Wednesday 10 April 2013

Lesen Memandu Part 2

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Youhoooo! Rindu Fyqah tak? Rindu Fyqah tak?? Alololo..Fyqah pun winddduuu shangat shangat dgn you alllssss..wakak *coughing* Okay rasa macam ada kahak tersekat kat tekak bila ketawa macam tu..Macam mana la abg poyo tu leh ketawa macam tu pun Fyqah tak tahu..haha *joke* :D Haha..I can see that you're trying to laugh like that..Alolo..comey la tu buka mulut besar2 macam tu..huahuahua.Okay Fyqah dah start merepek :3

Yeah, seperti yang dijanjikan, hari ni Fyqah nak menaip entry Lesen Memandu Part 2. Nak tahu sebab apa hari ni Fyqah 'excited' sangat nak taip entry ni? Kalau nak tahu, kena baca entry sampai habis. Kalau tak nak sudah. Boleh pergi sambung tolong mak awak buat cececengkodok kat dapur sana. Ahh! Fyqah tahu awak malas kan, thats why kena teruskan membaca..haha :p

Beberapa hari lepas Fyqah lulus ujian komputer hari tu, Fyqah  dikehendaki mendengar taklimat JPJ sekali lagi. Fyqah pun tak sure apa tujuan ceramah ni.Tapi berdasarkan pendengaran dan pemerhatian Fyqah la kan, ceramah tu lebih kepada kesalahan yang sering dilakukan semasa test JPJ. Orang tu kata kan, selalunya bila ada 73 calon yang kena test, hanya 20 je yang lulus..Uisshh, tak sangka test JPJ lagi susah dari paper Add Math :O Alahai, macam mana la Fyqah kalau nak test nanti. Dah la Fyqah ada darah gemuruh yang sangat teruk :( Takpe2, relax Fyqah. Bukan esok pun mu nak pergi test JPJ. Lambat lagi. Sejujurnya, ceramah tu agak membosankan sehingga Fyqah sempat lagi memikirkan jawapan untuk satu soalan di ask fm yang sangat mencabar emosi, fizikal dan mental. Soalannya, " Ciri lelaki macam mana awak suka " Ahh, mencabarkan soalan ni? Fyqah sedaya upaya cuba untuk memikirkan jawapan bagi soalan ni.Nak tahu apa jawapannya? Okay nanti Fyqah post di entry lain kalau Fyqah rajin..hewhew :p

Okay,berbalik pada cerita Fyqah hari ni. Pagi tadi, semasa Fyqah sedang syok menyidai baju diampaian, tiba-tiba Fyqah terdengar suatu bunyi yang sungguh misteri. Fyqah amati bunyi itu betul-betul. Iye,memang tak salah lagi, itu bunyi handphone Fyqah yang tersayang.Fyqah pun bergegas masuk ke dalam rumah  dan angkat panggilan itu *ayat macam budak darjah 3 tulis karangan :3*

Si pemanggil : Hello, ini *nama sebenar den* ke?
Fyqah: Ye saya
Si pemanggil : Awak kerja ke atau duduk rumah?
Fyqah: Saya duduk rumah je..
Si pemanggil: Hari ni awak free tak?
Fyqah : Free
Si pemanggil: Hari ni awak boleh datang untuk latihan memandu tak?
Fyqah : emm *berfikir* Boleh je kot
Si pemanggil : Okay, hari ni pukul 4.30, awak dtg dengan bawa yuran RM 150 sekali
Fyqah : Ouh...okaay

Lebih kurang macam tu la perbualan Fyqah dengan akak dari sekolah memandu tu.Actually, Fyqah agak terkejut dapat panggilan tu sebab Fyqah tak ready lagi nak belajar kereta. Hehe.. Disebabkan mak Fyqah sibuk suruh Fyqah cepat2 belajar memandu sebelum Fyqah masuk mana-mana universiti nanti, terpaksa lah Fyqah gagahkan diri juga.Ceewaaah..haha :D

Pukul 4.30 baru nak pergi belajar memandu, pukul 3.30 Fyqah dah siap. Haha..Nampak tak betapa excitednya Fyqah nak belajar memandu. Excited la sangat kan, dalam hati Allah je yang tahu.

Dalam pukul 4.15 Fyqah bertolak ke kelas memandu. Sampai je kat situ, Fyqah berurusan dengan kakak yg telefon Fyqah tadi tu. Bila semua dah selesai, akak tu suruh Fyqah jumpa pakcik apa entah, Fyqah tak ingat namanya yang sedang menunggu di dalam kereta. Pakcik tu pun terangkan pada Fyqah, benda2 utama yang perlu dilakukan sebelum memandu. First, kerusi pemandu.Kemudian, cermin depan,belakang dan sisi kena pastikan kita dapat lihat dgn jelas.Lepas tu, Fyqah dah lupa..Huahuahua :p Actually, malas nak menaip.Ala, nanti you alls belajar memandu, you alls tahulah..hehe

Sejujurnya, Fyqah cakap, Fyqah tak nervous langsung masa first time pegang stereng tu. Tolong la percaya,pleassseeee. My mom and my siblings did'nt trust me. I'm so sad :'( Sedih k sedih sebab semua orang tak percaya Fyqah tak kena parkinson masa drive tadi..haha :D Pakcik yang ajar Fyqah tadi pun asyik duk cakap "Awak nervous sangat ni,sebab tu tak boleh focus" Padahal,Fyqah relax je. Tak ada perasaan langsung. Tapi mungkin cuma tak dapat nak focus sangat. Mana tak ya kalau pakcik tu asyik tanya macam-macam kat Fyqah.Semua pasal keluarga Fyqah dia tanya.Can you imagine it? How could I focused? Stress k stress. Arggghhhhh :3 Tapi, Fyqah sabar jelah. Janji, Fyqah dah boleh bawa sampai gear 2 tadi..huahuahua :p Pakcik tu kata, kalau masuk gear 3 nanti lagi laju, takut Fyqah tak dapat nak kawal stereng. So, dia bagi Fyqah bawa sampai gear 2 je dulu..hehe

Pakcik tu ceritakan, ada sorang makcik yang dia ajar ni, masa first time bawa,makcik tu dah boleh bawa sampai rumah dia terus. Hebat kan? Fyqah memang kagumlah dengan makcik tu. Tapi mak Fyqah cakap, makcik tu mungkin dah selalu bawa kereta tanpa lesen.Entah pape je mak Fyqah ni..hehehe ^_^ Tapi pelik juga, macam mana la orang boleh bawa kereta sampai ke rumah kalau orang tu pertama kali pegang stereng kereta. Tak pelik ke? *muka pelik* Biar jelah.Janji makcik tu sekarang dah ada lesen kereta sendiri..hehe :)

Okaylah, sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Nak ke Lesen Memandu Part 3? haha..Tak payah ngengada la Fyqah. Bukan ada sesiapa pun nak baca..huahuahua :D Nanti Fyqah dah dapat lesen, Fyqah update lagi ok ^_^ Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Terima kasih pak cik sebab ajar Fyqah yang lambat sikit pick up ni..hehe..Pak cik OHSEMMMM, seriously :D Fyqah seronok dapat belajar memandu dgn pak cik yang dah 33 tahun pengalaman mengajar orang memandu. You're AMAZINGG ^_^ *alahai Fyqah macam la pak cik tu baca :3*

2 comments:

  1. good luck untuk ujian memandu akan datang :)

    ReplyDelete
  2. Seronok baca dia cerita belajar bawak kereta hehe :)

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail