Wednesday, 6 February 2013

Tips Nak Score Add Math :)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hai sayang-sayang sekalian.Ayat minta penampor memang macam ni.Hehe.You miss me??Alolo kesian you olls.Baru beberapa hari Fyqah tak update dah rindu.Hahaha.Okay lawak hambar di permulaan penulisan ini.Hehe.Penyakit malas semakin hari semakin menjadi-jadi pula kebelakangan ini untuk menulis blog.Maaf ye.Fyqah bukan tak ada masa tapi ketandusan idea.Maklumlah,tak ada benda yang menarik dalam hidup Fyqah sepanjang cuti ini untuk dikongsikan bersama awok-awok semua.

So,hari ini Fyqah nak kongsikan kat semua pembaca terutama adik-adik yang ambil subjek Add Math kat sekolah.Tak akan kat hospital pula kan.Hikhikhik *ketawa sambil tutup mulut dgn plastik*
Fyqah selalu terbaca Tweet/Status adik-adik pasal Add Math.Macam-macam :)

'Susahlah Add Math'
'Boleh tak nak drop Add Math'

Tak  ada benda yang senang kat dunia ini wahai adik-adik yang kak Fyqah sayangi sekalian.Dulu masa adik-adik kecil-kecil nak belajar ABC,adik-adik pun mesti rasa ABC tu susah sangat.Tapi bila dah belajar,alahai macam makan kacang je kan?Macam tu juga Add Math :) That's why you need to work harder.Ceh,kak Fyqah cakap ni macam Add Math dapat A+ je kan dalam SPM.In Sha Allah.Doakan ye.Bukan Add Math je tapi untuk semua subjek :') Hehe

Back to the topic,kak Fyqah mengaku,kak Fyqah bukanlah pandai sangat Add Math,tapi syukur Alhamdulilah,selama 2 tahun kak Fyqah belajar Add Math,kak Fyqah tak pernah gagal :) Bukan nak berlagak tapi akak cuma nak berkongsi je. To tell the truth,kak Fyqah suka Add Math sangat-sangat.So,hari ini kak Fyqah nak kongsikan tips nak score paper Add Math.At least LULUS pun kak Fyqah rasa ramai orang yang akan melonjak kegembiraan kan.Hehe ^_^ Tapi tak naklah sekadar lulus je kan.Kalau boleh mestilah nak dapat yang lebih baik :)

1.Tanamkan minat
- Setiap apa yang kita lakukan mestilah atas minat kita sendiri.Kalau kita tak minat nak buat sesuatu perkara tu,memang susahlah.Kita tak boleh nak paksa diri kita untuk suka sesuatu benda tu.So,apa yang perlu kita lakukan adalah menanam minat dalam diri kita sendiri.Adik-adik kena belajar menyukai Add Math.Actually,bukan Add Math je tapi semua subjek.Tanamkan minat dalam diri adik-adik untuk belajar.In Sha Allah adik-adik akan mudah untuk faham dan belajar sesuatu perkara itu.Kalau adik-adik tak minat juga,adik-adik kena tetap belajar untuk menyukainya.Adik-adik cuba fikir positif.Add Math best pe dapat main-main dengan nombor.Pastu Add Math juga mencabar akal dan minda kita.Ahh.Kan best tu.Ada cabaran,So,lepas ni adik-adik kena selalu cakap "Bestnya Add Math.Bestnya Add Math" atau apa-apa saja yang boleh menaikkan semangat adik-adik untuk belajar Add Math.Mudah kan? :)
  
2. Fahamkan konsep
-Bila adik-adik dah mula menyukai Add Math,adik-adik kena fahamkan konsep setiap bab.Bila adik-adik dah betul-betul faham konsep semua chapter,In Sha Allah lulus dalam genggaman adik-adik.Itu yang selalu cikgu Add Math akak dulu beri tahu dan Alhamdulilah ramai kawan-kawan kak Fyqah yang sebelum ni tak pernah lulus Add Math, berjaya sampai ke tahap lulus setelah betul-betul faham sesuatu konsep Add Math :)

3. Banyakan buat latihan
- Bila dah betul-betul faham konsep,adik-adik kena apply kan dengan membuat latihan banyak-banyak.Orang putih kata , " Practise makes PERFECT! " Yeah! I really agree with this quote.Bila kita banyak buat latihan,lama-lama kita makin faham dan boleh jawab semua soalan Add Math walau susah macam mana pun. Kalau adik-adik tak buat exercise bila cikgu dah terangkan konsep,nanti adik-adik boleh terlupa macam mana nak buat.Sebab tu kena terus buat exercise bila cikgu dah terangkan konsep :)

4. Buat soalan SPM yang lepas
- Ini adalah tips yang paling penting .Tiap-tiap tahun,soalan Add Math SPM selalunya akan diambil daripada soalan SPM tahun-tahun yang lepas.Kalau takpun,soalan tu diubah sikit-sikit.Dulu,cikgu Add Math kak Fyqah selalu suruh akak dan rakan-rakan buat latihan soalan Add Math SPM tahun-tahun yang lepas.Cikgu kak Fyqah suruh kami buat berulang-ulang kali sampai kami nak muntah bila dapat soalan macam tu.Alhamdulilah,akak rasa masa SPM 2012,kebanyakan soalan yang keluar adalah soalan yang pernah akak buat dan ada soalan yang hampir sama dengan soalan past year yang pernah akak buat.Seriously.So,bagi adik-adik yang bakal menduduki SPM tahun ni,banyakanlah buat soalan past year :)

5. Kongsi Ilmu
- Tips ni yang paling akak suka lakukan.Akak suka ajar kawan-kawan akak subjek Add Math. Bila kita ajar orang sebenarnya kita ajar diri kita juga sekali gus kita akan bertambah faham. So,jangan kedekut ilmu yang awak ada walaupun ilmu yang awak ada itu sebesar zahrah sekalipun.Tak baik kedekut ilmu tau *kenyit mata*

6. Banyakan berdoa
- Doa itu SENJATA ORANG MUKMIN. Orang yang berjaya tapi tak pernah sujud kepada sang Penciptanya dianggap sebagai orang yang SOMBONG. Ingatlah bahawa Allah yang bagi kita kejayaan itu bukan sebab kita ni pandai ke apa.Semua itu pmberian daripada Allah.Jadi,kita tak boleh la berlagak.Adik-adik kena selalu berdoa kepada Allah.Mintalah apa-apa yang adik mahukan :)In Sha Allah,Dia akan memakbulkan doa adik-adik :) Kalau dah berjaya jangan lupa ucap ALHAMDULILAH, okay? :)

7. Tuisyen Add Math
- Seandainya adik-adik nak lebih faham atau susah nak faham apa yang cikgu ajar kat kelas,kak Fyqah sarankan adik-adik pergi ke kelas tuisyen.Selalunya bila kita belajar banyak-banyak kali baru kita lebih faham.So,lebih baik pergi ke kelas tuisyen :)

So,sekarang ubah persepsi adik-adik semua yang sebelum ni mengatakan " I HATE ADD MATH " kepada " I LOVE ADD MATH" Boleh kan? :D In Sha Allah,lama-lama nanti adik-adik akan 'falling in love with Add Math' Trust me ^__^


Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Kak Fyqah harap tips ni berguna untuk adik-adik semua. Fyqah nak minta maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Thank you so much to my beloved Add Math teacher,Miss Ong,Encik Zabha,Puan Wan Nur Atikah and my tuition teacher,Puan Hamidah for teaching me Add Math.May Allah bless you and all my teachers :')

37 comments:

  1. mungkin nampak susah ..tapi bila dah belajar dan abis study nnti tgk add math tu senang

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. addmath arghh ! dulu akak study macam nak mati tapi alhamdulillah dapat B dalam SPM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaah..akak kira teror la tu dpat B add Math masa SPM.Congrates! ^_^

      Delete
  4. ena minat sungguh add math.... memang kalau kelas add math je dlu, semangat gila.. dari mengantok terus tak mengantok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haga.Fyqah pun minat tapi Fyqah selalu ngantuk kat kelas :3

      Delete
  5. assalamualaikum..saya pelajar form 4..ujian 1 baru2 nie dapat 43% je..okey ke?? ada harapan lagi ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..43% is not so bad..of course awk masih ada byk peluang. cuba awk guna tips yg kta bagi, mana tau berguna utk awak. Good luck kay. Jgn mudah berputus asa. Make sure awk fahamkan konsep every chapter. In Sha Allah, awak boleh buat :)

      Delete
    2. terima kasih..baru2 ni saya dapat A.terima kasih banyak...

      Delete
    3. Alhamdulilah..glad to hear that. Teruskan usaha kay! ^_^

      Delete
  6. as'salam.. akak, saya pelajar f0rm5 ... bila exam je gagal... markah sekitar 12/100 ... dlm spm nanti ada harapan utk lulus ker?? ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nothing impossible awak. Put more efforts. Selagi ada sisa2 waktu ni,cuba fahamkan konsep setiap topik. In Sha Allah lulus tu dlm genggaman tgn awak. Dont give up okay. Akak doakan awak berjaya :)

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Macammana nak pick up dlm subjek mengira ni? Susah laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takmo la ckp susah..bila awk dah set mind awakk susah, bnda tu akan jadi susah. think positive,okay.. bykkan buat latihan and fahamkan konsep betul2..In Sha Allah awak boleh score. Good luck girl! ^_^

      Delete
  9. addmath(matematik)...bila kita pandai..inshaallah..subjek lain akan follow..sng citer math nie macam otaklaa..hmm..dan stu lg gnenya addmath nie utk hobi hacking aq...majulah hacker utk islam!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuuu hackeer o.O Good luck hacker! Hack utk tujuan kebaikan tau. Moga Allah permudahkan urusan ^_^

      Delete
  10. Asalamualaikum
    Akak,saya xpernh lulus addmath sjk f4.thn ni sya f5.saya kalu buat addmath kalu xtgk formula mesti xleh..ktakanlah nnti up1 saya lulus cukup2 mkn Ja 40%..tapi yg tu baru up1 dh 40%sedangkn topil sikit Ja.belum masuk ppt SPM..akak..ap yg sya kena buat..hati sya berbelah bhgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam awak. Maaf lambat reply. Okay camni
      Awak kena bykkan buat latihan. In Sha Allah lama2 nnti awak dah boleh ingat formula. Cara yg boleh akk cadangkan, in case awk xdpt jwpn, awak tgk je jwpn yg diberi. Kalu tak pham tnya cikgu. Its okay awk tgk answer working klau awk xdpt jwpn. Then awak buat blik soalan yg sama tnpa refer jwpn pula. Add math ni soalan dia ulang2 je wak. Yg penting awk kena fham konsep and slalu buat latihan. Awk try cara ni dulu. Pape roger akak eh. All the best awak! ^_^

      Delete
  11. Akak sya pun xpndai addmt sy xpernah lulus this year exam spm takut sgt addmt n akaun rasa nk give up nk ngis jaa buat latihan lpastu kdg xdpt jawapan buku tu plk xdk jln kiraa

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak jgnlah ckp mcm tu..mna ada orh xpndai..smua org pndailah..apa kata awak try cari buku exercise yg ada answer working..akk rasa byk buku exercise yg ada answer working..check dulu btul2 bfre beli. Dont give up my dear. u just need to work harder. Since akk pon amik course akaun, in case awak xtak paham apa2 awak boleh contact akk eh..for addmath, i will try my best to help u :)

      Delete
  12. Er hi? Saya actually memerlukan pendapat seseorg tentang masalah saya ni. Saya dlm aliran acc and saya dah bercadang untuk drop add maths and nak gantikan dgn seni. Saya dah bagitahu cikgu saya tapi masih belum hntr surat. So tetiba saya terdetik untuk buat research psl format spm seni and all, saya okay je tapi the problem is nak kata saya pandai melukis ni takda la pro pastu dengan kerja kursus nya. Saya baru nak apply jadi ada kemungkinan besar saya akan terlambat sedikit. Jadi selepas saya buat research tu saya tetiba terasa aku boleh buat ke ni...... Saya tetiba buntu. Masih nak drop add maths ke? Nak apply seni jugak ke? Apa patut saya buat? Saya sgt memerlukan nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. That kind of feelings biasa berlaku. Apa yg awak lebih minat? Addmaths or arts? Klau awak minat arts, just proceed with it. Klau awak yakin awk boleh bawa seni lebih baik drpd addmath, awak drop je addmath. Sokay. Skill melukis tu boleh lagi diperbaiki dri semasa ke semasa. Practice makes perfect. Satu benda yg boleh lakukan skrg adalah ISTIKHARAH. Doa byk2, In Sha Allah, Dia akan berikan awak petunjuk. Good luck awak!

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. SAYA FORM 4 THN NI.. EXAM ADD MATH SYE JUMAAT NI, ADE EXAM KT TUTION DPT 17 MARKAH JE.. AWK RSE BOLEH KE SYA LULUS NNTI?
    SAYA SUKA ADD MATH, DAN HARAP BOLEH DPT A+ SP NNTI.. TPI BIL RESULT TUTION MCM NI RSE MCM PUTUS ASA JE.. TOLONG DOAKAN :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah boleh awak. The most thing dont give up okay. I wish u all the best. If u need any help, u can ask me :)

      Delete
  15. Akak sya nk tnya pendapat akak.. Sya pelajar form 4 dan kls sya ada addmath dan akaun.. Sya sngt lemah dlm bab mengira tapi sya suka akaun.. Cikgu di sekolah ada buka peluang untuk sesiapa yg nk tukar aliran lain jdi sya brcadang nak tukar kls perdangan ..sya juga brcdng nk ambik akaun sbgai subjek tambahan msa spm nnti.. Pada pndapat akak sya patut stay je kls tu or tukar kls perdagangn.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak! Sorry sebab lambat reply. Pada pandangan akak, kalau awak dah minat akaun, awak tukar la ke perdagangan. Its about ur future dear, your future your choice. All the best awak! ^_^

      Delete
  16. Akk Fykah, saya bdk f4. Buat masa ni saya baru gagal sekali dlm 4 ujian. Saya mmg minat sgt dgn addmath. Tapi markah tk tinggi.Akk rasa saya ada peluang ke nak skor at least -A dlm subjek addmath ni? Tapi seriously , kalau akk ada whatsapp boleh ke sy nak tanya apa² psl addmath ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak! In Sha Allah awak mesti awak boleh. Macam akak cakap, konsep tu akak kena faham. Klau awak faham, In Sha Allah apa bentuk soalan yg dtg pun awak boleh jawab. Boleh je. Awak leh contact akak di twitter @pyqah95. All the best awak!

      Delete
  17. Saya form 5 tahun depan..tahun addmath xpenah lulus kak..perit wooo..nk drop xleh..kene paksa gak..saya dh try hard kak..mmg xleh paham jalan kire..otak saya mmg bukak addmath punye budak..ade idea x kak ?

    ReplyDelete
  18. awak faham tak konsep setiap topik? fahamkan topik then slalu buat latihan.. try basic konsep dulu pastu sikit2 try buat soalan yg susah2.

    ReplyDelete
  19. Pening....Nie aduh Tahun nie form 4 sya baru lepas PT3 alhamdulillah result PT3 ok saya ditarik masuk dlm kelas sains masalahnya math sya gagal hahaha x pernah lulus dari skolah rendah sampai result PT3 tpi ckgu sedap sya masuk sains yg penuh dugaan Math and addmath risau sya entah knapa lahh x penah lulus....saya nk pendapat akak bagai mana situasi saya nie...kna buat surat rayuan untuk drop aliran sastera bagaimana pendapat akak..??? Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak klau takut nak amik risiko, better awak buat surat rayuan utk tukar ke kos lain. You have to believe in yourself if you want to take the risk.Tapi kalau awak yakin awk tak boleh nak bawa, jangan amik risiko masuk klas sains. Its about ur future. Bila awak dah start, awak kena akhirkan wlau susah mcm mna pun. Itu pandangan akak. Apa2 pun keputusan ditgn awak. Good luck dear! Moga dipermudahkan :)

      Delete
  20. Addmath(^_^)..bagi sy mudah aje kalau dah faham konsep😋..thun ni sy spm..doakan sy dpt A+ addmath ye

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail