ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
How's your day today?It must be AWESOME right? Same as me ma.I had a great time today without CURRENT.I repeat WITHOUT CURRENT.You don't understand?Okay I'll explain in Malay words because I know in your head you must say this " TERUKNYA BAHASA INGGERIS BUDAK NI ".And I'll answer 'YES!'. I'm not good in English and I always got the worse marks in English subject. But I hope I'll get excellent result in my SPM.In Sha Allah.Do pray for me :') *tacink la pula :P*
Back to the topic,sebenarnya hari ini Fyqah 'bahagia' sangat menjalani hari-hari Fyqah TANPA BEKALAN ELEKTRIK.Semalam memang dah dapat notis pun tak ada elektrik dari pukul 10a.m- 7p.m.Malam semalam bukan main lagi rancang nak ajak mak pergi jalan-jalan pada waktu petang.So ingat nak bangun awal pastu gosok baju la apa sebab nanti tak ada elektrik.Tapi hampeh -_- Lepas je Fyqah solat subuh,Fyqah tidur balik.Bangun-bangun dah pukul berapa entah Fyqah pun tak tahu *padahal malu nak bagi tahu bangun pukul berapa*.Tengok mak dah tak ada pergi kerja.Pagi-pagi buka tudung saji tak ada makanan.Rasa sangat sedih sebab adik-adik langsung tak tinggalkan sarapan untuk kakak dia sorang ni.Selongkar punya selongkar dalam laci,terjumpa maggi goreng.Teringat pula nak buat maggi murtabak macam dalam blog yang Fyqah baca semalam.Macam sedap.Tapi nak buat maggi murtabak guna maggi kari.So,Fyqah batalkan niat tu dulu dan masak maggi goreng.
Ni namanya maggi goreng ikan sardin.First time Fyqah makan maggi dengan ikan sardin.Haha.Cuba la buat.Tapi kalau lepas makan nanti sakit perut jangan salahkan Fyqah eh?Hehe.Alhamdulilah tadi lepas Fyqah makan maggi goreng ikan sardin ni tak ada pula Fyqah asyik keluar masuk tandas macam orang lepas tertelan racun tikus *merepek*.
Fyqah makan maggi sambil layan cerita Indon saluran 131.Best juga cerita tu tapi Fyqah tak ingat pula tajuknya apa.Cerita tu mengisahkan seorang pelajar bisu dan pekak yang bernama Angel.Angel seorang yang bisu dan pekak *kan dah bagi tahu pelajar bisu dan pekak*.Dia sering di buli oleh kawan-kawan sekelasnya yang Fyqah lupa namanya apa *banyak makan semut,mungkin -_-*.Angel pandai bermain piano.Kawan-kawan kelas Angel tidak suka bila Angel menyertai pasukan muzik sekolahnya dan mereka cemburu dengan kebolehan Angel bermain piano.Pada suatu hari,kawan-kawannya itu menipunya bahawa cikgu muzik mereka memanggilnya sedangkan cikgunya tiada pada waktu itu.Di dalam bilik muzik,Angel telah diserang oleh kawan-kawannya yang jahat itu.Mereka telah menghempapkan ermmmmm.....apa eak nama benda alah tu?Tak tahu pula Fyqah sebab Fyqah bukanlah pelajar muzik.Sebelum kita nak main piano,kita kena buka benda tu dulu dan benda tulah yang telah menghempap jari-jari Angel *awchh sakitnya* .Dipendekkan cerita,masa di rumah, ayahnya marah.
Ayah: Buat kali terakhirnya,bilang shiapa yang buat semua ini?
Angel : *menggelengkan kepala*
Ayah: Shiapa??!!!!!
*tup* TV tertutup secara tiba-tiba.Cehh..Baru nak tengok apa yang ayahnya nak buat kat kawan-kawan Angel yang jahat tu.Semua adik-adik Fyqah mengeluh tak ada elektrik.Inilah manusia.Allah baru uji kita sikit dah nak mengeluh.Bukannya tak ada elektrik selamanya.Kan Fyqah dah start membebel.
Sepanjang petang tadi NO TWITTER,NO DRAMA,NO FACEBOOK,NO BLOG,NO ASK.FM.Cuma ada di sisi Fyqah hanyalah SAMSUNG GALAXY CHAMP. Selalunya dialah yang Fyqah abaikan.Tapi hari ini dialah peneman setia Fyqah.Aww so cweet gitu.LOL
Lepas mak Fyqah balik kerja,Fyqah ajak mak Fyqah keluar *kejamnya Fyqah.Mak baru balik kerja dah nak ajak keluar*.Tapi mak Fyqah tak nak.So,Fyqah pun terpaksa duduk umah yang 'berecon' tu sambil melayan mak Fyqah lawan dam dengan sepupu Fyqah,Idlan yang berusia 6 tahun.
Main dam tapi guna chest.Semua orang pernah buat kan? :P
Putih - Mak Fyqah
Hitam - Idlan
Jangan terkejut kenapa Idlan punya lagi banyak.Budak ni agak pandai bermain dam tapi dia tidak boleh mengalahkan Fyqah.Haha.Muka budak kalah macam nilah.LOL. *kejam kejam sungguh kejam*
Actually,dia lawan dengan Biha tapi Fyqah tolong Biha main sebab Biha dok bersms dengan cowoknya -_-
Kesian dia kalah :P
Idlan ni mulut dia tak boleh berhenti bercakap.Masa dia tidur pun Fyqah rasa dia bercakap mungkin.Hehe. Pot pet pot pet.Setiap kali orang cakap mesti dia lawan.Tak nak kalah budak ni.Tapi dia ni penakut.Masa kita orang tadi duk cerita hantu.Dia nak menangis.Bila tengok dia nak nangis Fyqah lagi suka nak kacau dia.Hikhik
Idlan: Dah la jangan cerita lagi. *air mata dah bergenang*
Fyqah: Eh,Idlan tahu tak kak Iqah kan pernah kena.
Idlan: *tutup telinga* Tak dengar tak dengar.
Fyqah: Pada satu hari,Kak Iqah buat kerja kat bilik tau.Pastu kak Iqah dengar orang ketuk tingkap bilik kak Iqah.Kak Iqah takutlah *buat muka takut*. Kak Iqah pun nak buka la tingkap tu.Masa kak Iqah nak buka tiba-tiba ada orang panggil "Iqah".So,kak Iqah pun tak jadi nak buka. *penuh dengan drama*
Idlan:Bohong! *pang*
Fyqah: *muka terkejut* Tak nak kawan Idlan.Jom kita masuk bilik tinggalkan Idlan sorang-sorang. *muka marah*
Wani : Ayokk kak Iqah marah
Fyqah: Jom,biarkan Idlan kat luar *Jom,tapi masih duduk lagi di atas sofa*
Idlan:Ala,kak Iqah minta maaf.
Fyqah : *muka muncung* Tak nak! *bangun dan berlalu pergi*
Actually Fyqah tak marah pun.Pandai tak Fyqah berlakon?Agak-agak boleh dapat anugerah pelakon terbaik tak?LOL.Fyqah memang dah lama pun simpan bakat Fyqah ni.Fyqah cuma malu nak tunjukkan bakat Fyqah ni.Eh dah nak muntah ke?Takpe2 Fyqah sentiasa bersedia dengan mangkuk tandas. *hulur mangkuk tandas* Muntahlah sepuas-puasnya.Haha *joke :D
Muka Idlan lepas nangis
Alhamdulilah Allah itu MAHA PENYAYANG.Di kala kami semua kepanasan Allah turunkan hujan pada petang itu.Hujan yang sangat lebat sehingga hampir banjir di kawasan halaman rumah Fyqah.Ujian Allah :')
Lawan dam dengan Bihah and I'm the winner.Muahaaha *jangan riak*
Dalam pukul 8 tadi baru ada current balik dan Fyqah terus capai laptop dan update entry ni.Hehe.Panjangkan? Maaf kerana mengambil masa 5 minit awak yang berharga itu untuk membaca entry Fyqah ini.Terima kasih la kerana sudi baca entry ini.Semoga Allah memberkati awak semua.
Okay dah penat rasanya membebel.Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah bagi kepada kita.Bila kita rasa susah,cuba fikir saudara-saudara kita yang lebih susah daripada kita.Renung-renungkan :)
No comments:
Post a Comment