ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Seperti yang awak semua sudah sedia maklum,Malaysia telah kalah dalam perlawanan Separuh Akhir Ke-2 menentang Thailand dengan 2-0.Hal ini telah melayakkan Thailand untuk ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012 dengan agregat 3-1.
Fyqah dah buat eksperimen di sebuah makmal tentang faktor kekalahan Malaysia terhadap Thailand.
1. Padang bola sepak yang TERUK
- Fyqah pasti awak semua pun perasan kan padang bola sepak Thailand sangat teruk dan ramai yang komplain pasal tu.Hal ini menyukarkan pemain Harimau Malaya untuk bermain kerana mereka masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempat tersebut.Tidak seperti pemain Thailand yang mungkin sudah biasa dengan keadaan seperti itu.Namun,Fyqah tahu Harimau Malaya telah biasa dengan keadaan itu sebab sebelum ni mereka pernah bermain di stadium bola sepak yang lebih teruk daripada itu.
2.Pengadil yang TIDAK ADIL!
-Yeah!Ramai rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan referee dari Korea ni Lee Minhu.Actually,bukan ramai tapi SEMUA rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan keputusan yang dilakukan oleh referee ni.Fyqah pun tak tahulah referee tu dah kena rasuah ke bomoh ke kan?Wallahualam.Walau apa pun,Fyqah tetap tidak puas hati bila Fadhli Shas dilayangkan dengan dua kad kuning.Kad kuning yang ke-2 tidak sepatutnya diberikan kepada Fadhli kerana pemain Thailand yang telah mencetuskan pertelingkahan itu dahulu.Betul tak??Lagi satu,ketika Farizal Marlias disepak oleh pemain Thailand referee tidak mengenakan apa-apa tindakan terhadap pemain Thailand.Namun kita kena reda dengan keputusan yang telah diputuskan olehnya.Takpe Allah nampak segala-galanya :')
2.Pengadil yang TIDAK ADIL!
Fyqah terbaca dekat Twitter ada yang mengatakan bahawa mata dia tak boleh buka sebab tu dia buta.LOL
3.Rakyat Malaysia yang suka berjanji benda yang bukan-bukan di laman sosial
- Petang tadi Fyqah on Twitter dan banyak drama telah berlaku.As usual bila dah start drama twitter Fyqah capai popcorn.Fyqah pelik juga kenapa diorang sanggup nak jatuhkan maruah diri sendiri untuk mendapatkan perhatian daripada pengguna Twitter.Fyqah tak naklah mention apa yang telah mereka janjikan sebab bagi Fyqah benda-benda itu semua tak elok.Lagipun Fyqah tak nak mengaibkan sesiapa :) Fyqah hanya berharap agar diorang insaf dan tak perlulah nak dapatkan perhatian orang lain sehinggakan sanggup menjatuhkan maruah diri sendiri :)Dan mungkin dengan niat mereka yang tidak baik itu,Malaysia tidak berjaya pada malam ini. Waallahualam.Namun begitu,tak semua orang janjikan benda yang tak baik sekiranya Malaysia menang dalam perlawanan pada malam tadi.Sebagai contoh,kalau Malaysia menang tadi,ada yang nak potong kuku,ada yang nak potong bawang dan sebagainya :)
4. Ketika azan Isya' berkumandang,rakyat Malaysia masih sibuk menonton bola
- Ini juga antara faktor yang mungkin menyebabkan Malaysia kalah pada malam ini.Kita sepatutnya menunaikan tugas kita sebagai seorang Hamba Allah dahulu sebelum meneruskan tugas kita sebagai seorang penyokong Harimau Malaya.Hal ini kerana Allah tak soal berapa gol Malaysia di akhirat kelak.Sebaliknya,Allah akan soal tentang ibadat dan amalan kita ketika di dunia ini.Bila kita solat berjemaah ramai-ramai dan berdoa agar Malaysia menang pada malam ini,In Sha Allah Allah akan memakbulkan doa kita :') Ingat UTAMAKAN YANG WAJIB.NOTE TO MYSELF TOO.Namun apakan daya Allah dah tentukan segala-galanya dan keputusannya Malaysia tidak dapat ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.
Walau apa-apa pun,Fyqah nak ucapkan TAHNIAH kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama negara.Malam ni kita kalah dengan BERMARUAH.Tersentuh hati Fyqah bila tengok Farizal Marlias menangis di tepi gawang gol .Ini menunjukkan bahawa semua pasukan Harimau Malaya benar-benar mahu pergi ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.It's okay Harimau Malaya.You have done your best and we proud of you :') Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku pada hari ini :') Rezeki kita bukan pada hari ini dan mungkin pada satu masa yang kita tidak ketahui.Namun Allah Maha Mengetahui :') Selamanya Harimau Malaya,Selamanya Sokong Malaysia,Malaysia Boleh! :')
Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
"Sesungguhnya tiada orang yang putus asa dari rahmat Allah kecuali orang yang kafir." -Surah Yusuf:87-
No comments:
Post a Comment