ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Kalau dulu bila orang tanya Fyqah " Tak kerja ke lepas SPM?" Fyqah akan jawab, " Tak..Tanam aggur je kat umah." Tapi sekarang bila orang tanya soalan tu,dengan bangganya Fyqah jawab,"Yup,kita sedang bekerja."
Pagi tadi mak cik Fyqah kejut Fyqah.Dia kata hari ni Fyqah kena start kerja.Fyqah bukan saja terkejut beruk,tapi ular,kucing semua binatang keluar tau tak.Fyqah ingatkan next week ke baru Fyqah start kerja.Yelah Fyqah baru sampai KL semalam dan hari ni dah nak kena start kerja.Tambahan lagi,semalam Fyqah tidur lambat.Kalau Fyqah tahu,Fyqah tidur awal semalam -.- Sabar jelah.Takpelah.Semua yang berlaku tanpa Fyqah rancang.Tapi best juga kerja taklah Fyqah bosan duduk umah sorang-sorang..Hehehe
Well,tadi agak bosan kat office sebab tak banyak kerja yang Fyqah buat.Fyqah hanya tolong menaip sikit-sikit je.Nasib baik tak ada orang call kat office nak pesan apa-apa ke.Fyqah ni agak lemah sikit dalam bab nak jawab panggilan telefon.Fyqah tak pandai nak mulakan perbualan.So pity of me -.-
So nak tahu apa aktiviti Fyqah hari ni kat office???Jeng jeng jeng...
Banyak kerja wooo
I'm totally boring.Please give me some work :3
Kerja Fyqah curi tulang..hehe
Masa rehat,Fyqah pergi surau dan posing sorang-sorang dalam tu..kahkahkah *joke*
Hehehe..Okay penat sangat hari ni.Actually, ada banyak benda Fyqah nak kongsi dengan awak-awak semua tapi kan kita malas nak menaip..kihkihki *ketawa sambil tutup mulut dgn sapu tangan*
Nanti ada masa Fyqah update lagi ye.By the way,kita nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan Fyqah di Facebook,Twitter dan Ask fm sebab selalu buat Fyqah happy.Alhamdulilah setakat ni Fyqah tak nangis lagi ..Hehe..Maaf ye kawan-kawan kat Ask Fm sebab tak dapat nak jawab semua soalan-soalan awak semua.Fyqah dapat jawab sikit je..Maaf eh.Sekarang ni Fyqah agak sibuk sikit.Nanti ada masa Fyqah jawab eh.Kat office tak ada internet so susah sikit nak online.Harap maklum :)
Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Nantikan workaholic part 2..Ceeewaaahh..haha..As usual,Fyqah minta maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Kerja janganlah kerana WANG tapi kerjalah seikhlas hati.In Sha Allah kita akan rasa gembira dengan setiap pekerjaan yang kita lakukan :)
apapun, all the best ye.. kerja elok2, nanti dah dpt duit gaji, jgn lupa belanja ena makan.. ehhhhhhhhhhhhhhhhhh XD gurau je
ReplyDeletepun boleh ena..nanti kita belanja aiskrim Malaysia eh..hehehe ^___^
Delete