Saturday 19 October 2013

Korean Food : Kimbap Recipe (Resepi Kimbap)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...


Memandangkan Fyqah sekarang ngah cuti sem, so Fyqah ingat nak menghabiskan masa-masa yang ada dengan berblogging. Nanti bila dah naik next sem, jangan haraplah nak tengok Fyqah berblogging. So, ambil la peluang ini untuk baca entry2 Fyqah yang mengarut..hihi :p Oh ya, terima kasih kepada semua yang sudi membaca cerpen pertama Fyqah yang bertajuk Sahabat Sampai Ke Syurga . In Sha Allah, kalau diizinkan Allah, Fyqah akan buat cerpen seterusnya :)

So, hari ni Fyqah berhasrat untuk buat Kimchi sebenarnya. Fyqah pun try la cari resepi di papa Google. Disebabkan bahan yang diperlukan agak susah, so Fyqah tukar plan. Fyqah nak buat Kimbap pula.Tak adalah susah mana pun sebenarnya nak buat kimbap ni. Well, kita kena banyak practise memasak sebab kimbap yang pertama hancusss. Second kimbap, Alhamdulilah semakin baik dan cantik..kihkih

Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kimbap


Bahan-bahan :

Beras
1 pek Seaweed (Rumpai Laut)
1 biji Timun
1 tin Tuna
Mayonis
1 paket isi ketam
1 paket sosej
2 biji telur 

* Kuantiti bahan-bahan yang diperlukan boleh diubah mengikut jumlah hidangan*

Cara-cara memasak : 

1. Tanak nasi mengikut sukatan yang anda suka. Kalau macam Fyqah tadi masak 1 cup je. Air kasi lebih ye supaya nasi tu jadi lembik. Tapi jangan banyak sangat nanti kang jadi bubur pula..hehe

2. Sementara menunggu nasi tu masak, better goreng la dulu sosej, isi ketam dan telur dadar daripada duk main Candy Crush. Bila dah siap goreng, potong sosej, isi ketam,telur dadar dan timun secara memanjang. 

3. Kemudian, letakkan seaweed di atas tikar gulur atau plastik. Disebabkan Fyqah tak ada tikar gulung, so Fyqah guna plastik je tadi. Memang nampak tak cantik, tapi kalau awak kreatif, maka cantiklah hasilnya nanti. Lagipun yang penting rasanya bukan rupanya, ye dok? hehe

4. Letakkan nasi yang telah di tanak di atas seaweed tadi kemudian ratakan. 

5. Selepas itu, sapukan mayonis dan tuna di atas nasi. Macam ni :


6. Then, susun bahan-bahan yang sudah anda potong tadi mengikut kreativiti anda. Part ni Fyqah paling lemah sekali sebab Fyqah tak kreatif T.T

7. Part ni yang paling Fyqah excited sekali nak buat sebab dah nak siap..hehe..Gulungkan seaweed tadi sampai dia jadi macam ni.


8. Maaf tak berapa cantik hasilnya T.T I'm sure korang buat mesti lagi cantik jadinya.Lepas dah jadi macam pic kat atas ni, potongla ia mengikut saiz yang korang suka. 

9. Dan akhir sekali, susun di atas pinggan yang cantik lagi menarik mengikut kreativiti anda.

Yeaayy dah siap! So korang boleh joget zapin lepas dah siap Kimbap ni..haha..Gurau je ^_^

Alhamdulilah, Fyqah dapat komen yang positif daripada chef-chef Fyqah kat rumah ni. Terasa seronok bila dapat tengok orang makan hasil tangan kita. Serious.

Kalau awak tak pandai masak, better awak semua belajar dari sekarang. Tak rugi pun belajar memasak ni. Fyqah tak berapa suka memasak, tapi Fyqah suka belajar memasak. Fyqah akan try pelbagai resipi masakan yang Fyqah rasa best..hehe

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Andai ada terkasar ayat, mohon dimaafkan.Oh ya, maaf sebab gambar tak berapa nak jelas.Terlupa nak tukar effect. Mohon dimaafkan T.T Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Kita kena banyak mencuba. Jangan takut pada kegagalan kerana kegagalan itu banyak mengajar kita erti kehidupan :)

12 comments:

  1. Mana beli eh seaweed tu ?

    ReplyDelete
  2. Kalau takde tuna tak pe ker..??

    ReplyDelete
  3. Yg dia guna beras yg kita biasa makan. Tp dia letk lbih air untuk lembik. Better gna short grain atau beras wangi untuk hasil lebih baik.
    N saya buat kimbap xgna pun mayonaise or tuna. Blh jugak guna.

    Resipi saya, saya gorengkan tempura carrot dan sosej . And roll kan. Dan sapu minyak bijan atas kimbap. Sikit je. Dlm 1 teaspoon. N taburkan bijan. Yang dh goreng tanpa minyak atasnya. Sedap. Gerenti. Guna beras short grain kalau nak hasil lbh baik. Kalau nk guna resipi saya untuk post kat mana2 sila credit kan nama saya. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for sharing! May Allah bless you ^_^

      Delete
  4. Seaweed tu masa beli dia crunchy keras kan

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail