ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Fyqah tahu hari ni bukan Hari Raya tapi tak salah kan kalau Fyqah nak minta maaf sekiranya Fyqah rasa Fyqah ada buat salah kat seseorang itu. Nak minta maaf bukan pada Hari Raya sahaja.Tapi sebenarnya setiap hari dan setiap saat kita kena minta maaf pada semua orang sebab kita tak tahu mungkin kita telah menyakiti hati seseorang itu.Hati orang siapa yang tahu kan? :')
Allah berfirman:
“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika kuberitahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.”
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."(Ali Imran 3:133-134)
Oleh itu,Fyqah rasa Fyqah nak minta bermilion maaf pada abang Eijat atas entry Fyqah yang semalam tu seandainya entry itu menyakiti hati abang.Seriously,Fyqah tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa.Tapi kalau abang dan sesiapa yang tak suka dengan entry tu bagi je tau Fyqah.Fyqah akan delete entry tu sepantas kilat.Lagipun Fyqah tak nak orang lain benci Fyqah.Fyqah buat blog,twitter dan facebook bukan nak cari musuh tapi nak cari kawan.Sebab itu,bila ada benda yang Fyqah post dekat mana-mana laman sosial yang mungkin boleh menyakiti hati sesiapa,Fyqah akan terus delete post tersebut :) Itu adalah prinsip utama Fyqah di alam maya ini.
"Jangan cari lawan tapi bertambahkanlah kawan"
Semalam lepas Fyqah post entry tu,Fyqah bagi tahu abang Eijat kat twitter.Tak sangka abang Eijat balas tweet Fyqah.Bila Fyqah buka je pageviews,Fyqah terkejut beruk.Jumlah pageviews meningkat 10 kali ganda.Fyqah terlupa pula yang Fyqah bercerita mengenai orang antara yang popular di alam maya ini.No wonder,jumlah pageviews naik mendadak.
Sejujurnya Fyqah tak gembira langsung jumlah pageviews meningkat.Sebaliknya,Fyqah risau sangat-sangat seandainya post Fyqah itu menyakiti hati mereka yang membaca.Hampir 12345 kali Fyqah baca balik post Fyqah itu.Fyqah takut ada orang marah dengan post Fyqah tu.Hati Fyqah betul-betul tak tenang.Fyqah pun minta pendapat daripada adik Fyqah ni.Dia pun seorang blogger juga.Dia lebih berpengalaman daripada Fyqah tentang benda-benda macam ni.
Tapi Fyqah rasa tak berguna pula minta pendapat daripada dia.Fyqah serious dia boleh main-main pula -_-
Fyqah:Bihah,okay tak post uda tu?
Bihah: Ah..entahlah..hahaha
Fyqah:Cakap la betul-betul.Post tu okay ke tak?
Bihah:Ermm..tak sebab uda dah rampas boyfriend Bihah
Fyqah: (dalam hati) Ada hati juga budak ni dengan Eijat...
Cakap la betul-betul..grrr -_-
Bihah:Yelah bihah cakap betul-betul.Uda tak boleh la cakap orang tu Bangla.
Fyqah:Bila masa dia uda cakap diaBangla.Kan uda cakap 'I mean Malaysia'.
Bihah:Yelah tapi kita tak tahu perasaan orang macam mana,
Fyqah: *tutup muka dengan bantal*
Bihah:Hahahaha..uda janganlah nangis.Mak!uda nangis
Fyqah:*baling bantal* Bihah cakap lah betul-betul.Uda serious ni tau.Uda tak main-main *muka serious*
Bihah:Hahaha.Post uda tu membuatkan ramai orang nak buat post fasal Eijat.
Fyqah:Kenapa pula?
Bihah:Nanti Eijat follow..hahaha
Fyqah:Cehhh..Uda tak kisah la abang Eijat tu follow uda ke tak.Uda takut dia sakit hati je bila baca entry uda tu.
Bihah:Ayokk..Nanti uda ke bash kat twitter
Fyqah:Ishh..dah la malas nak layan
Sabar jelah layan adik Fyqah sorang ni.Orang tengah takut dia boleh main-main pula.Rasa macam nak je sekeh-sekeh kepala dia.Tapi Fyqah sabar je.Takut nanti terserlah pula keganasan Fyqah kan..Hehehe
Walau bagaimana pun,Fyqah tetap nak minta maaf kalau entry tu sakitkan hati anda semua yang membaca,Dan ucapan ribuan terima kasih kepada awak,awak,awak dan awak semua yang sudi baca entry Fyqah tu.
Ermmm..Boleh Fyqah minta tolong tak?Boleh tolong respons tak tentang entry Fyqah yang lepas mengenai abang Eijat yang encem tu..hehehe.Hal ini memudahkan Fyqah untuk mengetahui sama ada awak suka atau tidak post Fyqah tu.Kalau susah sangat awak tekan je like di akhir entry ini.Kalau awak tak suka pergi ke link SI COMEL KOMEN kat bawah title tu dan kemudian komen 'SAYA TAK SUKA!'.Mudah kan? Terima kasih.Semoga Allah memberkati anda semua :')
Well well well,sampai sahaja entry Fyqah buat kali ini.Fyqah sekali lagi mohon ampun dan maaf seandainya entry Fyqah ini menyakiti anda semua.Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang buruk daripada diri Fyqah sendiri.Kita tak sempurna bukan?Kita tak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan.Tapi,bila orang yang buat salah tu dah minta maaf kita kenalah maafkan dia.Apalah salahnya kita bagi peluang untuk dia berubah :) Itu sahaja,sekian terima kasih.
Assalamualaikum :)
Bak kata abang Eijat:Kalau dah rasa buat salah bila buat salah kat orang,minta maaf je.Tak semua orang berdendam.Tweet ni macam ditujukan pada Fyqah je.Errrr....Okay maybe perasaan Fyqah je kot.Tapi kalau betul???Jeng jeng jeng :O
No comments:
Post a Comment