Friday, 29 March 2013

Lesen Memandu Part 1

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Adakah anda tahu apakah itu lesen memandu?? Alhamdulilah kalau semua dah tahu. Kepada sape yg tak tahu tu, boleh la tanya PAPA GOOGLE. In Sha Allah,awak pasti akan jumpa jawapannya..Huehue :p

Beberapa minggu yang lepas, Fyqah telah menghadiri ceramah KPP selama 5 jam. Apa itu KPP?? KPP adalah singkatan bagi Kurikulum Pendidikan Pemandu. Ceramah 5 jam tu bukanlah bermakna awak kena duduk atas kerusi selama 5 jam sampai tak boleh pergi buang air besar dan kecil serta tak ada rehat.Melampau sangat la kalau macam tu..haha :D Mestilah ada rehat yang diberikan.So, jangan risau dan takut nak pergi ceramah KPP tu bagi mereka-mereka yg baru berdaftar ^_^

Kawan-kawan Fyqah kata, ceramah tu bosan. Tapi bagi Fyqah, semuanya bergantung kepada penceramah.Kalau penceramahnya sporting,happening, suka buat lawak maka ceramah tu pun jadi awesome.Betul tak?? ^_^ So, masa ceramah KPP tu, penceramahnya boleh la tahan best sampai Fyqah tertidur..haha >.< Sejujurnya, memang penceramah tu boleh la tahan best, tapi mungkin Fyqah je mengantuk sangat sampai tertidur..hehehe >.<  Satu lagi kerja Fyqah masa ceramah tu, adalah buat benda ni :


Ayat yang Fyqah bulatkan tu menunjukkan kesalahan tatabahasa yang digunakan.Nampak tak Fyqah dah tak ada kerja lain nak buat..haha >.< 

Ayat di atas : kematian di kalangan pengguna
Pembetulan : kematian dalam kalangan perngguna

Entah betul ke tak pun Fyqah tak tahu..Kalau Fyqah salah, tegur tau ^_^ Sejujurnya, Fyqah main-main je ni. Tak ada kerja lain nak buat masa waktu rehat tu..kihkihkih *ketawa sambil tuutp hidung*

Selepas kita pergi ceramah KPP ni, kita kena ambil ujian komputer bagi mendapatkan Lesen Belajar Memandu atau lebih dikenali sebagai lesen 'L'. So, hari tu, mak Fyqah bising sebab Fyqah tak ambil lagi ujian tu. Mana tak ye, dah hampir 3 minggu lepas Fyqah pergi ceramah KPP tu tapi Fyqah masih tak ambil ujian komputer tu. Actually,bukan Fyqah tak nak ambil, tapi Fyqah tak ready lagi sebab tak baca buku :3 
Disebabkan mak Fyqah dah marah sangat, Fyqah pun cepat-cepat sms kawan Fyqah,Ezzaty suruh tolong booking kan tempat ujian tu pada hari Khamis. Fyi, Fyqah belajar di kelas memandu ayah Ezzaty.So, senang nak berurusan dengan dia :) 

So, semalam pagi-pagi lagi Fyqah dah terpacak depan pusat ujian komputer tu. Fyqah masuk je dalam tu, Fyqah tengok ramai orang cina. Melayu berapa orang je. Berdebar jantung Fyqah masa tu. Fyqah pun berurusan dengan orang-orang yang jaga tempat tu.

Abang 1: Nak ic
Fyqah : *hulur ic*
Abang 1 : Check nama.Kalau ada, tandatangan :)
Fyqah : *ikut arahan*
Abang 1 :Okay.Duduk dulu.
Fyqah: *duduk atas kerusi* *keluarkan buku memandu dan mula menghafal*
Abang 2: Piqah piqah,mari sini kejap.
Fyqah : *dalam hati* Ambooi..Panggil nama orang macam tu ,macam dah lama kenal je >.<
Abang 2 : Yelah nama bla bla bla kan. So panggil la piqah.Nak cap jari.
Fyqah: *letak ibu jari kat tempat pengesan ibu jari*
Abang 2 : Ada bape adik-beradik?
Fyqah : 5 
Abang 2: Anak ke bape? 
Fyqah : 3
Abang 2 : Asal, takde suara eh? 
Fyqah: *senyum kambing*
Abang 2: Tulis nama kat situ
Fyqah: *ikut arahan*
Abang 2: Asal menggigil??
Fyqah : *dah siap tulis nama*
Abang 2: Okay, pergi duduk dulu.

Hahaha..Part tangan menggigil tu memang macam apa entah pape je..haha..Fyqah nervous sangat masa tu sampai tak boleh nak tulis. Habis senget menget tulisan Fyqah >.< Boleh pula abang 2 tu bagi tahu abang 1 yang Fyqah menggigil.Then gelak-gelakkan Fyqah :( Sabar jelah. Macam tak faham-faham je orang tengah nervous nak ambil test >.<

Belum sempat Fyqah nak habiskan baca buku, abang 1 panggil.

Fyqah : *berjalan ke arah abang tu sambil mengukirkan senyuman paling manis* phuiihh..haha
Abang 1: Happynya dia..Duduk :)
Fyqah : *angkat kerusi*
Abang 1: Eh,jangan angkat.Duduk je kat kerusi tu
Fyqah : *malu*
Abang 1 : Okay pandang kamera.
Fyqah : *pandang kamera sambil senyum*
Abang 1: 1,2,3 ceekkklikkkk *part cekklik tu Fyqah tambah sendiri..haha* Okay dah :) 
Fyqah : *bangun dari kerusi*
Abang 1: Sekolah mana dulu?
Fyqah : TIGS :)

Kemudian,Fyqah duduk balik kat kerusi Fyqah tadi dan sambung membaca.Fyqah dah nak hafal buku tu sebab asyik baca berulang-ulang kali. Beberapa minit kemudian nama Fyqah dan beberapa orang dipanggil oleh abang 2.Dia menerangkan cara untuk mengisi maklumat dalam tu nanti. Lepas mendengar penerangan dia, kitaorang pun masuk dalam bilik ujian tu sambil berjoget sebab excited sangat nak jawab..Okaay,tipu je..haha :p

Alhamdulilah,semua soalan yang keluar lebih kurang sama dalam buku.So, Fyqah pun goreng je jawab sampai jadi pisang goreng..haha :D  Masa diperuntukkan untuk menjawab adalah selama satu jam dan Fyqah jawab selama lebih kurang setengah jam.Then Fyqah semak balik.Bila Fyqah dah betul-betul puas hati dengan jawapan Fyqah, baru Fyqah klik pada butang "YA" bagi menunjukkan bahawa Fyqah dah selamat menjawab semua soalan. Lepas jawab Fyqah keluar bilik yang sejuk tu. Fyqah pun bagi ic Fyqah kat abang 2,kemudia duduk kat kerusi yang kosong.

Beberapa minit kemudian, nama Fyqah pun dipanggil oleh abang 2.

Abang 2: Nak cap jari
Fyqah : *letak ibu jari atas alat tadi tu*
Abang 2: Macam mana makcik?? Okay??
Fyqah : Okay :) *dalam hati* Dia panggil den makcik?? Sabar ye Fyqah.

Dah siap kesan cap jari, Fyqah duduk balik.Kerja Fyqah memang asyik duduk,bangun,duduk,bangun jelah kan..hehehe >.< Tak sampai 2 minit. Abang 2 dah panggil lagi. 

Abang 1: *tgk slip keputusan Fyqah* Woo..hebatnya dia
Abang 2 : *muka malu-malu* Err..nanti kalau jumpa Najwa Latiff, kirim salam kat dia eh.
Fyqah : In Sha Allah

Abang 2 macam tak tahu pula Fyqah ni dah abis sekolah.Mana la Fyqah jumpa wawa lagi :) Tapi Fyqah dah sampaikan salam abg tu kat wawa melalui Twitter. Tak tahu la wawa baca ke tak tweet Fyqah tu.Yang penting,Fyqah nak laksanakan amanah yg diberikan kepada kita.Ceewwaaah..haha :D

Lepas je balik daripada ujian komputer, Fyqah sekeluarga bertolak ke Melaka bagi selesaikan urusan ayah di sana.Selepas ayah habis urusannya,kami pun jalan-jalan makan angin di Melaka.Yahoooo!! 

Tomey tak titew..Hahaha..Menggedik kejap >.< 

Ini jelah gambar yg Fyqah rajin nak upload sekarang ni..Yang lain malas Fyqah nak upload..hehe 

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah, dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Nantikan entry Fyqah Lesen Memandu Part 2.
Ececeyh,geli je kan ayat Fyqah tu..haha

Sunday, 24 March 2013

SPM RESULT

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Seperti yang semua sedia maklum, keputusan SPM 2012 baru saja diumukan 3 hari yang lepas.Sebagai salah seorang calon SPM 2012, semestinya tak akan pernah terlepas daripada soalan begini : 

"How's your result?"
"Bape A?"
"Dapat berapa SPM?"
"Macam mana result"
"Nak apply course apa?"
"Nak study kat mana lepas ni?"

Dan bermacam-macam soalan yang seangkatan dengannya akan ditanya.Untuk menyedapkan hati semua orang, Fyqah post entry ini bagi menjawab semua soalan di atas.Dengan cara ni, Fyqah tak payah la nak jawab soalan yang sama berulang-ulang kali lepas ni lagi :)

Soalan pertama : How's your result?
- Fyqah copy balik jawapan yang pernah Fyqah bagi di Ask Fm :) 
For those who keep asking about my SPM result, I'm not straight A's but I really grateful for what Allah had given to me.Alhamdulilah :') Thanks for those who always pray for my success. May Allah bless all of you :') Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya dengan cemerlang.I'm happy for you ^_^ Kepada yang kurang berjaya macam Fyqah ni, perjalanan kita masih jauh lagi.We have tried our best but Allah knows what the best for us :') Bak kata kak Wardina, "Whatever ur results...You are special..Your A's don't define your future... It helps but with hardwork & determination you can be anything! A's only measure linguistic and mathematical ability..there are MANY other types of intelligence NOT measured on paper via pencil and paper." With that I thank you :')

Soalan kedua : Bape A?
- Sila rujuk jawapan pertama.

Soalan ketiga : Dapat berapa SPM?"
-Sila rujuk jawapan kedua.

Soalan keempat : Macam mana result?
- Sila rujuk jawapan ketiga.

Konklusinya, jawapan kedua hingga jawapan keempat kena rujuk jawapan pertama..hehe ^_^ Btw, Fyqah suka sangat kata-kata kak Wardina Safiyyah tu. Betul-betul menaikkan semangat Fyqah yang tengah down sekarang ni. Terima kasih kak Wardina :')

Soalan kelima : Nak apply course apa?
- Okay disebabkan result Fyqah memang tak gempak pun, so Fyqah pun terpaksalah melupakan cita-cita Fyqah yang dulu.Fyqah tak nak buat pilihan Fyqah sendiri,jadi Fyqah minta pendapat mummy dan abang Fyqah.Tak payah nak mummy sangat padahal kat rumah panggil mak je.haha.Ek ehh tak juga.Fyqah pun selalu panggil mak Fyqah mummy dan aetiap kali Fyqah panggil mak Fyqah mummy, mak Fyqah akan jawab "Apa mummy2..Ingat mak ni maggi." Haha..Sebab tu Fyqah suka panggil mak Fyqah dengan panggilan mummy..hehe..Okay dah mengarut Fyqah ni.Back to the topic,mak Fyqah suruh Fyqah ambil farmasi.

Kata mummy," Iqah ambil farmasi je.Mana tau nani dapat kahwin dengan doktor."

Hahaha..K lawak sangat.Tak sangka mak Fyqah ada niat nak bermenantukan seorang doktor..Haha..Semoga doa mak termakbul.Aamin..Gatal! -_- lol xD Seterusnya,abang Fyqah pula suruh Fyqah ambil tesl.

Kata Along,"Along rasa kau ambil tesl. BI kau bagus.Kau cubalah mohon tesl."

Sejujurnya, Fyqah agak terkejut juga bila tengok result BI .Tak sangka sebenarnya. Maklum la, dulu masa exam Form 5,Fyqah susah nak dapat A untuk BI.Masa trial pun,result BI Fyqah yang paling teruk sekali dalam kelas. Tapi,Alhamdulilah masa SPM Fyqah dapat capai target Fyqah. Bersyukur sangat pada Allah :')  Walaupun kebanyakan subjek apa yang Fyqah target tak dapat, tapi Fyqah tahu apa yang Allah bagi pada Fyqah adalah yang terrrrrrbaaaaaikkk :') 

Opss terlupa pula.Ada lagi satu pendapat, daripada ayah Fyqah. Ayah Fyqah suruh Fyqah ambil akaun setelah lihat result LCCI Fyqah yang okay la.Sebenarnya,Fyqah tak berapa faham pasal LCCI tu.Mohon bagi penjelasan bagi sesiapa yang tahu pasal LCCI tu.Syukran :')  

Kata ayah," Kau ambil akaun jelah Iqah. Akaun kau pun okay ni."

Sebenarnya,Fyqah memang ingat nak ambil akaun sebab Fyqah suka mengira.Tapi mak Fyqah kata dah ramai sangat orang ambil akaun. Pointer diorang pun semua bagus-bagus/Takut nanti lepas keluar U tak ada kerja.Sebab tu Fyqah ingat nak lupakan niat Fyqah tu.

Deduktifnya, Fyqah masih buntu memilih course yang betul-betul sesuai untuk diri Fyqah sekarang ni.Kawan-kawan,doakan Fyqah supaya Fyqah buat pilihan yang betul :')

Soalan keenam : Nak sambung study kat mana lepas ni?
- Sudah tentulah Fyqah nak sambung study di universiti. Universiti mana? Fyqah tak tahu lagi. Sekarang ni, cuma ada 3 universiti je yang Fyqah rasa yang Fyqah boleh apply mengikut 3 course tadi. UIAM, USIM dan UiTM. Fyqah akan mohon tiga2 universiti ni.Kalau ada rezeki,In Sha Allah,Fyqah dapat masuk dalam salah satu universiti ni :) Sebenarnya,Fyqah teringin nak belajar kat UIAM sebab dapat belajar Bahasa Arab.Mak Fyqah pun suruh mohon asasi farmasi kat UIA. Tapi tak tahulah boleh dapat ke tak dengan result Fyqah macam tu.Maklumlah,ramai kawan-kawan Fyqah yang dapat result lebih baik daripada Fyqah. Itu yang Fyqah takut kalau tak dapat. Tapi Fyqah nak cuba mohon dulu.Rezeki kita,kita tak tahu kan? :)

Bagi kawan-kawan lepasan SPM 2012 yang masih kabur-kabur tak tahu nak pilih course apa yang sesuai,boleh la TEKAN SINI. Awak juga boleh buat ujian minat kerjaya. Sila KLIK DI SINI :)
Fyqah dah buat ujian minat kerjaya tu.Mungkin Fyqah jawab  entah pape so keputusan ujian itu pun entah pape juga..hehe..Kalau boleh jawablah soalan-soalan tu betul-betul.Jangan jawab main-main macam Fyqah ni :3 Dan kepada kawan-kawan yang nak mohon apa-apa biasiswa, boleh ke After School Scholarship . Ada banyak scholarship yang tengah open sekarang. So,kawan-kawan boleh la mohon :)

Btw, di kesempatan ini Fyqah nak ucapkan syabas dan tahniah kepada 15 793 kawan-kawan yang seangkatan dengan Fyqah dan 31 orang kawan-kawan sekolah Fyqah yang berjaya memperoleh semua A dalam SPM 2012.Congrats you alllls! Alhamdulilah :') Daripada 31 orang tu, 3 orang kawan baik Fyqah telah berjaya memperoleh semua A.Syukur Alhamdulilah.I'm so proud of you ,Sue,Azma and Nurin. Congrats! Fyqah memang dah jangka diorang boleh dapat keputusan yang cemerlang. Azma dan Nurin terutamanya sangat rajin kat kelas.Tak macam Fyqah ni pemalas. Patutlah dapat result macam tu :3  Sue pun tak kurang hebatnya. Dia pun rajin juga walaupun kuat bergosip..haha..Gurau jelah ^_^

Kawan-kawan Fyqah yang berjaya dapat straight A (Malay)  
Diorang masuk Berita Harian.Bestnyaaaaaa ^^
Dari kiri : Azma,Nurin,Nisa,Syira,Tiyra,Fatin dan Raja. 
Sue tak ada dalam gambar ni sebab ada hal tertentu :)

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Perjalanan hidup kita baru saja hendak bermula.Teruslah maju ke hadapan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi.Selamat maju jaya kawan-kawan :)

Tuesday, 12 March 2013

Oh SPM :\

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Ehem ehem ehem..Apa khabar ?? Fyqah harap awak semua berada dalam keadaan sihat walafiat.In Sha Allah :) Mesti awak semua tertanya-tanya keadaan Fyqah sekarang ni kan? Haha *penghasaan* Well, Fyqah sekarang ni tak berapa sihat sebab kepala Fyqah selalu sangat sakit sejak kebelakangan ini :') Fyqah tahu mesti awak semua susah hati tapi jangan risau ye Fyqah okay je..hahaha :D Gurau-gurau je la.Fyqah tahu tak ada sape pun yang kisah ^_^

Sebenarnya, Fyqah selalu sakit kepala bukan apa,maklum la kan keputusan SPM tak lama lagi nak keluar. Lagi 8 hari .Takutnyaaaaaa :'\ Setiap hari hati Fyqah tertanya-tanya, otak Fyqah terbayang-bayang macam mana agaknya nanti result Fyqah. Okay kepala Fyqah dah mula sakit sekarang ni bila cakap pasal SPM.Allahu Akbar! :')

Semakin hari, jantung Fyqah berdegup makin kencang.Cepatnya macam berlalu :( Titew tatut angat angat..Fyqah tahu ,awak semua mesti rasa nak hulur kaki masing-masing kat muka Fyqah bila baca ayat macam tu,kan?? Dah tau dah..Sebab tu Fyqah dah bersedia awal-awal..hahaha :D

Awak nak tau tak,sepanjang menunggu keputusan SPM ni, Fyqah dah 2 kali mimpi dapat keputusan SPM. Mimpi yang pertama tu agak seram juga sebab ada hantu...Haha..Fyqah mimpi dapat result antara yang terbaik tapi tak tahu la bape A.Mimpi kali kedua pula, Fyqah dapat 9A 1B.Hal ini menambahkan 'kegementaran' dalam diri Fyqah. Mak Fyqah kata, kalau mimpi macam tu nanti jadi sebaliknya.Ahh?? Maksudnya teruk ke result Fyqah..Ya Allah, minta dijauhkan la :''''''( 

Abang Fyqah dah bagi amaran awal-awal lagi, dia kata "Along nak tengok kau ambil keputusan kat atas pentas.Kalau tak,siap kau." Abang Fyqah cakap,dia sanggup tak pergi kelas pada masa tu semata-mata nak tengok Fyqah ambil keputusan SPM kat atas pentas. Nampak tak betapa tingginya harapan abang Fyqah. Sungguh berat beban yang diletakkan ke atas bahu Fyqah ni. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya bahu Fyqah menggalas semua beban ni :'( 

Fyqah nak sangat tengok senyumann kegembiraan pada wajah ibu bapa Fyqah,guru-guru Fyqah,abang Fyqah dan semua orang yang Fyqah sayang, pada hari tersebut.Fyqah tak nak kecewakan semua orang yang Fyqah sayang. Bagi Fyqah, itu adalah hadiah yang paling mahal dan memori yang paling indah dalam hidup Fyqah :') Walau apa-apa pun,Fyqah tawakal pada Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Fyqah.Betul tak? :')

Abang2,kakak2 dan adik2 sekalian, doakan Fyqah ye. Doakan Fyqah dan semua calon SPM 2012 memperoleh keputusan yang cemerlang dan boleh membanggakan kedua-dua ibu bapa kami :') 


Buat semua Batch 95, Fyqah nak ucapkan SEMOGA BERJAYA! Fyqah doakan awak semua memperoleh keputusan yang paling cemerlang.Aamin ^_^ Pesanan Fyqah buat kawan-kawan termasuk diri Fyqah sendiri, walau macam mana pun keputusan yang kita dapat nanti, jangan lupa ucap ALHAMDULILAH.Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya dan apa yang Dia bagi itulah  yang TERBAAAAAAAAAAIK.Bersyukurlah.Yang penting kita dah berusaha,berdoa dan kita serahkan segala-galanya pada Allah :')

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.In Sha Allah, kalau Fyqah rajin,Fyqah post entry lepas ambil result nanti :') Fyqah minta maaf seandainya entry Fyqah ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Kita dah buat yang TERBAIK tapi Allah lebih tahu apa yang TERBAIK buat diri kita :')

 
© Fyqah Ismail