Sunday 6 January 2013

Sekolah Rendah :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

*Idea please come back to mama* Okay okay Fyqah faham awak semua tengah layan AJL.Tak ape relak2 dulu.Tarik nafas dan jangan lepas sampai esok pagi.Okay tak lawak pun -_- Ishh mana idea ni tak datang-datang.You know what,petang tadi bukan main lagi idea datang macam air,pastu bila time nak update je,masa tu lah dia hilang tanpa dapat dikesan.Ceh -_- Sabar jelah.Idea dah mai dah.*tinggg* *mentol menyala*

Petang tadi,Fyqah pergi Carrefour.Al maklumlah dah lama tak keluar rumah.Sesekali nak juga keluar rumah nak hirup udara kat luar daripada asyik duduk dalam bilik ini.Kadang-kadang bosan juga asyik duk dalam bilik online je.Otak kita pun kena bagi makan juga.Kesian dia nanti tumpul.Eh apa kena mengena? lol
Back to the topic.Terkejut beruk,gajah,kura-kura semua ada bila tengok keadaan Carrefour yang penuh dengan manusia.Pelik juga kenapa boleh ramai macam tu sekali.Then,bila dah masuk kawasan Carrefour tu benda yang pertama kena buat mestilah kena cari parking dulu kan.Tak kan nak letak kereta kat tengah-tengah jalan.Mahunya nanti ada yang tepon Majlis Bandaraya suruh tarik kereta kesayangan mak Fyqah tu kan.Bila kereta banyak agak susah nak dapat parking.Tapi,Alhamdulilah ada uncle yang baik hati bagi parking dia kat kami.THANK YOU UNCLE!! :D

Bila dah letak kereta,mestilah lepastu pergi SHOPPINGG!!!Yeah! :D lol Seriously,sesak sangat Carrefour dipenuhi dengan manusia.Ahhh!Fyqah baru teringat.Chinese New Year just around a corner.No wonderlah ramai orang.Ouuhh okayyy.. *ketuk kepala*

 Fyqah kalau pergi mall ke pasar,Fyqah suka tengok gelagat orang-orang yang berada di situ.Kadang-kadang Fyqah gelak sendiri tengok orang yang bermacam-macam kerenah tu.Sangat mencuit hati.Hehe

Tadi,bila dah habis beli semua barang-barang yang dikehendaki,Fyqah ternampak seorang budak kecil ni menangis nak sesuatu daripada ibu dia.Biasalah kan budak-budak.Hal ini membuatkan Fyqah teringat zaman masa mak Fyqah tolong lapkan hingus Fyqah (zaman kanak-kanak). Dulu masa Fyqah kecil-kecil,Fyqah baik je tak nakal.Comel je masa dulu.Haha. *tipu je :P*

Selepas pergi Carrefour,kami semua meneruskan perjalanan ke sekolah ibu Fyqah yang merangkap sekolah Fyqah masa Fyqah darjah 1-6.Dalam perjalanan,mak Fyqah hampir melanggar sebuah motor.Alhamdulilah,Allah itu Maha Penyayang.Dia masih sayang kat kami semua.Dia masih bagi peluang untuk kami bertaubat.Act,motor tu yang salah sebab tak bagi signal.Boleh pula tu diorang buat muka tak bersalah siap boleh senyum lagi tu.Sabar jelah.Walau apa-apa pun syukur Alhamdulilah tak ada apa-apa yang berlaku :')

Perjalanan dari Carrefour ke sekolah Fyqah tu,taklah lama sangat.Dalam 5 minit je kot.Hehe.Act,mak Fyqah nak kemaskan kelas dia.So,Fyqah pun kena lah tolong.Anak solehah la katakan.Haha.Solehah la sangat.Well,banyak perubahan yang telah berlaku di SK Convent.Seriously,rindu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat kat cikgu-cikgu dan rakan-rakan di sekolah ni.Terdapat banyak kenangan Fyqah di sekolah ni.Fyqah teringat pula 11 tahun yang lepas.

*Ala-ala filem P.Ramlee* 
2002 -*suara ala-ala Yus Jambu masa berlakon jadi kanak-kanak* Hai tawan-tawan.Nama kita Fyqah Ismail.Kita berusia 7 tahun.Ini adalah hari pertama kita bersekolah di SK Convent.Alhamdulilah kita tak nangis pun tau masa kita mula-mula melangkah masuk kat sekolah ni sebab mak kita ada kat sini.Kita gembira sangat dapat jumpa kawan-kawan baru.Diorang semua sporting macam Fyqah..Hikhik *ketawa sambil tutup mulut* Nak tahu tak masa hari kedua,Fyqah tersalah masuk kelas.Fyqah pergi kelas 1 Bestari sepatutnya Fyqah di 1 Maju.Fyqah duduk kat kelas tu sampai nak waktu balik.Kelakar kan.Bila dah nak balik,mak Fyqah baru perasan Fyqah tersalah masuk kelas.Hehehe *senyum tunjuk gigi*

2003 - *suara ala-ala upin dan ipin* Hai kawan-kawan.Ini kisah Fyqah Ismail.Kita sekarang dah berusia 8 tahun.Nak tau tak,tadi kan cikgu tak ada tau.Pastu kawan-kawan kita semua bising.Kita pun ambil satu kelas dan tulis 'Nama Budak Yang Bising'.Sebenarnya kita bukanlah ketua darjah tapi ketua darjah tu sibuk so kita tolongla dia.Bila cikgu masuk je,kita pun serahkan kertas tu kat cikgu kita.Tapi kan cikgu tu tak buat apa-apa pun :(

2004 - *suara ala-ala upin dan ipin dah besar sikit* Hai! Kita sekarang dah berusia 9 tahun.Tahun ni kita pengawas.Jangan terkejut beruk tau.Seriously,tak ada siapa pun takut dengan kita..Sedih kan..Pinjam baju boleh??Nak kesat hingus *Double Euuuwww* Nak tahu tak,kita kan menang pertandingan Nasyid.Alhamdulilah :) Mak kita yang tolong latihkan kita dengan kawan-kawan.Masa kelas kita diumumkan sebagai pemenang,ada orang tak berpuas hati.Ada orang marah kita tiba-tiba.Kita pun tak tahu kenapa.Pelik kan diorang ni..Hurrmmm :(

2005 - *suara ala-ala Ella sakit tekak*Hooii!Fyqah sekarang dah berusia 10 tahun.Cepatkan kita membesar.Minumlah Hor hor horlicks!Pasti awak akan cepat membesar macam uncle Afdlin Shauki.Hikhik *ketawa sambil tutup mulut guna sapu tangan* Awak nak tahu tak,ada perkara aneh yang berlaku kat kelas kita.Perkara ni sungguh misteri.Tak nak lah kita cerita,takut nanti awak semua tak boleh tidur malam pula..hehe

2006 - *suara ala-ala Liyana Jasmay* Hei!Kita dah makin tinggi sekarang.Taklah tinggi macam aunty Nasha Aziz.Cuma tinggi sikitlah daripada dia *tipu! :P* Kita sunyi sekarang sebab bestfren kita dah pindah sekolah.Kita pun tak tahu kenapa dia pergi meninggalkan kita sendirian terkapai-kapai di sini.Tapi sekarang kita dah jumpa bestfren baru.Dia cantik macam kita..Hikhik..Dia baik dan sporting.Kita suka kawan dengan dia.Nama dia Lee Tse May.Kita nak bagi ucapan untuk Lee Tse May eh??Hai Tse May!Saya rindu kamu!:")

2007 - *suara ala-ala Lisa Surihani* Hai!Tahun ni kita nak UPSR.Doakan kita eh :') Ek eh nak tahu tak.Setelah 2 tahun dipecat daripada menjadi pengawas,tahun ni kita terpilih untuk jadi pengawas lagi.Kita pun tak tahu macam mana kita boleh terpilih sedangkan masa interview tu kita rasa nak pengsan tau.Cikgu Kuldeep baik hati,dia lantik kita jadi pengawas.Alhamdulilah :') Thank you teacher! ^_^

Inilah Fyqah Ismail ketika di sekolah rendah.Comel je macam awak semua dulu-dulu ^_^ Okaylah,penatlah membebel.Jom tengok gambar yang telah Fyqah ambil tadi :)

Opss atau stylista?Jujur tau :P 
Yeah I know,you will say'Opsss' right? Ok foine -_-
Next time,I'll wear like this again.lol :D

Padang sekolah.
Pelbagai acara larian yang telah Fyqah sertai masa sekolah rendah.
Bila masuk je sekolah menengah,Fyqah bersara daripada menjadi seorang atlet. *Cehhh*

My mom works hard to decorate her classroom.I hope it worth it :)

Sudut bacaan.
Seriously cantik dan kemas.Dulu masa Fyqah sekolah tak ada pula macam ni.

Papan kenyataan.

Dulu masa Fyqah sekolah,ada macam-macam binatang dalam sangkar ni.
Ada arnab,burung,ayam dan lain.Tapi sekarang 'kosong kosong ooooo'

Dulu ni tempat cikgu makan.Sekarang Fyqah tak tahulah ni bilik apa.Hehe

Pentas ni tak banyak berubah.
Kali terakhir Fyqah berdiri atas pentas ni masa buat persembahan pada Hari Kanak-kanak 2007 :')

Rindunya sekolah rendah.Orang kata Fyqah ni budak 'nerd' sebab Fyqah paling takut nak langgar peraturan sekolah.Macam-macam kenangan yang tak mungkin Fyqah dapat lupakan kat sekolah ni.Cikgu-cikgu yang sporting dan kawan-kawan yang Awesome.I really miss them :') Hopefully,I'll meet them again one day.In Sha Allah :')

Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Segala salah dan silap mohon dimaafkan.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Zaman persekolahan adalah satu zaman yang paling indah sekali.Jangan sia-siakan hidup awak ketika berada di zaman persekolahan kerana awak akan menyesal di kemudian hari.Hormatilah dan sayangilah guru-guru awak.Jangan sakiti hati mereka :)

8 comments:

  1. haha.. entri ni kelakar..
    sweet memory. :P

    ReplyDelete
  2. entri ni best ! xD
    kita sama la fyqah, masa sekolah rendah aktif je masuk sukan itu ini. tapi bila masuk sekolah menengah terus pencen. haha
    sekarang bila dah habis sekolah, tetap pencen. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Hee comel jaa akak punya zaman persekolahan. Ermm kuat lagi yaa ingatan akak. :3

    ReplyDelete
  4. @Hana
    Haruslah dik! kenangan masa sekolah rendah adalah kenangan yang paling Indah :'D

    ReplyDelete
  5. kelakarlah.. hahaha apapun, kenangan yg abadi setiap org, bg yg tak bersekolah tu xtau la.. huuuu rindunyaaa zaman persekolahan dlul... ;(

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail