Monday, 4 February 2013

Hangout Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Jalan-jalan cari makan.lalalala..Hehe..Okay tak tahu nak mulakan entry ni macam mana.Otak den tak nak berfikir pula pagi-pagi ni.Eh,pagi ke? hehe :p

Hari tu kan busu tanya Fyqah :

Busu : Iqah nak pergi mana-mana ke? 
Fyqah: Ermmm..Nak pergi Pavilion.
Busu : Nak buat pe? 
Fyqah : Entah..Rasa macam nak pergi situ.
Busu: Okay nanti busu bawa.Hari ni busu nak kena hantar barang.
Fyqah : Okay :)

Actually, Fyqah nak tengok macam mana orang-orang kat Pavilion tu sebab selama ini Fyqah selalu baca macam-macam cerita pasal budak-budak Pavilllion.So Fyqah ingat nak tengok dengan mata,kepala,hidung dan telinga Fyqah sendiri.Fyqah lebih suka tengok sendiri daripada dengar apa yang orang lain kata.Kadang-kadang bukan boleh percaya sangat apa yang diorang cakap.So lebih baik kita tengok sendiri,kan? :)



Tengah hari semalam,Fyqah,busu,uncle,danish dan qis hang out kat Pavillion. Fyqah lebih suka jalan-jalan daripada shopping sebab Fyqah pun bukanlah kaki shopping.Fyqah ikut busu shopping je.Well, busu seorang yang fashionable bukan macam Fyqah ni old school..hehe. First shop yang kami masuk,nak dekat satu jam dalam tu.Biasalah busu kalau shopping memang tak ingat dunia..hehe ^_^

Lepas shopping kami lunch di Madam Kwan :)


Makanannya semuanya AWESOME,seriously.No wonder ramai orang kat restaurant tu :) Lepas order makanan,busu tanya,tak nak ambil gambar ke kat Pavilion.Actually,bukan Fyqah tak nak.Tapi MALU lorrrrh *tutup muka* Pastu busu paksa juga ambil gambar so Fyqah ambil jelaah..hehe

Busu cakap Fyqah macam Najwa Latiff :3 *tangan ke bahu,mata ke atas*

Fyqah rasa macam artis..haha *penghasan sudeh* :p

Danish buat muka comel..Auummm <3

Adik comeeeel <3

Adik with uncle

Lepas makan,sambung shopping lagi..hehe ^^




Okay berdasarkan pemerhatian Fyqah,Pavillion ni memang tersangat besar.Seriously,ramai sangat orang kat sini terutama pelancong asing.Masa Fyqah masuk satu kedai ni,Fyqah jumpa seorang pelancong ni tinggi sangat-sangat.Macam patung dah Fyqah tengok.He's so cutee,eh?haha :p

Well,Fyqah rasa tak lah teruk sangat orang kat Pavilion ni.Lebih kurang sama je macam hang out kat mall yang lain :) Semua orang kat sini ramah dan murah dengan senyuman.I like it..hehe..Selepas Fyqah tengok sendiri dengan mata,kepala,telinga,dan semua organ Fyqah,baru Fyqah puas hati :) Kadang-kadang kita tak boleh nak percaya sangat cakap orang.Kita kena siasat dulu :)

Okay la sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menaykiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Rindu nak hang out dengan kawan-kawan.Miss them so much :')


2 comments:

  1. Ohh actually org2 bukan dok kutuk org yg shopping kat pavillion. Just budak2 yg baru nk up dok melepak kt luar tu hehe

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail