Tuesday, 12 March 2013

Oh SPM :\

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Ehem ehem ehem..Apa khabar ?? Fyqah harap awak semua berada dalam keadaan sihat walafiat.In Sha Allah :) Mesti awak semua tertanya-tanya keadaan Fyqah sekarang ni kan? Haha *penghasaan* Well, Fyqah sekarang ni tak berapa sihat sebab kepala Fyqah selalu sangat sakit sejak kebelakangan ini :') Fyqah tahu mesti awak semua susah hati tapi jangan risau ye Fyqah okay je..hahaha :D Gurau-gurau je la.Fyqah tahu tak ada sape pun yang kisah ^_^

Sebenarnya, Fyqah selalu sakit kepala bukan apa,maklum la kan keputusan SPM tak lama lagi nak keluar. Lagi 8 hari .Takutnyaaaaaa :'\ Setiap hari hati Fyqah tertanya-tanya, otak Fyqah terbayang-bayang macam mana agaknya nanti result Fyqah. Okay kepala Fyqah dah mula sakit sekarang ni bila cakap pasal SPM.Allahu Akbar! :')

Semakin hari, jantung Fyqah berdegup makin kencang.Cepatnya macam berlalu :( Titew tatut angat angat..Fyqah tahu ,awak semua mesti rasa nak hulur kaki masing-masing kat muka Fyqah bila baca ayat macam tu,kan?? Dah tau dah..Sebab tu Fyqah dah bersedia awal-awal..hahaha :D

Awak nak tau tak,sepanjang menunggu keputusan SPM ni, Fyqah dah 2 kali mimpi dapat keputusan SPM. Mimpi yang pertama tu agak seram juga sebab ada hantu...Haha..Fyqah mimpi dapat result antara yang terbaik tapi tak tahu la bape A.Mimpi kali kedua pula, Fyqah dapat 9A 1B.Hal ini menambahkan 'kegementaran' dalam diri Fyqah. Mak Fyqah kata, kalau mimpi macam tu nanti jadi sebaliknya.Ahh?? Maksudnya teruk ke result Fyqah..Ya Allah, minta dijauhkan la :''''''( 

Abang Fyqah dah bagi amaran awal-awal lagi, dia kata "Along nak tengok kau ambil keputusan kat atas pentas.Kalau tak,siap kau." Abang Fyqah cakap,dia sanggup tak pergi kelas pada masa tu semata-mata nak tengok Fyqah ambil keputusan SPM kat atas pentas. Nampak tak betapa tingginya harapan abang Fyqah. Sungguh berat beban yang diletakkan ke atas bahu Fyqah ni. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya bahu Fyqah menggalas semua beban ni :'( 

Fyqah nak sangat tengok senyumann kegembiraan pada wajah ibu bapa Fyqah,guru-guru Fyqah,abang Fyqah dan semua orang yang Fyqah sayang, pada hari tersebut.Fyqah tak nak kecewakan semua orang yang Fyqah sayang. Bagi Fyqah, itu adalah hadiah yang paling mahal dan memori yang paling indah dalam hidup Fyqah :') Walau apa-apa pun,Fyqah tawakal pada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Fyqah.Betul tak? :')

Abang2,kakak2 dan adik2 sekalian, doakan Fyqah ye. Doakan Fyqah dan semua calon SPM 2012 memperoleh keputusan yang cemerlang dan boleh membanggakan kedua-dua ibu bapa kami :') 


Buat semua Batch 95, Fyqah nak ucapkan SEMOGA BERJAYA! Fyqah doakan awak semua memperoleh keputusan yang paling cemerlang.Aamin ^_^ Pesanan Fyqah buat kawan-kawan termasuk diri Fyqah sendiri, walau macam mana pun keputusan yang kita dapat nanti, jangan lupa ucap ALHAMDULILAH.Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya dan apa yang Dia bagi itulah  yang TERBAAAAAAAAAAIK.Bersyukurlah.Yang penting kita dah berusaha,berdoa dan kita serahkan segala-galanya pada Allah :')

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.In Sha Allah, kalau Fyqah rajin,Fyqah post entry lepas ambil result nanti :') Fyqah minta maaf seandainya entry Fyqah ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Kita dah buat yang TERBAIK tapi Allah lebih tahu apa yang TERBAIK buat diri kita :')

4 comments:

  1. Goodluck for your result dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran jiddan ya ukhti..Jazakillah ^_^

      Delete
  2. InsyaAllah, perbanyakkan solat hajat untuk saat2 genting ni.. hehehe.. ena pula yg gubra.. ena doakan sis dapat result yg mantap!!!! Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin Ya Rabbal Alamin..Syukran jiddan kak ena..Barakallahufikum ^_^

      Delete

 
© Fyqah Ismail