Friday, 29 March 2013

Lesen Memandu Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Adakah anda tahu apakah itu lesen memandu?? Alhamdulilah kalau semua dah tahu. Kepada sape yg tak tahu tu, boleh la tanya PAPA GOOGLE. In Sha Allah,awak pasti akan jumpa jawapannya..Huehue :p

Beberapa minggu yang lepas, Fyqah telah menghadiri ceramah KPP selama 5 jam. Apa itu KPP?? KPP adalah singkatan bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu. Ceramah 5 jam tu bukanlah bermakna awak kena duduk atas kerusi selama 5 jam sampai tak boleh pergi buang air besar dan kecil serta tak ada rehat.Melampau sangat la kalau macam tu..haha :D Mestilah ada rehat yang diberikan.So, jangan risau dan takut nak pergi ceramah KPP tu bagi mereka-mereka yg baru berdaftar ^_^

Kawan-kawan Fyqah kata, ceramah tu bosan. Tapi bagi Fyqah, semuanya bergantung kepada penceramah.Kalau penceramahnya sporting,happening, suka buat lawak maka ceramah tu pun jadi awesome.Betul tak?? ^_^ So, masa ceramah KPP tu, penceramahnya boleh la tahan best sampai Fyqah tertidur..haha >.< Sejujurnya, memang penceramah tu boleh la tahan best, tapi mungkin Fyqah je mengantuk sangat sampai tertidur..hehehe >.<  Satu lagi kerja Fyqah masa ceramah tu, adalah buat benda ni :


Ayat yang Fyqah bulatkan tu menunjukkan kesalahan tatabahasa yang digunakan.Nampak tak Fyqah dah tak ada kerja lain nak buat..haha >.< 

Ayat di atas : kematian di kalangan pengguna
Pembetulan : kematian dalam kalangan perngguna

Entah betul ke tak pun Fyqah tak tahu..Kalau Fyqah salah, tegur tau ^_^ Sejujurnya, Fyqah main-main je ni. Tak ada kerja lain nak buat masa waktu rehat tu..kihkihkih *ketawa sambil tuutp hidung*

Selepas kita pergi ceramah KPP ni, kita kena ambil ujian komputer bagi mendapatkan Lesen Belajar Memandu atau lebih dikenali sebagai lesen 'L'. So, hari tu, mak Fyqah bising sebab Fyqah tak ambil lagi ujian tu. Mana tak ye, dah hampir 3 minggu lepas Fyqah pergi ceramah KPP tu tapi Fyqah masih tak ambil ujian komputer tu. Actually,bukan Fyqah tak nak ambil, tapi Fyqah tak ready lagi sebab tak baca buku :3 
Disebabkan mak Fyqah dah marah sangat, Fyqah pun cepat-cepat sms kawan Fyqah,Ezzaty suruh tolong booking kan tempat ujian tu pada hari Khamis. Fyi, Fyqah belajar di kelas memandu ayah Ezzaty.So, senang nak berurusan dengan dia :) 

So, semalam pagi-pagi lagi Fyqah dah terpacak depan pusat ujian komputer tu. Fyqah masuk je dalam tu, Fyqah tengok ramai orang cina. Melayu berapa orang je. Berdebar jantung Fyqah masa tu. Fyqah pun berurusan dengan orang-orang yang jaga tempat tu.

Abang 1: Nak ic
Fyqah : *hulur ic*
Abang 1 : Check nama.Kalau ada, tandatangan :)
Fyqah : *ikut arahan*
Abang 1 :Okay.Duduk dulu.
Fyqah: *duduk atas kerusi* *keluarkan buku memandu dan mula menghafal*
Abang 2: Piqah piqah,mari sini kejap.
Fyqah : *dalam hati* Ambooi..Panggil nama orang macam tu ,macam dah lama kenal je >.<
Abang 2 : Yelah nama bla bla bla kan. So panggil la piqah.Nak cap jari.
Fyqah: *letak ibu jari kat tempat pengesan ibu jari*
Abang 2 : Ada bape adik-beradik?
Fyqah : 5 
Abang 2: Anak ke bape? 
Fyqah : 3
Abang 2 : Asal, takde suara eh? 
Fyqah: *senyum kambing*
Abang 2: Tulis nama kat situ
Fyqah: *ikut arahan*
Abang 2: Asal menggigil??
Fyqah : *dah siap tulis nama*
Abang 2: Okay, pergi duduk dulu.

Hahaha..Part tangan menggigil tu memang macam apa entah pape je..haha..Fyqah nervous sangat masa tu sampai tak boleh nak tulis. Habis senget menget tulisan Fyqah >.< Boleh pula abang 2 tu bagi tahu abang 1 yang Fyqah menggigil.Then gelak-gelakkan Fyqah :( Sabar jelah. Macam tak faham-faham je orang tengah nervous nak ambil test >.<

Belum sempat Fyqah nak habiskan baca buku, abang 1 panggil.

Fyqah : *berjalan ke arah abang tu sambil mengukirkan senyuman paling manis* phuiihh..haha
Abang 1: Happynya dia..Duduk :)
Fyqah : *angkat kerusi*
Abang 1: Eh,jangan angkat.Duduk je kat kerusi tu
Fyqah : *malu*
Abang 1 : Okay pandang kamera.
Fyqah : *pandang kamera sambil senyum*
Abang 1: 1,2,3 ceekkklikkkk *part cekklik tu Fyqah tambah sendiri..haha* Okay dah :) 
Fyqah : *bangun dari kerusi*
Abang 1: Sekolah mana dulu?
Fyqah : TIGS :)

Kemudian,Fyqah duduk balik kat kerusi Fyqah tadi dan sambung membaca.Fyqah dah nak hafal buku tu sebab asyik baca berulang-ulang kali. Beberapa minit kemudian nama Fyqah dan beberapa orang dipanggil oleh abang 2.Dia menerangkan cara untuk mengisi maklumat dalam tu nanti. Lepas mendengar penerangan dia, kitaorang pun masuk dalam bilik ujian tu sambil berjoget sebab excited sangat nak jawab..Okaay,tipu je..haha :p

Alhamdulilah,semua soalan yang keluar lebih kurang sama dalam buku.So, Fyqah pun goreng je jawab sampai jadi pisang goreng..haha :D  Masa diperuntukkan untuk menjawab adalah selama satu jam dan Fyqah jawab selama lebih kurang setengah jam.Then Fyqah semak balik.Bila Fyqah dah betul-betul puas hati dengan jawapan Fyqah, baru Fyqah klik pada butang "YA" bagi menunjukkan bahawa Fyqah dah selamat menjawab semua soalan. Lepas jawab Fyqah keluar bilik yang sejuk tu. Fyqah pun bagi ic Fyqah kat abang 2,kemudia duduk kat kerusi yang kosong.

Beberapa minit kemudian, nama Fyqah pun dipanggil oleh abang 2.

Abang 2: Nak cap jari
Fyqah : *letak ibu jari atas alat tadi tu*
Abang 2: Macam mana makcik?? Okay??
Fyqah : Okay :) *dalam hati* Dia panggil den makcik?? Sabar ye Fyqah.

Dah siap kesan cap jari, Fyqah duduk balik.Kerja Fyqah memang asyik duduk,bangun,duduk,bangun jelah kan..hehehe >.< Tak sampai 2 minit. Abang 2 dah panggil lagi. 

Abang 1: *tgk slip keputusan Fyqah* Woo..hebatnya dia
Abang 2 : *muka malu-malu* Err..nanti kalau jumpa Najwa Latiff, kirim salam kat dia eh.
Fyqah : In Sha Allah

Abang 2 macam tak tahu pula Fyqah ni dah abis sekolah.Mana la Fyqah jumpa wawa lagi :) Tapi Fyqah dah sampaikan salam abg tu kat wawa melalui Twitter. Tak tahu la wawa baca ke tak tweet Fyqah tu.Yang penting,Fyqah nak laksanakan amanah yg diberikan kepada kita.Ceewwaaah..haha :D

Lepas je balik daripada ujian komputer, Fyqah sekeluarga bertolak ke Melaka bagi selesaikan urusan ayah di sana.Selepas ayah habis urusannya,kami pun jalan-jalan makan angin di Melaka.Yahoooo!! 

Tomey tak titew..Hahaha..Menggedik kejap >.< 

Ini jelah gambar yg Fyqah rajin nak upload sekarang ni..Yang lain malas Fyqah nak upload..hehe 

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah, dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Nantikan entry Fyqah Lesen Memandu Part 2.
Ececeyh,geli je kan ayat Fyqah tu..haha

3 comments:

  1. hahaha All the best ye bljr kereta nanti... hehehe wahh syoknyaa pergi melaka, rindu pula kat melaka.. tapi mkanan mahal ooooo >.<

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail