Saturday, 26 January 2013

Selamat Tinggal Rumahku Syurgaku :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Apa khabar kawan-kawan sekalian?? Fyqah harap belum terlambat lagi Fyqah nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. Jangan nak asyik ingat birthday boyfriend / girlfriend je sehingga lupa hari lahir Rasul kita yang tercinta.Kekasih hati kita :') Banyakanlah berselawat kepada baginda bukan pada Maulidur Rasul sahaja tapi pada setiap masa kita kena berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Adakah Fyqah terlalu serious sangat pada hari ini?? Maaflah Fyqah hari ni tak ada mood nak buat lawak hambar.Lagipun bukan ada orang pun nak ketawa bila Fyqah buat lawak.Daripada Fyqah syok sendiri,lebih baik Fyqah serious,ye dok??Hehe :'D

Fyqah hari ni nak share satu story.Pagi tadi Fyqah dapat berita mengejut daripada mak Fyqah.Mak Fyqah cakap.makcik Fyqah yang kat KL tu call nak bawa Fyqah gi sana esok and I was like DOUBE WHAAAT??? Fyqah dah plan macam-macam next week dengan kawan-kawan Fyqah.Maklumlah kitaorang dah lama tak jumpa.Especially Ain.Fyqah tahu ada banyak benda yang Ain nak luahkan kat Fyqah.Tapi tulah setiap kali kami nak jumpa je mesti ada halangan.Kadang-kadang Fyqah kesian juga dekat Ain sebab terpaksa pendam semuanya seorang diri. Fyqah bukan tak nak call Ain cuma susah sikit sebab Fyqah guna Celcom manakala Ain guna nombor Maxis.Banyak tu kredit kena guna.Takpelah Fyqah akan cuba usaha kan juga untuk call/webcam Ain kat KL nanti.

Esok dah nak pergi,tapi satu barang pun Fyqah tak packing lagi.Memang nak kena bebel dengan mak Fyqah esok la kan.Fyqah tak ready lagi nak pisah dengan family..Huarghhh :'( Tapi Fyqah kena belajar hidup berjauhan dengan  family.Fyqah takut nanti bila kat U,Fyqah kena homesick teruk.Lebih baik Fyqah belajar dari sekrang,kaann? :')

Petang tadi Fyqah ada ask seorang kawan Fyqah di Ask Fm ni.Well,lepas baca jawapan dia Fyqah rasa lebih semangat lagi..Ceeeh :3

Semangatlah sangat kaan baca jawapan dia yang entah pape tu -.-

Tapi betul juga kata dia,Fyqah kena kuatkan iman.Maklumlah macam-macam benda yang boleh kita terpengaruh kalau kita tak kuat iman,kan? Well,thanks a lot  'granpa' sebab sudi bagi kata-kata semangat walaupun tak menaikkan semangat Fyqah pun :3

Wish me luck ye kawan-kawan.

Okaay tak payah nak gelakkan Fyqah.Fyqah tahu muka Fyqah nampak macam nenek bila pakai cermin mata besar macam tu.Cute apa..Haha..Barulah satu geng dengan abang Ijat :3

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')
Kadang-kadang kita kena paksa diri kita untuk lakukan sesuatu yang kita tak suka.Tapi untuk kebaikan diri kita,kita kena lakukan juga :')

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail