Friday, 6 April 2012

AISYAH SHAKIRAH :)

Apa khabar kawan2 semua? Fyqah doakan awak semua dalam keadaan sihat sejahtera :) Sudah seminggu Fyqah tak post apa2 entry kat blog ni. Seminggu rasa macam setahun je..hehe. Maaflah minggu ni Fyqah tersangatla sibuk dengan tugasan sebagai seorang CALON SPM 2012. Soalan kerja kursus PA dah dapat, tinggal nak buat je :) Insyaallah Fyqah dapat siapkan sebelum bulan 5 :)

Hari ini Fyqah berbesar hati nak cerita mengenai seorang vlogger. Vlogger yang Fyqah maksudkan ialah kak AISYAH SHAKIRAH :) Kenal tak? Kalau tak kenal biar Fyqah kenal kan kat awak semua :)


BIODATA AISYAH SHAKIRAH

Nama: Aisyah Shakirah Suhaidi
Umur: 18 tahun
Tarikh lahir: 1 Oktober 1994
Asal: Jitra,Kedah

Okay itu je yang Fyqah tahu tentang kak aisyah ni. Kalau awak semua nak kenal lebih dapat dengan kak Aisyah ni, boleh la usha2 blog dia yang sangat cantik dan banyak maklumat yang menarik di situ :) Fyqah selalu la juga stalk blog dia.kantoi sudah.hehe Sejujurnya, blog kak Aisyah TERBAIK!! :D

Kita cerita fasal video kak Aisyah lak eh. Kebanyakan video2 kak Aisyah berbahasa Inggeris dan berunsur dakwah. Fasih sungguh dia 'speaking' Inggeris. Sejujurnya, video2 kak Aisyah memang AWESOME! So, jangan ketinggalan tengok video2 kak Aisyah. Kalau tak tengok rugi tau :)

Sesuatu yang menarik tentang kak Aisyah, dia seorang yang kreatif. Fyqah suka tengok hasil handmade  kak Aisyah. CANTIK SANGAT ^_^ Inilah antara hasil handmade kak Aisyah:





#sorry kak Aisyah kita tak minta izin dulu amik pic2 ni.. maafkan kita ye :(

Btw,semalam Fyqah ada tengok video terbaru MRTHEALLSHARED. Video mereka yang terbaru ni berbahasa Inggeris. Wah nak lawan kak Aisyah nampak..hehehe..Gurau jelah. Fyqah tak sangka la pula abg azfar dan abg arif tak pandai speaking mcm Fyqah.hehe.tapi video tu memang lawak :D Kalau awk semua nak tengok boleh la klik di link di bawah ini ye :)

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa terutama Kak Aisyah. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~Practice make Perfect~

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail