Wednesday, 30 May 2012

Segmen:Up Followers Blog dan Twitter


Hari ini Fyqah join segmen:Up Followers Blog dan Twitter. Kalau awak nak join segmen ni boleh la KLIK SINI :)

BLOG: spmcandidate95.blogspot.com ( 23 followers)
TWITTER:@pyqah95 (22 followers)

Fyqah memang tak banyak followers dekat blog mahupun twitter. Hal ini kerana Fyqah baru sahaja buat blog dan account twitter :) hehehe ^_^

Maaf kak eyfa,Fyqah tak pandai nak tag kawan-kawan lain. Mohon dimaafkan ye :(

Oklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


Sahabat Impian Fyqah

Hari ini Fyqah penat sangat. Pagi-pagi tadi sampai sekolah kena buat Gerak Gempur Add Math..Aduuiii..Banyak Fyqah dan lupa walaupun baru je periksa hari itu..hehehe..

Hari ini Fyqah nak cerita fasal SAHABAT IMPIAN FYQAH.  Semua orang pasti ada sahabat kan?? Fyqah pun ada sahabat juga :) Fyqah bersyukur sangat sebab Allah dah pertemukan Fyqah dengan sahabat-sahabat Fyqah tersebut.Alhamdulilah :")

Namun Fyqah ada sahabat impian Fyqah sendiri. Awak semua mesti nak tau kan apakah ciri-ciri sahabat impian Fyqah tersebut. Okay Fyqah akan bagi tahu. Dan mungkin ciri-ciri sahabat impian Fyqah ni pun menjadi impian awak semua juga.


SAHABAT IMPIAN FYQAH

1. Memahami
~Seorang sahabat perlu saling memahami sikap sahabatnya. Hal ini sangat penting dalam persahabatn.

2. Setia
~Kesetiaan sangat penting dalam persahabatan. Setia bukan sahaja pada kekasih tetapi juga perlu ada pada sebuah persahabatan. Sahabat yang setia tidak akan mengkhianati sahabatnya. betul tak?? :)

3. Bertolak ansur
~Di dalam persahabatan, perlu ada sikap saling bertolak ansur. Jangan ada sikap individualistik antara sahabat. Itu hanya dapat memburukkan lagi hubungan antara sahabat.

4.Ambil berat
~Sahabat perlu sentiasa ambil berat tentang sahabatnya. Sentiasa mengambil tahu perubahan berlaku kepada sikap,kesihatan dan segala-gala perubahan yang berlaku kepada sahabt. Mungkin ada yang menggelarkannya 'busy body'. Sebenarnya 'busy body' itu kadang-kadang diperlukan dalam sesetengah perkara.

5.  Saling nasihat-menasihati
~'Nobody is perfect'.Semua orang pasti akan melakukan kesilapan.Itu adalah FAKTA. Sahabat perlu saling nasihat-menasihti sekiranya sahabatnya melakukan yang melanggar undang-undang mahupun hukum syariah.

6. Melakukan ibadat bersama-sama
~Susah sangat nak dapat sahabat yang dapat melakukan ibadat bersama-sama. Fyqah sangat mengimpikan sahabat seperti ini. Sebagai contoh,kita sama-sama puasa ataupun solat hajat sama-sama. So sweet kan?? Insyaallah satu hari nanti Allah pasti akan pertemukan Fyqah dengan sahabat sebegitu.Aminnn :)

Fyqah nak kongsi dengan awk semua tentang satu status yang Fyqah copy daripada facebook:

Kita amat bertuah jika masih ada kawan yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus.

Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah..

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh."- Saidina Umar al - Khattab.




Terus terang Fyqah katakan Fyqah amat suka melihat persahabatan yang terjalin antara kak Aisyah dan kak Nadia. Mereka sangat sweet <3 Fyqah doakan persahabatan mereka kekal selama-lamanya. Insyaallah.Aminn :)


Fyqah bersyukur sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan ramai sahabat yang sangat memahami dan mengambil berat tentang diri Fyqah. Syukur Alhamdulilah.Semoga Allah kekalkan persahabatan yang terjalin antara kami selama-lamanya. Insyaallah..Amin :)



Baiklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


~Sahabat Fyqah: Ezzaty,Mawaddah,Wafa, Fatin, Suharti,Nabila, Ain, Feline Ng, Lee Tse May, Alyssa dan
Emierza. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. I LOVE YOU SO MUCH MY BFF <3 ^^~

Sunday, 27 May 2012

Program Skor A Prinsip Perakaunan :)


Thanks to Allah. Program Skor A Prinsip Perakaunan yang Fyqah sertai pagi tadi amat berguna buat Fyqah dan rakan-rakan. Banyak perkara yang Fyqah dapat daripada program tersebut. Penceramah-penceramah pun semuanya sporting. Fyqah seronok sangat :) Insyaallah lepas ni Fyqah akan banyakkan membuat latihan bagi meningkatkan percapaian Fyqah dalam bidang akaun. Fyqah berhajat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan.Insyaallah :)

Tadi masa kursus tu Fyqah jumpa ramai kawan-kawan lama Fyqah. Antaranya Ain, Syazwani ( mungkin la sebab dia ada kembar), Farhana, Laila, dan Syahirah Zila. Sudah lama tak jumpa diorang. Fyqah rindu sangat dengan diorang semua. Masa Fyqah nak tegur Syahirah tadi, tiba-tiba Fyqah terdengar suara:

Afiey: Sombong eh awak.
Fyqah: ek eh awak pun ada :)

Tak sangka Afiey pun ada sekali.. Selain itu, Fyqah pun ada terjumpa beberapa rakan FB Fyqah. Antaranya Azfar Aizuddin dan Muhammad Dannyish :)

mood: happy selps menjalani bengkel PA :) otw to Hospital Kluang..

Selepas program tu, Fyqah dengan keluarga Fyqah pergi melawat Pak Cik Fyqah(Pak Uda) di Hospital Kluang. Hospital Kluang yang baru dibuka sangat luas dan cantik :)


Doktor suspek Pak Uda mengidap kanser hati.. Tapi semuanya itu ketentuan Allah. Doktor hanya mengesyaki sahaja. Insyaallah itu bukan kanser. Fyqah harap Pak Uda dapat menerima ujian Allah ini dengan tabah.

Firman Allah, maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Fyqah doakan Pak Uda cepat sembuh.Aminn.. Pak Uda seorang yang baik dan kelakar. Semua ahli keluarga Fyqah suka dengan Pak Uda. Pak Uda suka sangat tangkap gambar..hehe :) Love him <3

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)








Friday, 25 May 2012

Cuti Sekolah Kembali Lagi :D


Alhamdulilah.. Selesai sudah sesi persekolahan bagi awal tahun ini. Ini bermakna tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk Fyqah bersiap sedia menghadapi SPM. Cepat sungguh masa berlalu.Sekiranya Fyqah dapat undurkan masa balik, Fyqah tak akan sia-siakan masa Fyqah dengan begitu sahaja. Namun masa yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi kan??? :')

Cuti sekolah pertengahan tahun kali ini, Fyqah sangat sibuk dengan kelas tambahan. Tahun ini semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 terlibat dengan kelas tambahan. Adil kan?? :)
Kelas tambahan: Selasa,Rabu,Khamis

Setelah Fyqah merasai keperitan, kepayahan dan kesakitan belajar saat-saat akhir, Fyqah berazam untuk bersiap sedia lebih awal lagi selepas ini. Insyaallah :) Doakan impian Fyqah ni tercapai ye :)

Akhir kalam, Fyqah nak ucapkan SELAMAT BERCUTI!!!Gunakanlah masa cuti ni dengan sebaik-baiknya ye (nasihat untuk diri Fyqah sendiri juga). Lagi satu,berhati-hati di jalan raya okay :)) Fyqah doakan agar Allah sentiasa melindungi awak semua di mana pun awak semua berada.Aminnn :)


Fyqah mohon maaf sekiranya entry Fyqah ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)





Friday, 11 May 2012

Bertudung Labuh Itu Cute :)

Hari ini Fyqah nak buat entry mengenai tudung labuh. Sejujurnya, Fyqah memang suka sangat tengok perempuan yg pakai tudung labuh. Mereka sangat manis dan comel <3 ^_^ Mungkin selama ini Fyqah bertudung tetapi masih tidak sempurna. Fyqah pernah menyatakan hasrat Fyqah nak bertudung labuh kepada mak Fyqah. Insyaallah satu hari nanti Fyqah pun akan ikut jejak langkah mereka..Doakan Fyqah ye :)

Fyqah nak share satu gambar yang dishare oleh salah seorang kawan FB Fyqah yang baik hati yg bernama Adib Muhsin. Terima kasih ye awak sebab sudi berkongsi ^_^


Ada orang kata.. "jangan nak bangga sangat dengan tudung labuh atau besar, tudung labuh/ besar..tak semestinya baik ! "

Jawapan saya :

Bertudung labuh bukan untuk mengatakan diri bahawa "aku lebih baik dari orang yang bertudung pendek" atau pun " aku lebih banyak ilmu dari orang lain".

Kadang-kadang dengan tudung yang labuh & besar boleh menyebabkan diri kita "sedar" supaya tak terjebak denganperkara yang tidak baik dan dapat juga mengawal diri menjadi lebih baik disebabkan bertudung labuh atau besar.

Sama juga kisahnya seperti orang berkopiah..kadang-kadang bukan disebabkan diri lebih banyak ilmu atau diri lebih baik, tapi dengan kopiah atas kepala..dapat menyedarkan diri daripada buat perkara tak baik dan sekaligus dapat menjaga iman.

Pakai lah apa pun, yang penting menutup aurat. Yang pasti..setiap orang nak buat yang paling terbaik kan? :)


Manusia memang tak sempurna, manusia tak kan boleh jadi sempurna tapi manusia boleh jadi yang paling terbaik. Kalau boleh, akhlak itu secantik penampilan diri.

Biasanya saya lihat mereka yang bertudung labuh ni ada pakej tau :

Tudung labuh + baju labuh + baju longgar + pakai stokin + baju tak jarang + tahap malu lebih tinggi + jaga pergaulan

Ni adalah kebiasaan..mungkin kalau korang nampak akhlak yang kurang baik, itu mungkin kes yang terpencil..bukan nak kata bertudung tak labuh atau tak besar itu yang sebaliknya, tapi sekarang saya cuma nak cerita tentang si pemakai tudung labuh je ~


P/s : Sentiasa nak buat yang terbaik ..insyaAllah



Fyqah setuju sangat dengan pendapat Muslimah ini. Insyaallah satu hari nanti Fyqah akan jadi seperti Muslimah tersebut. 

"Where there's a will there's a way" -"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"  :)

#minggu dpn byk subjek mencabar. Doakan Fyqah dapat buat yg terbaik dalam peperiksaan pertghn thun. Insyaallah :)

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini menyakiti hati sesiapa. Sesunggunya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~JOM KITA TUTUP AURAT~

Monday, 7 May 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ^_^

Esok semua pelajar Tingkatan 5 di negeri Johor akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Fyqah nak ucapkan selamat maju jaya. Tahun ni semua soalan pertengahan tahun setara seluruh negeri Johor. Fyqah harap Fyqah dapat menjawab semua soalan dengan tepat insyaallah :)

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN :)

TARIKH
MASA
SUBJEK
3/5/2012
1.00-2.00
PJK
8/5/2012
8.45-10.30
11.30-2.00
BAHASA MELAYU 1
BAHASA MELAYU 2
9/5/2012
8.45-10.30
11.15-2.00
BAHASA INGGERIS 2
BAHASA INGGERIS1
11/5/2012
7.40-10.10
11.00-12.12
MATHEMATICS 2
MATHEMATICS 1
14/5/2012
8.00-10.30
1.00-2.00
SEJARAH 2
SEJARAH 1
15/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.25
12.30-2.00
CHEMISTRY 2
CHEMISTRY
CHEMISTRY 3
16/5/2012
7.30-8.30
PSK
17/5/2012
8.30-10.30
11.30-2.00
ADDITIONAL MATH 1
ADDITIONAL MATH 2
18/5/2012
7.40-10.10
11.00-12.15
PRINSIP AKAUN 2
PRINSIP AKAUN 1
21/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.5
12.30-2.00
PHYSICS 2
PHYSICS 1
PHYSICS 3
22/5/2012
8.50-10.30
12.20-2.00
AGAMA 1
AGAMA 2
23/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.25
12.30-2.00
BIOLOGY 2
BIOLOGY 1
BIOLOGY 3


Inilah jadual periksa pertengahan tahun sekolah Fyqah. Doakan Fyqah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Aminnn :)

Ya Allah, Kau permudahkan aku dan rakan-rakanku
menjawab peperiksaan pertengahan tahun.
Berikanlah kami kejayaan dalam peperiksaan ini.
Aminn...

Di sini Fyqah ingin berkongsi doa menghadapi peperiksaan. Amalkanlah insyaallah kita akan memperolehi kejayaan bersama :)

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”



Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:



سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:



اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”



Baiklah sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang daripda diri Fyqah sendiri. Sekali lagi Fyqah nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Buat betul-betul tau. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.~ 


Sunday, 6 May 2012

TAHNIAH KAK DENA BAHRIN :)

Today I will write this entry special to kak Dena Bahrin :) I'm sure among of you must be curious who is Dena Bahrin. Actually, kak Dena is a  vlogger and a blogger. Have you watched this video  before???


Yeah,she had been engaged on 17/12/11 and on 28/4/12 she had been married at the age 20 years :')
Wow, really amazing. At the age of 20 years old she has been married with a man that her family had chosen for her.

Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku.


 (HR Ibnu 'Addi)


Alhamdulilah :)





kak dena: terlalu janggal sampai Teragak agak untuk salam sampai kena gelakkan, tapi itu yang manis.

she's beautiful <3


kak dena said: Tersipu dan terlalu malu untuk tenung mata dan senyum,tapi itu yang manis.



CONGRATES KAK DENA. SO SWEET :) BOTH OF YOU BAGAI PINANG DIBELAH DUA ^_^
Bercinta selepas kahwin adalah sesuatu yang paling manis <3

I'm sure will be fall in love with him one day :) Insyaallah. I'm proud of you <3

Here the gift for you and your husband :)

#kak dena maaf kalu xcantik :(

Thats all for today. I'm so sorry if this entry had hurt some of you especially kak dena. I'm so sorry :( 
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu daripda diri Fyqah sendiri. 
With that I thank you.
Assalamualaikum :)

~Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".~


Tuesday, 1 May 2012

Selamat Menyambut Hari Pekerja :)

Selamat Hari Buruh buat semua pekerja di Malaysia!!! Hari ini 1 Mei 2012. Hari yang istimewa buat semua pekerja di Malaysia apabila mereka diberi keistimewaan untuk menyambut Hari Pekerja. Tujuan Hari Pekerja ini disambut untuk menghargai jasa para pekerja di Malaysia ini.

Fyqah tertanya-tanya kenapa 1 Mei dipilih sebagai tarikh untuk menyambut Hari Pekerja. Bagi menjawb semua persoalan ini, Fyqah tanya geng2 KakiLike. Ini antara respons yang Fyqah terima :










Fyqah nak ucapkan terima kasih banyak kepada geng2 KakiLike yang sudi memberi komen walaupun komen2 yang diberikan merepek. Tapi tak apa la Fyqah terima dengan hati yang terbuka :)

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon maaf sekirannya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

p/s: Ada sambutan lain di sebalik Hari Pekerja?? untuk maklumat lanjut klik link di bawah ini:



 
© Fyqah Ismail