ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....
Masih ingat kita lagi??? Hehe...Mestilah tak ada siapa yang ingat kita.Kita bukannya kak Fatin Liyana mahupun kak Maria Elena.Kan kan kan ? Hehehe :P Apa-apa pun cantik tak blog Fyqah yang baru ni??? Fyqah menghabiskan masa hampir 48 jam untuk edit blog Fyqah ni.Lama kan? Kalau dah tahu tu, cubalah puji sikit.Terima kasih kepada yang puji blog Fyqah ni cantik.Hahaha :P
Okay that's really annoying Fyqah -_-
Okay that's really annoying Fyqah -_-
Awak semua nak tahu satu rahsia tak?Fyqah sekarang kan dah MERDEKAAA!!!! Hehehe.Alhamdulilah.Rasa bersyukur sangat kerana SPM sudah berakhir.Sejujurnya,lepas Fyqah habis SPM hari Rabu yang lepas,Fyqah rasa takut sangat.Fyqah takut,Fyqah akan menghampakan ibu dan bapa Fyqah.Walau bagaimanapun,Fyqah tawakal sahaja kepada Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat diri Fyqah :') Awak semua tolong doakan kejayaan Fyqah ye dalam SPM.Jazakillahu khairan :')
Doa ✔ Usaha✔ Ikhtiar ✔ Tawakal✔= SPM 10A+ In Sha Allah :')
Doa ✔ Usaha✔ Ikhtiar ✔ Tawakal✔= SPM 10A+ In Sha Allah :')
Sebenarnya,Fyqah ada banyak benda nak kongsikan bersama awak-awak yang sudi membaca entry Fyqah ni.Pertama sekali,Fyqah nak share mengenai persiapan Fyqah untuk menghadapi SPM.
Sebelum SPM,buku-buku Fyqah dah macam bangunan KLCC dah.Haha.Biasalah budak tak pernah baca buku,bila nak dekat SPM kalau boleh semua buku nak baca.Hehe.Lepas SPM je,campak semua buku di atas meja.Fyqah sayang sangat nak buang semua kertas-kertas dan buku-buku yang cikgu Fyqah bagi.Tapi nak buat macam mana,lepas ni Fyqah dah tak guna buku-buku tu,adik Fyqah pun mungkin tak guna.Nasib baik,Fyqah ada sepupu yang ambil SPM tahun depan.So,Fyqah sedekahkan sebahagian buku-buku tu pada dia.Harap dapat memberi manfaat kepada dia :)
berita penuh :192 calon TIGS cemas
Masa SPM, terlalu banyak dugaan yang berlaku.Masa hari pertama Fyqah SPM,sekolah Fyqah banjir.Selalunya negeri Kelantan dan Terengganu yang banjir setiap kali hujung tahun.Tapi tahun ni lain pula.Kuasa Allah :') Fyqah dan kawan-kawan reda dengan ketentuan Allah.Walaupun banjir,ia tidak menghalang kami semua untuk menghadapi SPM.Hal ini membuatkan kami semua lebih bersemangat untuk menjawab kertas SPM yang seterusnya iaitu Bahasa Melayu 2.
Hari ke-3 SPM, rumah Fyqah blackout.Esoknya,Fyqah akan menduduki kertas Mathematics.Fyqah terpaksa belajar menggunakan lampu yang Fyqah tidak ketahui namanya untuk menemani Fyqah belajar pada malam itu.Nasib baik blackout tak lama.Alhamdulilah :')
Ramai orang tanya Fyqah,apa Fyqah nak buat lepas SPM.Lepas SPM ni,Fyqah merancang nak duduk di rumah dan tunggu orang masuk meminang Fyqah.Hahaha.Berangan je kan Fyqah ni.Siapalah nak dengan orang macam Fyqah ni kan kan kan? Haha :D
Okay ni serius.Antaraya perancangan Fyqah selepas SPM:
1. Ambil lesen kereta
-Fyqah kalau boleh tak nak ambil lesen motor sebab Fyqah takut nak bawa motor atas jalan raya.Tapi kalau bawa motor sekeliling rumah Fyqah berani.Hehe.Fyqah bukan apa,Fyqah ni seorang yang gelabah.Fyqah takut kalau tak dapat nak kawal motor tu nanti.
2.Nak jadi babysitter
-Fyqah sangat suka pada budak-budak kecil.Jadi,Fyqah ingat nak tolong jaga anak orang.Tapi ada ke orang nak Fyqah tolong jagakan anak mereka? *duck face*
3.Belajar masak
-Ini perkara WAJIB yang Fyqah lakukan.Kalau Fyqah tak pandai masak,nanti siapa nak masakkan untuk future husband Fyqah? Krik krik krik krik
No. 4,5 dan seterusnya masih dalam 'cerebrum' Fyqah.Idea tersebut masih belum dapat dikeluarkan.Hehe.Fyi,mungkin tak lama lagi Fyqah akan berhijrah ke KUALA LUMPUR dan tinggal bersama aunty kesayangan Fyqah di sana.Fyqah nak belajar duduk berjauhan dengan keluarga.Al-maklumlah Fyqah selama ini selalu duduk di bawah ketiak mak dan ayah Fyqah je.Hehe.So,orang KL jumpa anda di sana,okay? *peace*
Sampai di sini entry Fyqah buat kali ini.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah ini ada menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Buat kawan-kawan yang masih sedang menduduki SPM lagi,Fyqah ucapkan SELAMAT BERJAYA! Fyqah akan doakan kejayaan awak semua.In Sha Allah :) Buat betul-betul tau dan lepas tu kita boleh sama-sama MERDEKAA :) Hehehe.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment