ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Siapa pernah jatuh cinta??Kalau pernah sila letakkan siku ke muka anda.Alolo kesian pula Fyqah tengok.Sampai terpusing-pusing kepala awak.Sudah-sudahlah tu mencuba meletakkan siku ke dagu awak,Fyqah tahu awak semua pernah jatuh cinta :P
Semua makhluk Allah yang tinggal di atas muka bumi ini pernah jatuh cinta termasuklah haiwan-haiwan di Zoo dan para alien.Percaya tak?Siapa percaya cakap Fyqah,sila ambil penyapu dan ketuk kepala awak :P Kalau tak caya pergi minum air mineral segelas.Haha,apa yang Fyqah merepek ni *tepuk dahi*
Mungkin awak pernah jatuh cinta,tapi awak tahu macam mana nak pastikan yang awak sedang mengalami perasaan itu.So,hari ini Fyqah akan berikan beberapa tanda-tanda awak sedang dilamun cinta.
Tanda-tanda Anda Sedang Dilamun Cinta
1. Jantung berdegup kencang
- Keadaan ini sering berlaku kepada CINTA PANDANG PERTAMA. Bila awak bertentang mata dengan seseorang,jantung awak akan berdegup kencang sampai rasa nak terkeluar jantung awak.Hal ini menunjukkan bahawa awak sudah mulai jatuh cinta kepadanya.Apabila perasaan itu timbul,lebih baik awak banyakan beristigfar dan jangan pandang dia.Hal ini kerana Fyqah takut nanti awak kena tahan wad pula sebab nak kena buat operation masukkan balik jantung awak yang dah terkeluar tu.Hehe :P
2.Tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang
- Orang yang sedang jatuh cinta ni,semua benda yang dia buat tak kena.Nak tahu kenapa?Sebab kepala awak akan asyik fikir orang yang awak cintai itu.Bila kepala dah begitu asyik fikirkan orang itu,tidur pun sampai termimpi-mimpi.Hal ini menyebabkan awak tak dapat nak tidur lena seperti kebiasaannya.Kemudian,mandi pun 5 minit je.Tak nak mandi lama-lama sebab nanti rindu katanya.Makan pun sikit sebab takut gemuk.Itu menunjukkan anda sedang dilamun cinta.
3. Suka mengelamun
- Orang kalau sedang jatuh cinta ni suka sangat mengelamun.Kalau tak percaya,cuba tengok kawan-kawan awak atau ahli keluarga awak yang sedang bercinta.Diorang mesti suka mengelamun pastu tersenyum sorang-sorang.Entah pape je yang difikirkan tu.Hehe.Mesti fikir nak kahwin tu.Gatal! Haha :P
Itu jelah yang setakat ni Fyqah boleh bagi.Kalau nak lagi,tunggu pada episod akan datang.Hehe.Mesti dalam hati awak semua ada tertanya-tanya sama ada Fyqah pernah jatuh cinta tak?Kalau tak ada pun Fyqah nak bagi tahu juga.Haha :P Well dalam seumur hidup Fyqah,Fyqah pernah sekali je jatuh cinta pada manusia.Tapi Fyqah tak pernah lagi bercinta.Beza tau antara jatuh cinta dengan bercinta.Awak kena tahu tu.Jatuh cinta tu,kita sayang pada seseorang itu dan belum tentu orang tu merasai perasaan yang sama seperti kita.Bercinta tu pula bermaksud kita dan dia saling mencintai antara satu sama lain.Take note.Cepat salin dalam nota.
Nasihat Fyqah kepada mereka yang mungkin sedang bercinta atau sedang jatuh cinta pada seseorang, janganlah terlalu memberikan kasih sayang awak itu,pada kekasih awak sebab takut nanti awak sendiri yang merana.Kalau boleh janganlah terjebak dalam COUPLE.Kalau awak betul-betul sayangkan dia,jumpalah mummy dan daddy dia. Seorang lelaki yang GENTLEMAN dia tidak akan tackle perempuan yang dicintai tapi dia akan tackle mummy dan daddy perempuan tu dulu.Bagi lelaki yang TIDAK GENTLEMAN pula sebaliknya.So,awak nak jadi lelaki yang mana satu?Tepuk dada tanya selera :)
Awak perempuan? Tak ada masalah kalau seorang perempuan itu melamar seorang lelaki :) Sedangkan Saidatina Khadijah dulu pun melamar Rasulullah S.A.W. Kalau awak malu,hantarlah wakil untuk meminang lelaki yang awak cintai itu.Mudah kan?? :)
Kepada adik-adik yang masih dibawah umur,janganlah gatal-gatal nak bercinta.Kak Fyqah dulu pun tak pernah bercinta masa umur bawah 15 tahun.Bila dah lepas 15 tahun lagilah tak pernah.Hehe.Nak tahu sebab apa?Sebab kak Fyqah ni LIMITED EDITION.Kak Fyqah hanya bagi cinta kak Fyqah ni pada zauj kak Fyqah je.LOL Zauj tu pe?Ahh..Mesti time cikgu ajar Bahasa Arab awak pergi mengorat awek sebelah kan? Tulah sape suruh pergi ngorat awek sebelah,kan dah tak dapat apa yang cikgu ajar :P Ingatlah pelajaran itu lebih utama daripada cinta monyet.Lagipun adik-adik suka ke dikaitkan dengan monyet??Tak kan? So,lebih baik jangan nak terjebak dengan cinta monyet kalau tak nak kak Fyqah panggil awak monyet macam ni:
Alolo SWEETNYA.Adakah awak spesis ini?
Lepas ni,jangan nak gatal-gatal nak bercinta masa berada di zaman persekolahan.Ingat pesanan kak Fyqah ni
UTAMAKAN PELAJARAN,CINTA MONYET DITINGGALKAN!
Lagi satu,sebelum nak bercinta pastikan cinta awak kepada si dia tidak melebihi cinta awak kepada ALLAH.Fyqah teringat kata-kata daripada seorang Hamba Allah ini:"CINTA DAHULU DENGAN AGAMA SEBELUM MEMULAKAN CINTA DENGAN MANUSIA.KENAL AGAMA MAKA KENALLAH MANUSIA." BIARLAH KITA PUTUSA CINTA DENGAN MANUSIA ASALKAN KITA TIDAK PUTUS CINTA DENGAN ALLAH.Take Note! *catat
Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Fyqah tak ada niat langsung untuk menyakiti hati awak semua.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
"Jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya." - Hamba Allah
No comments:
Post a Comment