Sunday, 1 April 2012

APRIL FOOL HARAM DISAMBUT!!!

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Fyqah masih lagi tak tidur sebab sibuk menyiapkan skrip ULBS. Insyaallah esok dah siap :) Doakan Fyqah dapat buat pembentangan dengan baik hari Selasa ni :)
Macam biasa setiap kali Fyqah on laptop mesti Fyqah on9 Facebook sekali.hehe. 
Tadi Fyqah sempat baca status2 kawan2 fb Fyqah.Salah satu status yang Fyqah baca ialah:


Memandangkan hari ini dah masuk 1 April, ramai orang yang buat status pasal APRIL FOOL. Untuk pengetahuan semua Muslimin dan Muslimat,  APRIL FOOL HARAM DISAMBUT. Saya ulangi HARAM DISAMBUT!! *soriterikutcaraabgAzfar >.<*

APAKAH ITU APRIL FOOL??
         APRIL FOOL iaitu  1 April yang biasanya disambut oleh semua manusia di dunia ini. Hari tersebut tidak disambut oleh mamalia yang lain selain daripada manusia. Pada zahirnya, manusia beranggapan hari APRIL FOOL  ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun begitu,sedarkah anda bahawa APRIL FOOL ini hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat Islam menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

        Memang tidak dinafikan bergurau terlebih batas tidak mempunyai unsur penipuan dan sebagainya. Namun pada hari APRIL FOOL, pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu dititik beratkan dan perhatikan.

KENAPA HARAM?
Antara sebab-sebab APRIL FOOL HARAM ialah:
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

~Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]~


Jadi awak semua dah tau kan APRIL FOOL HARAM DISAMBUT.



Baiklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah harap selepas ni semua umat Islam janganlah sambut APRIL FOOL. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

 ~Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].~







No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail