ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....
Apa khabar kawan-kawan semua? Fyqah harap kawan-kawan berada dalam keadaan sihat walafiat.In Sha Allah :) Hari ni Fyqah nak kongsi cerita 3 hari lepas...Hehe.. Sebenarnya, Fyqah memang nak post entry ni 3 hari lepas,tapi kan, penyakit malas Fyqah datang pula masa tu so Fyqah tangguhkan dulu dan post cerita yang berlaku 3 hari lepas pada hari ini. Okay okay Fyqah tahu awak semua excited sangat nak tahu cerita Fyqah yang awesome ni kan?? hahaha *penghaaasaaaaan* Sebelum tu,awak semua kena tarik nafas panjang-panjang sebab cerita Fyqah ni lebih daripada 4 helai kertas A4 tau.Hewhew *joke*
17/2/2013 merupakan ulang tahun kelahiran 2 orang kawan Fyqah. Siapakah mereka?? Bacalah entry ini sampai habis kalau nak tahu..Hehe.
Cantik tak nenek hot ni?? hehe.. Haruslah cantik macam cucu dia ni..Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai..haha..Kalau Puan Hamidah baca ni.Mampuihh Fyqah >.< Well, she's Ain and she's my BFF since primary school. Actually,masa sekolah rendah dulu Fyqah tak lah rapat sangat dengan Ain,.Kami mula rapat masa Form 4 :) Dan kami bertambah rapat masa Form 5 sebab masa tu Ain selalu kongsi masalah dia kat Fyqah dan Fyqah pun selalu kongsi masalah Fyqah kat Ain. She's a good friend :) Semenjak Fyqah berkawan dengan Ain, adalah perubahan sikit dalam diri Fyqah. Kalau dulu Fyqah berbisik bila cakap dengan orang.Tapi sekarang, suara Fyqah dah kuat sikitlah.Ni semua sebab Fyqah berkawan dengan nenek tu lah..haha *joke*
This is Amaliyana.Kawan Fyqah semenjak dari Form 1 lagi.Masa Form 4 kami berpisah sebab Amal berpindah ke Sekolah Sains Muar.She's really nice person. Semua orang suka sangat berkawan dengan Amal ni. Amal ni tersangatlah sempooooi. She's also a good photographer. Gambar-gambar yang dia ambil semuanya cantik,seriously ^_^ Dulu masa kat sekolah,dia ni kuat tidur tapi otak dia boleh tangkap apa yang cikgu cakap walaupun matanya tertutup.Hebat kaaan? Fyqah rasa nak je tukar otak Fyqah dengan otak Amal sebab dia ni pandai sangat.Kat sekolah pun dia aktif. Memang hebat la Amal ^_^ Tapi setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Mungkin itulah kelebihan yang Allah bagi pada Amal,kan? :)
*2 hari sebelum birthday Ain, Fyqah sms Sue :)*
Fyqah : Salam Sue..Ahad ni birthday Ain kan? *Sejujurnya Fyqah terlupa tarikh lahir Ain.So Fyqah check it out kat wall fb Ain..Hehe*
Sue : Yes! Nak celebrate tak?
Fyqah : Naaakkkkk! *excited*
Lebih kurang macam tu perbualan Fyqah dan Sue :) Sebenarnya,panjang lagi tapi malas nak menaip :3 So, hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Fyqah,Sue dan Ieka menyambut kelahiran 2 orang kakak kami iaitu Ain dan Amaliyana ^_^ Birthday Amal, 8/2 . So,here some of the photos that had been taken :)
Snap pic before going to mall.Fyqah pergi dgn Bihah.Saja nak buat peneman..Hewhew :)
Amal dan Ieka dah penat tunggu Sue yang pergi entah ke mana dgn BF dia.Penat k tunggu Sue :3
Happy Birthday Amal and Ain!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki ^___^
Amal buat muka comeeeeeel >.<
Amal become speechless.Hehe..Terharu sangat la tu :p
Ain as usual control cool je..Dalam hati dia,hanya Allah je yang tahu :)
With birthday girls <3
Amboooi sukanya nenek dengan beg baru dia tu.
First time jalan kat atas jejantas.Seriously jakun..wkwkwk >.<
Nak tahu tak,kasut Fyqah tercabut masa tengah jalan kat mall dengan Bihah.Fyqah jalan macam orang sakit kaki.Semua orang tengok..Maluuuu *tutup muka dgn baldi*
To Ain and Amal : Terima kasih kerana sudi berkawan dengan kita. Kita bersyukur sebab Allah pertemukan kita dengan awak berdua dan kawan-kawan yang lain. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai ke syurga.In Sha Allah.Lepas result SPM keluar, kita tahu awak semua akan sibuk dan mungkin kita tak dapat meraikan Birthday awak berdua macam ni lagi *lap hingus* Apa-apa pun kita tak akan pernah lupakan kawan-kawan kita :') Kita akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak semua.In Sha Allah :')
Lepas je celebrate birthday Ain dan Amal,balik rumah Fyqah snap pic untuk seorang lagi birthday girl :) Who is she?? *buat-buat tak tahu*
She is Siti Aishah binti................... *lupa lagi >.<* Sebenarnya,Ecah ni kawan Fyqah kat Ask Fm :) Ecah merupakan gf Adib. Errmmmmm..I have something to share about Adib but maybe you'll know at the end of the entry :') Okay tak nak sedih-sedih dulu.Lets continue story about Ecah. What can I descrbe about Ecah, she's funny. Suka buat lawak dan pandai menyembunyikan kesedihannya dengan orang lain.Tapi setiap kali dia ask Fyqah,mesti dia menangis.Why??? Okay maybe this is the right time I want to share with you about Adib. Seandainya awak ada baca entry Fyqah yang lepas mengenai Adib, Fyqah nak maklumkan bahawa
MOHAMMAD ADIB BIN ABDULLAH AFFAN TELAH PUN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA PADA 17 FEBRUARI 2013.
Seriously,Fyqah terkejut sangat masa dapat berita ni daripada Ecah.Fyqah rasa semua yang berlaku ni terlalu pantas.Padahal masa tu, Ecah baru bagi tahu Fyqah yang Adib wish birthday dia pada pukul 11.14 malam.
Hal ini yang membuatkan Ecah selalu menangis setiap kali Ecah ask Fyqah. Fyqah kesian sangat kat dia. Yelah sape tak sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.Tambahan lagi, pada hari yang cukup bermakna dalam hidup kita. Apa-apa pun Fyqah akan sentiasa bagi sokongan buat Ecah agar dia redha atas pemergian Adib.
So here some of the photos that I had made for Ecah :')
Akak tahu Ecah akan nangis bila tengok pic lelaki tu.Sorry :'(
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
Okay tak payah nak kutuk-kutuk tulisan Fyqah eh.Fyqah cepuk kang baru tahu..haha..Jangan marah Fyqah gurau-gurau jelah.Maaf sebab tulisan tak lawa sebab dah lama sangat Fyqah tak menulis >.< Well, ni je yang Fyqah mampu buat untuk kembalikan semangat Ecah. Ecah selalu mengadu kat Fyqah yang dia asyik teringatkan Adib. Semua yang dia buat,mesti terkenangkan Adib. Kadang-kadang Fyqah tak tahu nak cakap pe lagi. Fyqah hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Ecah :')
Haritu,mom Adib ask Ecah.
Shooooo Shweeeeeeeeeet sangat kaaan? :') Sportingnya mom Adib. Fyqah rasa kisah percintaan Ecah dan arwah Adib ni bagai sebuah drama TV. Kadang-kadang Fyqah pun sebak bila baca semuanya yang Adib pesan kat Ecah sebelum dia pergi. Namun Allah lebih menyayangi Adib :")
To Ecah Swifty perasan cute..haha *joke* : Akak harap Ecah dapat menerima segala qada' dan qadar Allah. Akak tak nak Ecah bersedih. Ecah masih muda. Perjalanan hidup Ecah masih panjang. Akak tahu,Ecah mesti bosan sebab akak asyik ulang benda yang sama je,kan? Akak tak tahu nak cakap pe lagi dengan Ecah.Hanya ini yang akak mampu ingatkan. Ecah kena kuat untuk hadapi semua ini.Ersalina Imani pada Zain Hakimi Ecah kena kuat.Okay akak dah tak tahu berapa kali akak ulang ayat yang sama :'3 Ecah kenalah sentiasa bersangka baik dengan Allah.Apabila kita sentiasa positif (bersangka baik kepada Allah),Allah akan menjadikan kita kuat :') Ecah jangan sedih-sedih lagi tau.Akak nak Ecah yang dulu.Sentiasa ceria dan suka buat orang lain tersenyum. Ecah ingatkan pesan Adib, dia tak nak Ecah sedih kalau dia tak ada lagi kat dunia ni. Kalau Adib tahu Ecah sedih,mesti Adib pun sedih juga :') Last but not least, akak nak pesan kalau Ecah rasa sedih dan teringatkan Adib, Ecah ambil wudu' kemudian solat dan banyak baca Al-Quran.In Sha Allah hati Ecah akan kembali tenang. One more thing, Allah itu Maha Mendengar so Ecah kenalah banyak mengadu padaNya.Ingat Allah sentiasa berada di sisi Ecah :') Thats all for you dear.Sorry sebab membebel :'3
Kawan-kawan yang sedang baca entry ini,boleh tak Fyqah nak minta sesuatu?? Boleh tak Fyqah nak minta masa awak semua sekejap untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Adib.Al-Fatihah :')
Terima kasih banyak-banyak.Semoga Allah merahmati awak semua :')
Fyqah rasa cukuplah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')
To Adib : I really miss to see your answer everytime I ask you.Sekarang semuanya tinggal kenangan.Ramai orang di sini sayang kat you tapi apakan daya ,Allah lebih menyayangi you. Semoga you tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.Amin :')
Di saat kita menyayangi seseorang itu,ingatlah bahawa Allah lebih menyayanginya :')