Wednesday, 5 December 2012

Seandainya Aku Ber'khemah'.....

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...



Ber'khemah' bukanlah sesuatu yang mudah bagi orang yang jahil macam Fyqah ni.Sejujurnya,Fyqah teringin sangat nak ber'khemah' macam kak Aisyah,kak Nadia, Kak Baizura dan semua orang yang ber'khemah' ni.
Fyqah pernah cuba pakai 'khemah' sebelum ni.Kalau sape yang ada baca entry Fyqah yang lepas mengenai Sambutan Merdeka Raya,itu merupakan kali pertama Fyqah pakai 'khemah'.Kepada siapa yang belum baca boleh KLIK SINI :)

'Khemah' Fyqah cuma bidang 30 je.Tidakla labuh mana.Kebetulan malam sebelum Merdeka Raya itu,Fyqah terjumpa 'khemah' tu dalam almari baju mak Fyqah.Fyqah tak pernah tahu pun 'khemah' tu wujud dalam almari tu.Mungkin masa tu Allah nak buka mata Fyqah untuk pakai 'khemah' tu pada keesokan harinya.Fyqah ambil keputusan untuk pakai 'khemah' tu.Buat pertama kalinya dalam hidup Fyqah,Fyqah tutup segala-galanya yang mungkin terbuka selama ini.Fyqah rasa selamat sangat masa tu :') Baru sehari Fyqah pakai macam tu,ada satu kejadian yang telah berlaku.

Kebetulan selepas majlis tu,Fyqah ada kelas tambahan Add Math.Fyqah keluar lambat masa tu.Fyqah balik antara orang yang paling akhir.Fyqah jalan berseorangan menuju ke kantin lama.Dalam perjalanan tu,Fyqah ternampak budak-budak hoki sedang menjalani latihan hoki.Tiba-tiba Fyqah terdengar sayup-sayup suara orang berkata-kata

"Peeewwwiittt"
"Macam ustazahla"

Fyqah pasti kata-kata itu ditujukan pada Fyqah sebab pada masa itu,hanya Fyqah seorang di situ.Actually,Fyqah tak berapa suka bila mereka buat begitu.Hal ini kerana sangat tak manis bila perempuan buat bunyi tikus tu.Walau apa pun,Fyqah berterima kasih kepada diorang sebab tindakan mereka itu telah menyedarkan Fyqah tentang satu perkara.

"'Berkhemah' itu bukan tanggungjawab seorang USTAZAH.Tapi ber'khemah' itu adalah tanggungjawab setiap wanita yang bergelar MUSLIMAH"

Selepas kejadian itu,Fyqah meluahkan isi hati Fyqah untuk memakai 'khemah' kepada ibu Fyqah tercinta.Ibu Fyqah kata:

"Kalau nak ber'khemah' kita kena istiqamah.Jangan nanti kat universiti bila tengok orang pakai tudung macam tu awak pun nak ikut trend macam tu juga.Fikir betul-betul.Jangan hangat-hangat tahi ayam je."

Fyqah pun terfikir,ada betul ye kata ibu Fyqah tu.Fyqah bukanlah seorang yang tetap pendirian.Fyqah takut nanti kat universiti,Fyqah terpengaruh dengan rakan-rakan Fyqah.Oleh itu,Fyqah buat keputusan untuk tidak membeli 'khemah' itu dulu.Walau bagaimanapun,setiap kali Fyqah pakai tudung,Fyqah akan pastikan,tudung tersebut melebihi bahagian dada.Sejujurnya,Fyqah memang tak suka pakai tudung yang singkat-singkat :)

Fyqah harap sangat agar satu hari nanti Allah pertemukan Fyqah dengan seorang SAHABAT yang boleh membimbing Fyqah ke jalan yang di redai Allah dan boleh ajar Fyqah cara ber'khemah' dengan betul :') In Sha Allah.Awak semua tolong doakan Fyqah ye agar Fyqah dapat ikut jejak langkah #TeamKhemah .Jazakillah :')

Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah ini menyakiti hati awak semua.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

'Khemah' yang Fyqah maksudkan ialah TUDUNG LABUH

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail