Wednesday, 19 December 2012

30,474 Calon PMR 2012 Mendapat Straight A?

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...



TTTTTTAAAAAAHHHHHHNNNNNIIIIAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!!!!Ambil punya panjang tahniah yang kak Fyqah bagi kat adik-adik yang telah berjaya memperoleh straight A dalam PMR 2012.Dah ucap ALHAMDULILAH belum?Dah sujud syukur belum?Kalau belum pergi buat sekarang.NOW! Kan kak Fyqah dah start membebel.Okay kalau dah siap buat semua tu, boleh teruskan membaca entry ni.Hehe.Jangan marah ye adik-adik nanti tak comel macam Neelofa.LOL :D

Seperti yang semua penduduk Malaysia sedia maklum,hari ini 19 Disember 2012 merupakan tarikh yang amat bermakna bagi semua calon-calon PMR 2012.Segala usaha mereka sebelum ini yang menentukan sama ada mereka akan menangis kegembiraan ataupun menangis kegagalan semasa mengambil keputusan PMR.Tahniah kepada 30,474 calon-calon PMR yang kak Fyqah percaya mereka menangis kegembiraan apabila melihat keputusan PMR yang amat membanggakan.Tahniah kak Fyqah ucapkan.Kepada adik-adik yang tidak berjaya,jangan putus asa.Adik-adik ada lagi satu peluang lagi untuk menebus kegagalan adik-adik dengan berjaya dalam SPM.In Sha Allah.

GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA.Kak Fyqah tahu adik-adik mesti sedih sebab tak dapat nak membanggakan ibu bapa adik-adik,bukan?Takpelah mungkin bukan rezeki adik-adik.Perkara yang paling penting adik-adik semua dah berusaha :) Tak mau sedih-sedih ye.Tak semestinya bila adik-adik gagal dalam PMR,adik-adik akan gagal juga dalam SPM.Kegagalan sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih maju lagi pada masa hadapan.Jadi,JANGAN PUTUS ASA,okay? :)

Kak Fyqah nak berkongsi sikit saat-saat kak Fyqah ambil result PMR.Kak Fyqah terkilan sangat sampai sekarang sebab tak dapat nak ambil result dengan kawan-kawan kak Fyqah.Pagi sebelum nak pergi ambil result,kak Fyqah dapat sms daripada kawan-kawan kak Fyqah.Diorang semua tanya nak pergi sekolah berapa la bla bla bla.Tapi kak Fyqah ni degil tak nak pergi awal.Konon takut resukt keluar lambat.Last-last kak Fyqah pergi sekolah dalam pukul 12.Memang dah kosong sekolah masa tu.Sedih sangat-sangat :'( Kak Fyqah tak bagi mak kuar dari kereta.Kak Fyqah nak pergi ambil result sorang-sorang.Haha.Bukan apa kak Fyqah takut dia kecewa.So,kak Fyqah pun pergilah dewan jumpa guru kelas kak Fyqah,Encik Yusup.Masa tu rasa macam jantung ni nak terkeluar dah.Degupannya sangat laju.Nervous.

Encik Yusup: Eh awak.Awak tak boleh ambil result sebab awak datang lambat.
Fyqah:Ahhhh??? *muka cuak*
Encik Yusup:Haha.Tak adalah.
Fyqah: *dalam hati membebel* This is not funny Encik Yusup
Encik Yusup : Tahniah awak dapat 8A.Slip keputusan awak boleh ambil kat pejabat.Tadi yang dapat 8A semua dah ambil kat atas pentas.Disebabkan awak datang lambat,awak boleh pergi ambil kat pejabat.
Fyqah:Ouhh okay. *dalam hati membebel* Alhamdulilah :')

Bila tiba kat pejabat,kak Fyqah nampak adalah dalam 3,4 orang yang beratur.Dalam hati kak Fyqah membebel "Mesti diorang dapat 8A juga." Kak Fyqah pun beraturlah kat luar pejabat.Seorang demi seorang masuk untuk mengambil keputusan.Tiba giliran kak Fyqah.Kak Fyqah pun masuklah tak kan lah nak berdiri macam patung barbie doll pula kan.LOL. Pastu makcik kerani pun mintalah nombor ic.Then,kak Fyqah berbual dengan seorang cikgu ni,Puan Khulasah.

Fyqah:Cikgu berapa orang dapat straight A?
Puan Khulasah:100+ *tak ingat -_-* Menurun sikit daripada tahun lepas.
Fyqah: Ouhhhh :)

Lepas dah dapat result,kak Fyqah pun cabut keluar dari pejabat tu.Hehe.Kat luar,kak Fyqah jumpa mak dan adik-beradik kak Fyqah.

Mak:Dapat berapa A?
Fyqah: 7A 1A 
Mak: Ahhh???
Fyqah:8A la
Mak:Alhamdulilah :')

Actually,mak Fyqah dah tau dulu.Tak adil!Abang kak Fyqah   baca sms dari kawan kak Fyqah,Iza. Kak Fyqah kongsi handphone dengan abang masa tu.Maklumlah masa tu zaman buta teknologi.Hehe.Iza sms ucap tahniah sebab kak Fyqah berjaya dalam PMR.Patutlah masa dalam kereta abang akak cakap,"Iqah dapat 8A.".Akak tertanya-tanya macam mana dia tahu sedangkan akak belum dapat result lagi.Rupa-rupanya dia curi-curi baca sms Iza.Sabar jelah.Tak dapat nak buat surprise kat mak -_-

Melihat kegembiraan ibu bapa kita kerana kejayaan kita merupakan hadiah yang paling bermakna bagi Fyqah :') Fyqah harap sangat sejarah yang berlaku pada tahun 2010 akan berulang kembali pada tahun 2013 :') Doakan kejayaan Fyqah ye dan Fyqah pun akan doakan kejayaan awak semua juga :') 

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

JANGAN KECEWA SEANDAINYA AWAK GAGAL PADA HARI INI.JADIKAN IA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK BERJAYA DENGAN LEBIH CEMERLANG PADA MASA DEPAN :)

2 comments:

  1. Saya nak sangat dapat pengalaman macam yg kak fyqah dapat!!!!! Result pmr keluar bulan depan je!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh syg..awak pun boleh dpt pengalaman macam tu.. keep praying and tawakal alallah :) Godd luck syg !

      Delete

 
© Fyqah Ismail