Sunday 27 May 2012

Program Skor A Prinsip Perakaunan :)


Thanks to Allah. Program Skor A Prinsip Perakaunan yang Fyqah sertai pagi tadi amat berguna buat Fyqah dan rakan-rakan. Banyak perkara yang Fyqah dapat daripada program tersebut. Penceramah-penceramah pun semuanya sporting. Fyqah seronok sangat :) Insyaallah lepas ni Fyqah akan banyakkan membuat latihan bagi meningkatkan percapaian Fyqah dalam bidang akaun. Fyqah berhajat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perakaunan.Insyaallah :)

Tadi masa kursus tu Fyqah jumpa ramai kawan-kawan lama Fyqah. Antaranya Ain, Syazwani ( mungkin la sebab dia ada kembar), Farhana, Laila, dan Syahirah Zila. Sudah lama tak jumpa diorang. Fyqah rindu sangat dengan diorang semua. Masa Fyqah nak tegur Syahirah tadi, tiba-tiba Fyqah terdengar suara:

Afiey: Sombong eh awak.
Fyqah: ek eh awak pun ada :)

Tak sangka Afiey pun ada sekali.. Selain itu, Fyqah pun ada terjumpa beberapa rakan FB Fyqah. Antaranya Azfar Aizuddin dan Muhammad Dannyish :)

mood: happy selps menjalani bengkel PA :) otw to Hospital Kluang..

Selepas program tu, Fyqah dengan keluarga Fyqah pergi melawat Pak Cik Fyqah(Pak Uda) di Hospital Kluang. Hospital Kluang yang baru dibuka sangat luas dan cantik :)


Doktor suspek Pak Uda mengidap kanser hati.. Tapi semuanya itu ketentuan Allah. Doktor hanya mengesyaki sahaja. Insyaallah itu bukan kanser. Fyqah harap Pak Uda dapat menerima ujian Allah ini dengan tabah.

Firman Allah, maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Fyqah doakan Pak Uda cepat sembuh.Aminn.. Pak Uda seorang yang baik dan kelakar. Semua ahli keluarga Fyqah suka dengan Pak Uda. Pak Uda suka sangat tangkap gambar..hehe :) Love him <3

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)








No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail