pernah kita hadapi bersama. 


                      Kita kenal dari sekolah rendah lagi. Dulu awak seorang yang periang.Awak suka buat lawak. Semua orang temasuk kita suka berkawan dengan awak. Kita selalu main teka-teki dengan awak. Pernah suatu hari awak cakap dengan kita "Awak suka main teka-teki eak?" Ye awak,kita suka main teka-teki dengan awak sebab awak sudi menjawab teka-teki kita. Kita akan sama-sama ketawa kalau jawapan tu merepek :') hehehe


                        Birthday kita berdua beza 6 hari. Sebab tu kita senang nak ingat tarikh lahir awak.Kita lahir 24 Jun manakala awak 30 Jun. Hari terakhir awak wish birthday kita masa tahun 2010. Kita sedih tau sebab awak tak wish birthday kita tahun lepas dan tahun ni. Kita merajuk dengan awak. hehe :') Masih segar dalam ingatan kita hari kali terakhir awak tersenyum bila kita wish birthday awak. Masa tu 30 Jun 2010,hari Rabu kalau tak silap kita. Sepanjang hari Rabu tu kita wish 'Happy Birthday' kat awak. Awak ingat lagi tak? Awak cakap dengan kita 'Berapa kali nak wish la?". Kita gelak je masa tu. hehe :')


                     Sejak dari Form 1 lagi kita  sering berlima. Setiap hari kita berlima mesti rehat bersama-sama. Dulu,setiap kali kita ikut mak kita pergi rombongan, kita tak pernah lupa belikan awak semua cenderamata. Best sangat time tu :') Pernah sekali kita bagi awak semua pen daripada Petrosains, Mawaddah, Wafa dan Ezzaty berebut masa kita letak pen tu atas meja. Awak je tak berebut. Last-last awak dapat pen yang dah rosak. Pastu kita tukar pen kita dengan awak. Awak ingat lagi tak??


                     Kita perasan perubahan pada wajah awak sejak dari Form 2 lagi. Ain pun perasan. Tapi kita tak tanya pun kenapa. Maafkan kita eh awak :'( Mungkin kita bukan kawan yang terbaik untuk awak. Masa Form 2 berlaku sesuatu yang aneh kat awak. Kita masih ingat lagi. Pagi tu, masa kita datang sekolah semua sibuk cerita awak kena patuk ular. Terkejut juga kita masa tu. Kita pelik macam mana ular boleh berada kat dalam meja awak. Cikgu cakap mungkin meja awak dekat dengan pintu sebab tu ular duduk dekat bawah meja awak. Kesian awak.


                    Naik Form 3, awak dah tak rehat lagi dengan kita semua. Kenapa eak awak? Awak nampak lain sangat. Awak dah tak banyak cakap. Kita selalu nampak awak bersendirian. Tapi kita tak tegur pun. Kita takut nak tegur awak. Kita tanya juga Mawaddah, Wafa dan Ezzaty. Diorang  ada cakap sebabnya tapi kita tak ingat. hehe :') Awak nak tahu tak, masa kita dapat tahu kita kena pindah kelas masa Form 3, kita sedih sangat. Kita sedih nak berpisah dengan awak semua. Hampir 2 bulan kita baru dapat menyesuaikan diri dengan kelas baru. Dalam masa 2 bulan tu juga kita selalu menangis. Tapi alhamdulilah kita dapat juga menyesuaikan diri.


                   Awak nak tahu tak, awal pertengahan 2010, kita pula keluar dari group  tu. Kita sebenarnya rasa bersalah kat Ezzaty. Kita takut nak jumpa Ezzaty masa tu, sebab tu kita ambil keputusan tak rehat lagi dengan dia. *Maafkan kita Ezzaty atas apa yang berlaku dulu :(*
Pernah satu hari tu, kita nangis kat kelas BI. Masa tu, semua kawan-kawan yang prihatin tanya apa yang berlaku pada kita. Sampai sekarang ramai yang tak tahu apa sebab kita nangis. Ada yang cakap kita nangis sebab makan sambal pedas sangat.haha.kelakar kan wak? :') Kita nak ceritakan kat awak, tapi kita nak awak sembuh dulu.


                     Awak semalam kita seronok dapat sama-sama celebrate Ulang Tahun Kelahiran awak yang ke-17.Satu hari kita dapat luangkan masa dengan awak sangat menyeronokkan. Kita harap kehadiran kita, Ain, Mawaddah dan Sue dapat membantu menyembuhkan penyakit awak.Kita gembira dapat lihat awak tersenyum semalam.Kita tahu awak nak cakap sesuatu tapi awak tak boleh nak keluarkan kata-kata awak.Awak bersabar ye.Insyaallah satu hari nanti Allah akan kembalikan awak yang dulu.Kami semua sentiasa mendoakan awak.Awak,semalam sebelum kita bertolak pergi rumah awak, Ain ada tunjukkan SMS yang ayah awak bagi kepada dia. 



                  Kita sedih juga baca SMS ni. Hampir menitis juga air mata kita. Tapi kita kena control cool depan Sue dan Ain :')  Awak nak tahu tak, semalam kitaorang buat air tak jadi. Semua salahkan kita :( Yelah kita mengaku kita yang salah sebab suruh Sue tuang ibu oren tu banyak-banyak sampai tinggal suku je. hehe. Mak Ain cakap 'Biasalah tu anak dara buat air manis' hehe :')  Awak kita nak tunjukkan gambar yang sempat kita ambil semalam menggunakan handphone kita yang murah..hehe :') Gambar yang lain semua pada Mawaddah :')

#Maaf pic tak clear. Biasalah enpon murah :)

#Awak tahu tak semalam Mawaddah makan banyak :'D

#Kelakar kan muka Ain..haha  :'D

#Sue suapkan awak kek coklat.Sedap tak? :')


                                 
                     Kita ternampak awak pegang kad yang kita orang bagi kat awak. Kita suruh Mawaddah bacakan untuk awak. Awak dengar tak??Kami semua rindukan awak. Awak cepat sembuhnya.Nanti kalau awak dah sihat, kita boleh tengok Spongebob sama-sama . Awak suka Spongebob kan? :') Awak tahu tak, kita hampir nak nangis bila mak awak cerita awak peluk Spongebob yang Mawaddah,Ezzaty dan Wafa bagi awak :') Tapi kita terpaksa kuatkan diri agar tidak menangis depan awak sebab kita tak nak tengok awak nangis sama :') Ain pun dah bagi amaran dekat kita jangan nangis depan awak.

                      Awak tahun ni kami semua akan menghadapi SPM. Sudah hampir 2 tahun awak mcam tu. Kita sedih tengok awak. Kalau awak dah sihat nanti, kita nak awak baca post ni. Kita nak awak tahu, kami semua SAYANGKAN AWAK <3. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan awak. Kita tahu awak kuat menghadapi ujian yang Allah berikan kepada awak. Awak sabar ye. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku :')

                       Akhir kata, kita nak minta maaf sekiranya kita pernah menyakitkan hati awak sepanjang persahabatan kita. Happy Belated Birthday Awak!!! <3 KITA SAYANG AWAK! <3 :') Kita harap kita dapat tengok awak tersenyum lagi. Semoga cepat sembuh ye. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan kita. Kita bersyukur kerana Allah pertemukan kita dengan sahabat seperti awak. Sekian sahaja daripada salah seorang kawan yang AWESOME :'D I LOVE YOU ^_^ <3

Yang benar,
Fyqah
(Your Awesome Friend)

                                                                                                                               
                           

1 comment:

  1. menitis air mata ena membca suratan ini mengenangkan penyakit kawan sis dengan persahabatan suci sis ini... Ya Allah, semoga kawan sis tu cepat sembuh dan happy bufday to her... May Allah bless ='D

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail