Sunday, 15 April 2012

SAY 'NO' TO COUPLE


Hari ini Fyqah nak bincang tentang satu topik yang menarik iaitu COUPLE.Couple sudah menjadi trend sekarang dalam kalangan remaja masa kini. Walaupun sudah diberitahu bahawa couple itu HARAM, ramai remaja yang  masih bercouple. Kadang-kadang Fyqah tertanya-tanya,best sangat ke couple tu sampai hukum agama pun diendahkan?? 

Pada pendapat Fyqah couple itu hanya membuang masa sahaja je. Nak tau kenapa? Sebab kita sibuk membuang masa merindui orang yang tdk halal bagi kita. Rasulullah merindui kita,Allah merindui kita, tp kita merindui orang yang tidak sepatutnya kita rindui. Tepuk dada tanya selera :)

Couple juga boleh menyebabkan pelajaran kita terabai. Oleh sebab kita sangat mnyintai seseorang itu, kita terlupa akan pelajaran kerana kita sibuk memikirkan dia setiap masa. Kita bimbang kalau dia curang dengan kita. Apatah lagi kalau bf/gf kita tu hensem/cantik. Mestilah kita lagi risau kan? 

Okay di sini nak share 5 sebab single itu best yang Fyqah dapat daripada FB:

‎5 sebab Single itu Best!!

1. Sebab tak rugi duit untuk topup . ✔ 

2. Sebab malam2 tak payah text & call sampai tertido Boleh tido terus . ✔ 

3. Sebab takkena berleter itu ini itu ini (bla bla bla). ✔ 

4. Sebab tak ada org ganggu tengah tido dgn bunyi handphone. ✔

5. Sebab takda org nak cemburu. ✔


Ada lagi satu sebab yang tertinggal. sebab yang ke-6 kita bebas daripada melakukan zina :) 

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
( Surah Al-Israa’(17) ayat 32)

Pesanan buat kaum hawa:Wahai kawan-kawan yang Fyqah kasihi sekalian, janganlah kamu menjalinkan hubungan yang tidak halal ini. Percayalah satu hari nanti pasti Allah akan pertemukan kamu dengan insan yang baik dan mulia hatinya :) Cinta selepas kahwin meruapakan cinta yang paling MANIS sekali :)

#Untuk pengetahuan semua,Fyqah belum kahwin lagi tau. Informasi-informasi ini Fyqah baca dri artikel2 di internet dan buku2 :)


SKETSA:


SEBELUM MASUK KELAS


akhy 1 : bro,ko xbosan ke xde awek.

Akhy 2 : xdelah
akhy 1 : yelah, awk tu aku tngk mcm xda feel je ngan pmpuan.ko xsuke pmpuan ea?heheh.
Akhy 2 : mana ade,aku normal lah,aku dah ade pasanganlah
akhy 1 : yeke?ko xpenah cite pun,eh share2 la.
Akhy 2 : kan Allah dah kate,setiap manusia tu dijadikan berpasang-pasangan.maknanye aku ne dh ada pasangan,cume blum jmpa lg,jodoh xkn kemane la bro.eh kamu pasti ke awek tu
 milik kamu?kalau ye,nikah je..lg bgs.dah2 jum masok kelass.

Akhy 2 : erkk jum.






Okayla sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Fyqah mohon maaf juga sekiranya informasi yang bagi ini ada yang salah..Tolong dibetulkan ya :) Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."~

~“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”~





No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail