ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Seperti yang semua sedia maklum, keputusan SPM 2012 baru saja diumukan 3 hari yang lepas.Sebagai salah seorang calon SPM 2012, semestinya tak akan pernah terlepas daripada soalan begini :
"How's your result?"
"Bape A?"
"Dapat berapa SPM?"
"Macam mana result"
"Nak apply course apa?"
"Nak study kat mana lepas ni?"
Dan bermacam-macam soalan yang seangkatan dengannya akan ditanya.Untuk menyedapkan hati semua orang, Fyqah post entry ini bagi menjawab semua soalan di atas.Dengan cara ni, Fyqah tak payah la nak jawab soalan yang sama berulang-ulang kali lepas ni lagi :)
Soalan pertama : How's your result?
- Fyqah copy balik jawapan yang pernah Fyqah bagi di Ask Fm :)
For those who keep asking about my SPM result, I'm not straight A's but I really grateful for what Allah had given to me.Alhamdulilah :') Thanks for those who always pray for my success. May Allah bless all of you :') Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang.I'm happy for you ^_^ Kepada yang kurang berjaya macam Fyqah ni, perjalanan kita masih jauh lagi.We have tried our best but Allah knows what the best for us :') Bak kata kak Wardina, "Whatever ur results...You are special..Your A's don't define your future... It helps but with hardwork & determination you can be anything! A's only measure linguistic and mathematical ability..there are MANY other types of intelligence NOT measured on paper via pencil and paper." With that I thank you :')
Soalan kedua : Bape A?
- Sila rujuk jawapan pertama.
Soalan ketiga : Dapat berapa SPM?"
-Sila rujuk jawapan kedua.
Soalan keempat : Macam mana result?
- Sila rujuk jawapan ketiga.
Konklusinya, jawapan kedua hingga jawapan keempat kena rujuk jawapan pertama..hehe ^_^ Btw, Fyqah suka sangat kata-kata kak Wardina Safiyyah tu. Betul-betul menaikkan semangat Fyqah yang tengah down sekarang ni. Terima kasih kak Wardina :')
Soalan kelima : Nak apply course apa?
- Okay disebabkan result Fyqah memang tak gempak pun, so Fyqah pun terpaksalah melupakan cita-cita Fyqah yang dulu.Fyqah tak nak buat pilihan Fyqah sendiri,jadi Fyqah minta pendapat mummy dan abang Fyqah.Tak payah nak mummy sangat padahal kat rumah panggil mak je.haha.Ek ehh tak juga.Fyqah pun selalu panggil mak Fyqah mummy dan aetiap kali Fyqah panggil mak Fyqah mummy, mak Fyqah akan jawab "Apa mummy2..Ingat mak ni maggi." Haha..Sebab tu Fyqah suka panggil mak Fyqah dengan panggilan mummy..hehe..Okay dah mengarut Fyqah ni.Back to the topic,mak Fyqah suruh Fyqah ambil farmasi.
Kata mummy," Iqah ambil farmasi je.Mana tau nani dapat kahwin dengan doktor."
Hahaha..K lawak sangat.Tak sangka mak Fyqah ada niat nak bermenantukan seorang doktor..Haha..Semoga doa mak termakbul.Aamin..Gatal! -_- lol xD Seterusnya,abang Fyqah pula suruh Fyqah ambil tesl.
Kata Along,"Along rasa kau ambil tesl. BI kau bagus.Kau cubalah mohon tesl."
Sejujurnya, Fyqah agak terkejut juga bila tengok result BI .Tak sangka sebenarnya. Maklum la, dulu masa exam Form 5,Fyqah susah nak dapat A untuk BI.Masa trial pun,result BI Fyqah yang paling teruk sekali dalam kelas. Tapi,Alhamdulilah masa SPM Fyqah dapat capai target Fyqah. Bersyukur sangat pada Allah :') Walaupun kebanyakan subjek apa yang Fyqah target tak dapat, tapi Fyqah tahu apa yang Allah bagi pada Fyqah adalah yang terrrrrrbaaaaaikkk :')
Opss terlupa pula.Ada lagi satu pendapat, daripada ayah Fyqah. Ayah Fyqah suruh Fyqah ambil akaun setelah lihat result LCCI Fyqah yang okay la.Sebenarnya,Fyqah tak berapa faham pasal LCCI tu.Mohon bagi penjelasan bagi sesiapa yang tahu pasal LCCI tu.Syukran :')
Kata ayah," Kau ambil akaun jelah Iqah. Akaun kau pun okay ni."
Sebenarnya,Fyqah memang ingat nak ambil akaun sebab Fyqah suka mengira.Tapi mak Fyqah kata dah ramai sangat orang ambil akaun. Pointer diorang pun semua bagus-bagus/Takut nanti lepas keluar U tak ada kerja.Sebab tu Fyqah ingat nak lupakan niat Fyqah tu.
Deduktifnya, Fyqah masih buntu memilih course yang betul-betul sesuai untuk diri Fyqah sekarang ni.Kawan-kawan,doakan Fyqah supaya Fyqah buat pilihan yang betul :')
Soalan keenam : Nak sambung study kat mana lepas ni?
- Sudah tentulah Fyqah nak sambung study di universiti. Universiti mana? Fyqah tak tahu lagi. Sekarang ni, cuma ada 3 universiti je yang Fyqah rasa yang Fyqah boleh apply mengikut 3 course tadi. UIAM, USIM dan UiTM. Fyqah akan mohon tiga2 universiti ni.Kalau ada rezeki,In Sha Allah,Fyqah dapat masuk dalam salah satu universiti ni :) Sebenarnya,Fyqah teringin nak belajar kat UIAM sebab dapat belajar Bahasa Arab.Mak Fyqah pun suruh mohon asasi farmasi kat UIA. Tapi tak tahulah boleh dapat ke tak dengan result Fyqah macam tu.Maklumlah,ramai kawan-kawan Fyqah yang dapat result lebih baik daripada Fyqah. Itu yang Fyqah takut kalau tak dapat. Tapi Fyqah nak cuba mohon dulu.Rezeki kita,kita tak tahu kan? :)
Bagi kawan-kawan lepasan SPM 2012 yang masih kabur-kabur tak tahu nak pilih course apa yang sesuai,boleh la TEKAN SINI. Awak juga boleh buat ujian minat kerjaya. Sila KLIK DI SINI :)
Fyqah dah buat ujian minat kerjaya tu.Mungkin Fyqah jawab entah pape so keputusan ujian itu pun entah pape juga..hehe..Kalau boleh jawablah soalan-soalan tu betul-betul.Jangan jawab main-main macam Fyqah ni :3 Dan kepada kawan-kawan yang nak mohon apa-apa biasiswa, boleh ke After School Scholarship . Ada banyak scholarship yang tengah open sekarang. So,kawan-kawan boleh la mohon :)
Btw, di kesempatan ini Fyqah nak ucapkan syabas dan tahniah kepada 15 793 kawan-kawan yang seangkatan dengan Fyqah dan 31 orang kawan-kawan sekolah Fyqah yang berjaya memperoleh semua A dalam SPM 2012.Congrats you alllls! Alhamdulilah :') Daripada 31 orang tu, 3 orang kawan baik Fyqah telah berjaya memperoleh semua A.Syukur Alhamdulilah.I'm so proud of you ,Sue,Azma and Nurin. Congrats! Fyqah memang dah jangka diorang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Azma dan Nurin terutamanya sangat rajin kat kelas.Tak macam Fyqah ni pemalas. Patutlah dapat result macam tu :3 Sue pun tak kurang hebatnya. Dia pun rajin juga walaupun kuat bergosip..haha..Gurau jelah ^_^
Kawan-kawan Fyqah yang berjaya dapat straight A (Malay)
Diorang masuk Berita Harian.Bestnyaaaaaa ^^
Dari kiri : Azma,Nurin,Nisa,Syira,Tiyra,Fatin dan Raja.
Sue tak ada dalam gambar ni sebab ada hal tertentu :)
Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Perjalanan hidup kita baru saja hendak bermula.Teruslah maju ke hadapan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi.Selamat maju jaya kawan-kawan :)
Berapa result? hihihi ><
ReplyDeletebaca jawapan pertama..haha xD
DeleteI'm here because smalam I mimpi dpt 4A je dlm SPM :(
ReplyDeletehey girl, it just a dream. dont be afraid. Allah kan ada, doa byk2 kay. In Sha Allah, u will get much better than that. Good luck girl :) Hwaiting! Apa2 pun result yg awak dpt esok, jgn lupa ucap Alhamdulilah :)
DeleteAzwa* I pon mimpi that I just only get 4 A.. Im was too affraid if anything that could happen..
ReplyDeleteit was just a dream girl. In Sha Allah u will get much better than that. Doa byk2 kay. Apa2 pun result awk dpt, jgn lupa ucap Alhamdulilah. Good luck awk ^_^
Delete