Monday 7 May 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN ^_^

Esok semua pelajar Tingkatan 5 di negeri Johor akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Fyqah nak ucapkan selamat maju jaya. Tahun ni semua soalan pertengahan tahun setara seluruh negeri Johor. Fyqah harap Fyqah dapat menjawab semua soalan dengan tepat insyaallah :)

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN :)

TARIKH
MASA
SUBJEK
3/5/2012
1.00-2.00
PJK
8/5/2012
8.45-10.30
11.30-2.00
BAHASA MELAYU 1
BAHASA MELAYU 2
9/5/2012
8.45-10.30
11.15-2.00
BAHASA INGGERIS 2
BAHASA INGGERIS1
11/5/2012
7.40-10.10
11.00-12.12
MATHEMATICS 2
MATHEMATICS 1
14/5/2012
8.00-10.30
1.00-2.00
SEJARAH 2
SEJARAH 1
15/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.25
12.30-2.00
CHEMISTRY 2
CHEMISTRY
CHEMISTRY 3
16/5/2012
7.30-8.30
PSK
17/5/2012
8.30-10.30
11.30-2.00
ADDITIONAL MATH 1
ADDITIONAL MATH 2
18/5/2012
7.40-10.10
11.00-12.15
PRINSIP AKAUN 2
PRINSIP AKAUN 1
21/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.5
12.30-2.00
PHYSICS 2
PHYSICS 1
PHYSICS 3
22/5/2012
8.50-10.30
12.20-2.00
AGAMA 1
AGAMA 2
23/5/2012
8.00-10.30
11.10-12.25
12.30-2.00
BIOLOGY 2
BIOLOGY 1
BIOLOGY 3


Inilah jadual periksa pertengahan tahun sekolah Fyqah. Doakan Fyqah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Aminnn :)

Ya Allah, Kau permudahkan aku dan rakan-rakanku
menjawab peperiksaan pertengahan tahun.
Berikanlah kami kejayaan dalam peperiksaan ini.
Aminn...

Di sini Fyqah ingin berkongsi doa menghadapi peperiksaan. Amalkanlah insyaallah kita akan memperolehi kejayaan bersama :)

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”



Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:



سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”

Doa memohon kejayaan cemerlang:



اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”



Baiklah sampai di sini sahaja entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang daripda diri Fyqah sendiri. Sekali lagi Fyqah nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Buat betul-betul tau. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

~Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.~ 


No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail