Wednesday, 30 May 2012

Sahabat Impian Fyqah

Hari ini Fyqah penat sangat. Pagi-pagi tadi sampai sekolah kena buat Gerak Gempur Add Math..Aduuiii..Banyak Fyqah dan lupa walaupun baru je periksa hari itu..hehehe..

Hari ini Fyqah nak cerita fasal SAHABAT IMPIAN FYQAH.  Semua orang pasti ada sahabat kan?? Fyqah pun ada sahabat juga :) Fyqah bersyukur sangat sebab Allah dah pertemukan Fyqah dengan sahabat-sahabat Fyqah tersebut.Alhamdulilah :")

Namun Fyqah ada sahabat impian Fyqah sendiri. Awak semua mesti nak tau kan apakah ciri-ciri sahabat impian Fyqah tersebut. Okay Fyqah akan bagi tahu. Dan mungkin ciri-ciri sahabat impian Fyqah ni pun menjadi impian awak semua juga.


SAHABAT IMPIAN FYQAH

1. Memahami
~Seorang sahabat perlu saling memahami sikap sahabatnya. Hal ini sangat penting dalam persahabatn.

2. Setia
~Kesetiaan sangat penting dalam persahabatan. Setia bukan sahaja pada kekasih tetapi juga perlu ada pada sebuah persahabatan. Sahabat yang setia tidak akan mengkhianati sahabatnya. betul tak?? :)

3. Bertolak ansur
~Di dalam persahabatan, perlu ada sikap saling bertolak ansur. Jangan ada sikap individualistik antara sahabat. Itu hanya dapat memburukkan lagi hubungan antara sahabat.

4.Ambil berat
~Sahabat perlu sentiasa ambil berat tentang sahabatnya. Sentiasa mengambil tahu perubahan berlaku kepada sikap,kesihatan dan segala-gala perubahan yang berlaku kepada sahabt. Mungkin ada yang menggelarkannya 'busy body'. Sebenarnya 'busy body' itu kadang-kadang diperlukan dalam sesetengah perkara.

5.  Saling nasihat-menasihati
~'Nobody is perfect'.Semua orang pasti akan melakukan kesilapan.Itu adalah FAKTA. Sahabat perlu saling nasihat-menasihti sekiranya sahabatnya melakukan yang melanggar undang-undang mahupun hukum syariah.

6. Melakukan ibadat bersama-sama
~Susah sangat nak dapat sahabat yang dapat melakukan ibadat bersama-sama. Fyqah sangat mengimpikan sahabat seperti ini. Sebagai contoh,kita sama-sama puasa ataupun solat hajat sama-sama. So sweet kan?? Insyaallah satu hari nanti Allah pasti akan pertemukan Fyqah dengan sahabat sebegitu.Aminnn :)

Fyqah nak kongsi dengan awk semua tentang satu status yang Fyqah copy daripada facebook:

Kita amat bertuah jika masih ada kawan yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus.

Cuba bayangkan, kita dikerumuni kawan-kawan yang langsung tidak pernah membawa kita mengingati Allah, yang hanya tahu berhibur, bergelak ketawa dan mengajak kita kepada perkara-perkara yang membawa kemungkaran Allah..

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh."- Saidina Umar al - Khattab.




Terus terang Fyqah katakan Fyqah amat suka melihat persahabatan yang terjalin antara kak Aisyah dan kak Nadia. Mereka sangat sweet <3 Fyqah doakan persahabatan mereka kekal selama-lamanya. Insyaallah.Aminn :)


Fyqah bersyukur sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan ramai sahabat yang sangat memahami dan mengambil berat tentang diri Fyqah. Syukur Alhamdulilah.Semoga Allah kekalkan persahabatan yang terjalin antara kami selama-lamanya. Insyaallah..Amin :)



Baiklah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini. Fyqah mohon ampun dan maaf sekiranya entry ini ada menyakiti hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri Fyqah sendiri. Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)


~Sahabat Fyqah: Ezzaty,Mawaddah,Wafa, Fatin, Suharti,Nabila, Ain, Feline Ng, Lee Tse May, Alyssa dan
Emierza. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. I LOVE YOU SO MUCH MY BFF <3 ^^~

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail