Monday, 17 December 2012

GOOD LUCK! ^_^

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Apa khabar AWESOMENESS? Rindu Fyqah tak?Rindu! Aww so sweet. *hulur mangkuk* Fyqah tahu awak nak muntah.Sila la muntah hijau ke biru kat dalam mangkuk tu.Okay gurau jelah.Jangan marah ye ^_^

PMR CANDIDATE 2012,ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGAMBIL RESULT PMR PADA MINGGU HADAPAN ( 19.12.2012) ? jeng jeng jeng.Kak Fyqah tahu,jantung adik-adik semua mesti sekarang tengah dup dap dup dap,kan?Kak Fyqah dulu pun pernah mengalami perasaan yang sama masa sebelum nak ambil result PMR.Kak Fyqah terlalu  nervous sehingga kak Fyqah termimpi-mimpi.Pernah sekali kak Fyqah mimpi dapat 1A dalam PMR.Memang sangat menyedihkan masa tu.Dalam mimpi tu kak Fyqah nangis sampai tersedu-sedu.Tapi Alhamdulilah bila dah dapat keputusan,ia tidak seperti yang kak Fyqah mimpikan tu :')

Kak Fyqah yakin adik-adik semua dah berusaha bersungguh-sungguh.In Sha Allah adik-adik semua boleh dapat keputusan yang paling CEMERLANG.Tapi,kalau nanti keputusan adik kurang cemerlang,jangan ada pula yang terjun dari katil ke apa.Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk adik.So,adik kena berusaha lebih keras lagi bagi menghadapi SPM :) SPM lebih penting daripada PMR.Percayalah tak semua orang yang berjaya dalam PMR akan berjaya dalam SPM dan tak semua orang yang berjaya dalam SPM akan berjaya di universiti nanti :') Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat,okay? :)

Banyak pula Fyqah membebel kan?Hehe.Fyqah pun ada adik yang bakal mengambil result PMR.I'm really excited nak tahu result dia ^_^ Tadi kami adik-beradik ada merancadang nak bagi Biha hadiah kalau dia dapat 8A.

Mak: Biha,nanti dapat 8A ambil je notebook 1 Malaysia tu je yang ayah dapat.
Bihah: TAK NAK! Bihah nak vista.
Angah:Kejap nak Galaxy Young.Kejap nak Vista.
Along:Ko tahu ke nak guna vista tu.Dah la mahal.
Mak:Berapa harganya?
Bihah:Tak mahal RM700 je
Fyqah:Amboii..Uda dulu PMR dapat Nokia 2690 je tau.
Angah: Takpe.Nanti kalau Bihah dapat 8A,angah bagi buku latihan Form 4 banyak-banyak supaya Bihah lebih rajin lagi lepas ni.
Fyqah:Nanti Uda belikan Bihah Al-Quran supaya Bihah lebih banyak mengaji.
Along:Kalau Along,Bihah dapat 8A ke tak ,along bagi dia kaki je.
Bihah:Along memang.Kesian siapa jadi anak along.Orang berjaya dia bagi kaki.
Fyqah: Eh along,nanti kalau ada anak suruh diorang panggil Iqah kakak tau.
Along:Apalah,along tak fikir apa-apa pun pasal tu-_-

Pecah duodenum Fyqah layan diorang semua.Susah nak jumpa abang dan kakak Fyqah.Masing-masing sibuk kat universiti.Diorang jarang balik walaupun rumah dengan universiti hanya sekangkang kera.Bila semua dah berkumpul kat rumah,memang macam nak meletup rumah dibuatnya.LOL :D
Fyqah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia.Alhamdulilah :')

Eh eh nak tahu tak ayah Fyqah dapat notebook 1 Malaysia hari ni.Ayah Fyqah bagi notebook tu kat Fyqah.Tapi Fyqah ingat nak bagi je notebook tu kat Bihah.Lagipun Fyqah ada laptop.Actually,laptop pinjam je.Hehe.Setelah membuat perbincangan dengan semua *ceh* ,kami bersetuju nak kongsi-kongsi guna notebook tu :)

Thanks Dato' Najib sebab bagi notebook ni :) 

Okaylah sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Semoga Berjaya kepada adik-adik yang bakal mengambil result PMR minggu depan :) Kak Fyqah doakan awak semua berjaya dengan cemerlang ^_^ Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)

Keluarga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.Kebahagian sesebuah keluarga bergantung kepada ahli-ahli yang terdapat dalam keluarga tersebut.Seburuk-buruk mana pun keluarga kita itu,merekalah yang akan sentiasa berada di sisi kita ketika kita susah dan senang.Air di cincang tak akan putus.Say ALHAMDULILAH :')

1 comment:

  1. dapat notebook?bestnye! huhu

    jom join,my first contest !^^ http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

    ReplyDelete

 
© Fyqah Ismail