Monday 11 February 2013

Mangsa Penipuan Siber :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Hari ni Fyqah nak kongsi sesuatu dengan awak semua. Sebenarnya, Fyqah nak tulis entry ni semalam.Tapi mood Fyqah tak berapa nak baik semalam.So, Fyqah tundakan dulu niat Fyqah untuk taip entry ini pada hari ini. Sejujurnya,mood Fyqah pun tak berapa baik hari ini,tapi Fyqah cuba gagahkan diri untuk menaip entry ini juga :') 


Rasanya Fyqah tak perlu nak jelaskan lagi.Gambar ni pun bagi Fyqah dah cukup untuk menerangkan situasi yang Fyqah sedang alami sekarang ini. Yeaaah! Fyqah dan kawan-kawan Ask Fm telah ditipu dengan seorang Hamba Allah ini. Tertipu dengan gambar palsunya yang comel. Well,ini kali kedua Fyqah mengalami situasi ini.Namun kali ini tidaklah seteruk masa pertama kali Fyqah kena tipu sebab Fyqah sentiasa ingat pesanan mak Fyqah," Jangan terlalu mudah percaya orang sangat terutama kat alam maya.". Rasanya tak payah la Fyqah nak ungkitkan kembali sejarah yang lalu itu bak kata pepatah benda yang lepas jangan dikenang :')

Sebenarnya,Fyqah dan rakan-rakan Ask Fm yang lain tak kisah pun pasal gambar palsu yang digunakan sebagai dp dia tu. Cuma kami semua sedih sebab dia tipu kitaorang semua. Tapi Fyqah faham,mungkin ada sebab dia buat macam tu. Seriously, Fyqah rindu nak stalk answer dia kat Ask Fm sebab cara dia jawab soalan kat Ask Fm sangat AWESOOOOME :') Fyqah pun rindu nak panggil dia 'Granpa' Rindu nak taip 'hahahahaha' panjang-panjang. Rindu nak bergurau dengan dia dan sebagainya. Apa yang paling Fyqah sedih apabila Fyqah dapat tahu dia sakit teruk. Dia pernah cakap dengan Fyqah dia nak jadi forensik pastu dia nak bedah badan Fyqah..haha..Tapiiiiiii...Bila Fyqah dapat tahu dia sakit,Fyqah rasa sedih sangat.Apa-apa pun Fyqah akan doakan dia dapat mencapai cita-cita dia tu. In Sha Allah :')

Orang yang paling sedih bila dapat tahu perkara ini adalah Ecah. Ecah adalah orang yang paling rapat dengan Adib kat Ask Fm. Kesian Ecah. Ecah cakap dengan Fyqah,diorang selalu main ask sembunyi-sembunyi.Comeeeel kan? :'D Bila Fyqah baca cerita Ecah dengan Adib kat Ask Fm,air mata Fyqah mula bergenang. Sebak sangat rasanya. Paling Fyqah tak sanggup nak baca bila ecah jawab soalan ni.

 Sweet sangat diorang ni <'3 Fyqah doakan satu hari nanti ecah dapat bertemu dengan Adib.In Sha Allah.Kalau ada jodoh, sejauh mana pun Adib pergi, Ecah pasti dapat betemu dengan Adib satu hari nanti.Keep praying dear :')


Hanya ini answer Adib yang Fyqah ada untuk dijadikan kenangan *lap air mata* Fyqah rasa nak nangis bila tengok nickname 2 orang adik ni yang menggunakan nama yang pernah Adib gunakan semasa di Ask Fm iaitu Werewolf dan Werepanda.Bila tengok nama tu membuatkan Fyqah teringat kat Granpa :'\

To Adib/ Granpa : I doakan you cepat sembuh.I tahu you kuat untuk hadapi semua ini. Thanks for everything. I dah maafkan segala kesalahan you dan I pun nak minta maaf kalau I ada sakitkan hati you.Ingat, Allah sentiasa ada bersama you.All our friends in Ask Fm and I will support you and pray for you .So, you kena lawan sakit you tu.Don't give up Granpa :')

Video ini membuatkan Fyqah dan kawan-kawan yang lain teringat kat dia :')


Apa yang Fyqah harapkan,awak semua boleh la ambil pengajaran daripada kisah Fyqah.Kalau boleh Fyqah tak nak apa yang terjadi dekat Fyqah dan kawan-kawan Ask Fm terjadi pada awak semua.Berhati-hatilah bila berkawan dengan orang di alam maya ini :')

Itu saja entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum  :')
Perkenalan kita telah ditetapkan oleh Allah.Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pesanan Fyqah, jangan terlalu mudah percaya orang yang baru kita kenal sama ada di alam maya mahupun realiti sebab takut nanti awak lah yang paling kecewa dan merana :')

4 comments:

  1. yeahh betul tu.. ena pelik, kenapa budak2 kat fb senang sangat nak bg nombor telefon dekat kawan2 mereka di fb. I mean org yg mereka tak kenali.. ena dah serik dah sebab ena pernah kena sekali... sumpah fobia

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail