Saturday, 8 December 2012

Pray For Gaza :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...

Sudah 3 hari Fyqah tak update blog.Rindu Fyqah tak??Haha :P Siapa jelah kan nak rindu Fyqah ni.LOL
Okaylah hari ni Fyqah nak bercerita tentang GAZA.Tahukah anda apa itu GAZA? Kalau tak tahu pergi tanya abang Google.Mungkin dia boleh tolong bantu awak :)

Semalam Fyqah online facebook dalam pukul 2 pagi.Masa Fyqah tengah dok like semua post dekat new feeds,Fyqah ternampak gambar uncle Afdlin Shauki bersama kanak-kanak di GAZA.Air mata Fyqah serta merta jatuh membasahi bumi apabila melihat gambar-gambar tersebut :''') Melihat gambar mereka tersenyum kegembiraan menyambut kedatangan uncle Afdlin dan para sukarelawan yang lain membuatkan Fyqah teringin sekali menjejakan kaki ke Gaza.Melihat daripada wajah mereka terserlah seribu perasaan yang tidak boleh diungkapkan.Ya Allah,sungguh tabah sekali  hati mereka menghadapi ujianMu.Fyqah tak terbayang diri Fyqah macam mana seandainya Fyqah berada di tempat mereka.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 : "Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Maksudnya di sini Allah tidak akan uji seseorang itu sekiranya orang itu tidak kuat untuk menghadapi ujian tersebut. Rakyat Palestin sangat kuat sebab itu Allah uji mereka :') Bersabarlah rakyat Palestin,tidak lama lagi Islam pasti akan MENANG.Itu janji Allah :')



Mereka sangat comel kan??? :') Mungkin kita tidak dapat membantu diorang dari segi kewangan,senjata dan sewaktu dengannya.Tapi kita ada DOA.DOA ITULAH SENJATA UMAT ISLAM YANG PALING HEBAT.DOA lebih hebat daripada missile 2 ton f16 Israel,helikopter apache Israel,bom atom dan segala-galanya.Kita gunakanlah SENJATA kita itu bagi membantu penduduk Palestin,Setiap kali selesai solat fardhu,kita sama-sama berdoalah buat mereka di sana.Semoga Allah melindungi seluruh rakyat Palestin.Aminn :')

Fyqah tertarik dengan satu post daripada page I.S.L.A.M=I Sincerely Love Allah & Muhammad yang mungkin Fyqah dapat kongsi bersama awak semua.

Pesan Rakyat Palestine... 

"Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu...."

Via Heliza Helmi~

Apabila di tanya kepada rakyat Palestin:
Sekiranya Malaysia ajak kamu tinggal di Malaysia dan berikan kamu keselesaan. Adakah kamu akan datang ke Malaysia?

Jawapanya...
Tidak! Tidak sama sekali Kami akan pertahankan tanah palestin ini.
Ini perjuangan kami!

Apabila kita tanya:
Sekiranya kami nak menetap di gaza utk berjihad, adakah kamu mengalu ngalukan kedatangan kami?

Apa kata mereka?
Bumi palestin adalah bumi kamu. Kami sgt mengalu-alukan kedatangan kamu..

Tapi negara kamu sendiri lebih perlukan kamu utk berjihad di negara kamu....


Lihat!!Betapa besarnya pengorbanan rakyat Palestin.Mereka rela tinggal di Palestin demi mempertahankan tanah airnya walaupun Malaysia menawarkan tempat tinggal dan keselesaan sekiranya mereka tinggal di Malaysia.Subhanaallah! :') Cuba bayangkan kita berada di tempat mereka dan soalan yang sama diajukan kepada kita,adakah mungkin kita akan beri alasan yang sama??Tepuk dada tanya selera :') 

Sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terina kasih.
Assalamualaikum :')


Semoga para sukarelawan yang berada di Palestin sekarang dapat pulang kembali ke Malaysia dengan selamat :')

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail