Friday, 25 May 2012

Cuti Sekolah Kembali Lagi :D


Alhamdulilah.. Selesai sudah sesi persekolahan bagi awal tahun ini. Ini bermakna tinggal 5 bulan sahaja lagi untuk Fyqah bersiap sedia menghadapi SPM. Cepat sungguh masa berlalu.Sekiranya Fyqah dapat undurkan masa balik, Fyqah tak akan sia-siakan masa Fyqah dengan begitu sahaja. Namun masa yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali lagi kan??? :')

Cuti sekolah pertengahan tahun kali ini, Fyqah sangat sibuk dengan kelas tambahan. Tahun ini semua murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 terlibat dengan kelas tambahan. Adil kan?? :)
Kelas tambahan: Selasa,Rabu,Khamis

Setelah Fyqah merasai keperitan, kepayahan dan kesakitan belajar saat-saat akhir, Fyqah berazam untuk bersiap sedia lebih awal lagi selepas ini. Insyaallah :) Doakan impian Fyqah ni tercapai ye :)

Akhir kalam, Fyqah nak ucapkan SELAMAT BERCUTI!!!Gunakanlah masa cuti ni dengan sebaik-baiknya ye (nasihat untuk diri Fyqah sendiri juga). Lagi satu,berhati-hati di jalan raya okay :)) Fyqah doakan agar Allah sentiasa melindungi awak semua di mana pun awak semua berada.Aminnn :)


Fyqah mohon maaf sekiranya entry Fyqah ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)





No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail