ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Hari ni Fyqah penat + enjoy = happy.Nak tahu kenapa?Hehe.Okay nanti awak akan tahu juga di akhir entry ini.Itu pun kalau awak baca entry ni sampai habis :P
Ceritanya bermula begini,beberapa hari yang lepas,mak Fyqah dapat call daripada seorang cikgu yang merangkap guru kepada adik Fyqah ni.Cikgu ni telefon sebab nak suruh adik Fyqah ni masuk pertandingan mereka kapal terbang kertas yang bertempat di UTHM. Bukan adik Fyqah je excited,mak Fyqah pun excited juga sebab adik Fyqah ni terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.Siang malam adik Fyqah ni berlatih mencipta satu kapal terbang kertas yang paling hebat.
So,tibalah hari pertandingan tersebut iaitu hari Isnin bertarikh 10.12.2012.Bila?Nampak sangat tak tengok kalendar.Hehe..Hari ni la :) Untuk pertama kali sepanjang Fyqah cuti ni,Fyqah bangun awal sebab nak support adik Fyqah.Adik Fyqah yang blogger tu pun nak ikut sekali.Nak jadi kakak mithali kononnya.Haha ^_^
Bila sampai kat tempat pendaftaran,mak Fyqah suruh adik Fyqah,Biha tu masuk sekali sebab tak ramai.Dia cuba membantah dengan memberikan pelbagai alasan dan akhirnya dia terpaksa masuk juga.Hehe.Padan muka :P Mak Fyqah pun ajar dia nak buat kapal terbang kertas.
Fyqah hanya tengok sambil memberikan senyuman jahat kepada adik Fyqah tu.Hehe.Kejam kan? Tiba-tiba mak Fyqah berkata, "Iqah,masuklah.Boleh jelah.Temankan Bihah tu.Tengok dia tu muncung je." DOUBLE WHAT!!! :O Fyqah cuba membantah dengan memberikan alasan bahawa Fyqah dah abis sekolah.Mak Fyqah pergi tanya dekat urus setia dan dia kata BOLEH. Untuk tidak menduka citakan mak Fyqah yang tersayang ni,Fyqah pun bersetuju.Kesian pula bila tengok penyertaannya sikit je.Untuk kategori sekolah menengah hanya 10 orang je.Can you imagine that? Nampaknya budak-budak sekolah menengah sekarang lebih suka menghabiskan masa mengadap laptop atau komputer di rumah .Well memang budak-budak sekolah rendah je yang minat nak masuk benda-benda macam ni.
Tak lama lepas tu pertandingan pun bermula.Masa setengah jam diberikan untuk menyiapkan kapal terbang kertas rekaan masing-masing.Fyqah dengan Bihah buat kapal terbang kertas yang hampir serupa.Itu je yang sempat Fyqah belajar.Dan inilah hasilnya :)
Cantik tak??Hehe..Fyqah buat simple je.Kapal terbang kertas ni di ambil kira kepada 2 kategori iaitu REKA BENTUK KAPAL TERBANG dan MASA YANG DIAMBIL UNTUK TERBANG DI UDARA.
Kalau nak ikutkan reka bentuk kapal terbang Fyqah ni memang HANCUS la kan.Macam-macam Fyqah tulis kat atas kertas tu.Haha.Takpelah kan kapal terbang Fyqah.Suka hati Fyqah la kan..Haha :P Ni pula hasil kapal terbang kertas adik Fyqah.
Nak dipendekkan cerita.Masa Fyqah nak terbangkan kapal terbang kertas Fyqah tu,Fyqah nervous sangat-sangat.Rasa macam nak terbuang air.Tapi Fyqah tahan je.Fyqah adalah orang yang paling akhir sekali,so masa tiba giliran Fyqah,dengan malu-malu katak,Fyqah baling kapal terbang Fyqah tu.Percubaan diberikan sebanyak 2 kali.Bila kali pertama dah jatuh,ada seorang abang pilot ni (pilot ke??tapi dia pakai baju macam pilot) tolong ambilkan kapal terbang kertas tu.So sweet.Tapi actually itu memang tugas dia untuk mengambilkan kapal terbang kertas milik para peserta.Hehe
Sementara tunggu keputusan.Fyqah jumpa kakak Fyqah bersama teman tapi mesranya.
Kakak Fyqah buat muka.Ok foine -_-
Lepas Fyqah jalan-jalan di sekitar perpustakaan UTHM.Fyqah pun pergi melihat pameran yang disediakan.Well,semua abang-abang yang kendalikan pameran tu hensem-hensem belaka.I'm melting you know.Haha.Okay okay relax tundukkan pandanganmu.Gatal kan Fyqah ni?Hehe.Menurut kajian,perempuan ni gatal ketika dia berumur 14 tahun sehingga 40 tahun.Manakala lelaki.................Errr..Fyqah dah lupa -_-
Oleh sebab tak ada sape nak layan Fyqah dengan adik Fyqah dekat pameran tu,Fyqah pun berhasrat untuk bertanyakan sendiri tentang course apa entah,Fyqah pun tak tahu.Fyqah pun menyapa seorang abang hensem ni.
Fyqah:Abang,nak tanya sikit boleh?Macam mana nak ambil course ni lepas SPM?
Abang hensem:Ermm..sebelum nak ambil course ni,adik kena sambung belajar dekat Matrik dulu atau ambil STPM.Ada brouche kat situ adik boleh tengok.
*ikut abang hensem berjalan di tempat yang dimaksudkan*
Fyqah:Ouhh..Kalau orang yang pakai cermin mata,boleh ke ambil course ni?
Abang hensem:Boleh.tak ada masalah.Tapi tengok juga la berapa jauh tahap kerabunan.bla bla bla bla bla bla bla.
Fyqah: *hanya mengagguk tanda faham*
Abang hensem: Dua2 ni lepas SPM ke?
Fyqah:A'ah.yang tu tak *menunding ke arah Biha*
Biha:Tak,PMR.
Fyqah: Okay thank you so much :) *speaking you.LOL*
Abang hensem:Okay :)
Fyqah sebenarya tak minat pun nak mabil course tu.Saja je nak tengok cara abang tu melayan tetamu.Hehe.
Tepat pada pukul 12 tengah hari,acara penyampaian hadiah pun bermula.Seperti yang Fyqah jangkakan adik Fyqah ( Zul ) memenangi pertandingan kapal terbang kertas bagi kategori sekolah rendah.Tapi yang Fyqah terkejut monyet sangat bila Bihah ni menang bagi kategori sekolah menengah.Ya Allah :') Rasa bangga sangat kat dua adik Fyqah ni.Fyqah??Mestilah tak menang.Hehe :P Tapi berbaloi juga dapat sijil peringkat antarabangsa.Awak ada?Tak de kan..Kihkihkih :P
Banyak manfaat yang Fyqah dapat daripada menyertai pertandingan ni.Fyqah dapat kawan-kawan baru.Eh tak,bukan kawan tapi adik-adik :)
Fyqah with Khuzairi.Tahu tak duit Fyqah melayang sebanyak RM3 sebab paksa budak ni ambil gambar dengan Fyqah -_-
Fyqah with Syazwan.He's handsome,right?
Fyqah with 2 besties.Zul and Afsar :)
Fyqah with Ammar.He's cute.Fyqah paling tak boleh lupa masa dia baling kapal terbang kertas dia.Kelakar.He's really excited sampai pengadil tak dapat nak set masa untuk penerbangan kali kedua.Hee :)
Fyqah enjoy sangat hari ini.Fyqah dapat banyak pengalaman baru dan pertandingan ini membuatkan Fyqah mengimbau kembali kenangan masa Fyqah kecil-kecil dulu..Hee :')
Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Fyqah berjaya pujuk ayah Fyqah untuk membenarkan kami pergi bercuti.Yeah!
No comments:
Post a Comment