Sunday, 2 December 2012

DON'T FORGET ME FRIENDS :')

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...


Semua orang di atas muka bumi Allah ni mempunyai KAWAN.Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai KAWAN.

Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang...
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...
Kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir...
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ...
Kata sedara,
kawan tu seperti makanan, kawan makan kawan!...
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut sahaja apa yang dikata...
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan...
Kata adik,
KAWAN tu macam biskut, "sekejap ade sekejap takde"...
Kata Fyqah,
KAWAN tu adalah mereka yang selalu menghiburkan hati kita :)

Selepas SPM,sudah tentulah Fyqah akan terpisah dengan kawan-kawan Fyqah buat satu jangka masa yang sangat panjang.Sejujurnya,baru 2,3 hari Fyqah tak jumpa kawan-kawan Fyqah,Fyqah dah rindu dekat diorang semua.Mana tak ye, sudah hampir 3 tahun bersama dengan mereka semua.Mereka je yang faham diri Fyqah.Susah nak jumpa sahabat yang baik macam diorang semua.I feel want to cry right now :'(


Selepas ni,Fyqah pasti rindu nak makan dekat atas tangga.Fyqah pasti rindu nak kongsi-kongsi makanan dengan kawan-kawan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak belajar bersama-sama dengan kawan-kawan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak dengar suara Miss Ong sampai Fyqah terkejut.Fyqah pasti rindu nak dengar suara Pn.Norliza kejutkan Fyqah tidur.Fyqah pasti rindu Encik Yusuf suruh Fyqah buka kan LCD.Fyqah pasti rindu nak bergosip dengan Ain,Sue dan Nabila.Fyqah pasti rindu dengan pelukan Nurin.Fyqah pasti rindu dengan tingkah laku Azma yang mencuit hati.Fyqah pasti rindu nak gosip pasal MrTheAllShared dengan Najihah,Syafikah,Atikah dan Fatehah.Fyqah pasti rindu dengan suara Er Sin Yee yang suka menjerit.Fyqah pasti rindu nak gosip pasal Kpop dengan Yun Yee.Fyqah pasti rindu nak tengok Farah dan Anie  kenakan Mardhati.Fyqah pasti rindu dengar Jing Yi,Jia Xin,Jolene,Hwi Ni,Yong Jun,Jun Sin dan Sherri gelak kuat-kuat sampai bergegar block Form 5.Fyqah pasti rindu nak sentap bila tengok Zetty macam marah dengan Fyqah.Fyqah pasti rindu nak tengok budak cute Aini dan Aisyah.Fyqah pasti rindu dengan kebaikan Ezzati Kamal.Fyqah pasti rindu nak tengok persahabatan yang akrab antara Jun Fang dengan Jessy dan antara Caleen dengan Jia Hui.Fyqha pasti rindu nak kutip buku karangan BM.Fyqah pasti rindu dengan celoteh Puan Hamidah yang mencuit hati.Fyqah pasti rindu segala-galanya di TIGS :')

5 tahun Fyqah belajar di TIGS dan sepanjang tempoh itu terlalu banyak transformasi yang telah cikgu-cikgu TIGS  lakukan.Daripada sekolah bestari hingga  TIGS menjadi sekolah kluster terlalu perubahan yang berlaku.Fyqah sangat bangga menjadi salah seorang pelajar di TIGS. Namun, sekarang semua itu hanya tinggal KENANGAN :') Segala-gala yang berlaku di dunia ini hanya SEMENTARA.Allah hanya pinjamkan kepada kita buat sementara waktu untuk kita sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara dan akhirat kekal selama-lamanya.


Walau apa pun,Fyqah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan Fyqah yang sudi berkawan dengan Fyqah yang annoying ni.Fyqah bersyukur sangat sebab Allah pertemukan Fyqah dengan awak semua.Awak semua SUPER AWESOME :') LOVE YOU ALL <3




#KitaSemuaAdaKawan yang makan banyak tapi badan tetap maintain slim
#KitaSemuaAdaKawan yang selalu masuk air
#KitaSemuaAdaKawan yang minat bola tapi berlainan team dengan kita.. selalu gaduh2..:p
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat gelak kuat-kuat sampai bangunan retak
#KitaSemuaAdaKawan yang apabila kita sedih,dia sedia menghiburkan kita
#KitaSemuaAdaKawan yang apabila kita jatuh,dia gelakkan kita
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat kenakan orang
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat warna pink dan purple
#KitaSemuaAdaKawan yang risau sangat bila berat badan naik
#KitaSemuaAdaKawan yang suka makan cokelat
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat saiko orang..Hehe
#KitaSemuaAdaKawan bila waktu rehat,dia duduk di dalam kelas sorang-sorang dan study.
#KitaSemuaAdaKawan  yang suka cakap macam berbisik :P
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sangat peluk orang.
#KitaSemuaAdaKawan suka buat kerja lain bila cikgu mengajar
#KitaSemuaAdaKawan yang suka Wang LeeHom
#KitaSemuaAdaKawan yang sangat fanatik Kpop
#KitaSemuaAdaKawan yang suka sikat rambut
#KitaSemuaAdaKawan bila cikgu tak ada,dia la orang yang paling bahagia.
#KitaSemuaAdaKawan yang suka menyanyi dalam kelas.
#KitaSemuaAdaKawan yang amat mengikuti fesyen terkini.
#KitaSemuaAdaKawan yang suka kembungkan pipi bila betulkan tudung.

Inilah 5 Marikh 2012.Pelbagai kerenah dan pelbagai ragam.Hal ini menjadikan 5 Marikh lebih ceria dan meriah :') I'll miss all of you :') Tak ada siapa pun yang dapat menggantikan tempat awak semua.I'm really sure maybe one day you all will forget me.But,I hope it will not happen because you're AWESOME :')
Nanti bila awak semua nak buat kenduri makan nasi minyak,jangan lupa jemput kita :') 

Well,sampai di sini coretan Fyqah buat kali ini.Fyqah takut lagi panjang entry ni Fyqah taip,makin banyak air mata Fyqah yang mengalir.Hehehe.Fyqah mohon ampun dan maaf seandainya entry ini menyakiti hati sesiapa.Sesungguhnya yang baik daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Sekian terima kasih.
Assalamualaikum :')

Kawan ibarat pasir-pasir di pantai....Kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai :')

No comments:

Post a Comment

 
© Fyqah Ismail